Naracards Korea-Seoul Set

MAJORITI IBU-IBU YANG ADA ANAK AUTISM, BEKERJA ATAU SURIRUMAH?

Helo gais! Petang-petang macam ni, sambil layan Facebook, Mommy terpandang soalan seorang ibu yang pada Mommy, soalan ini pernah juga terlintas di kepala Mommy suatu ketika dahulu..

Ketika Mommy berbelah bahagi untuk buat keputusan selepas Mommy dah putus asa mencari penjaga dan tadika untuk Ariq.

Masa tu, dalam kepala memang tak dapat nak fikir secara waras lagi, macam mana kewangan kelak?

Yang Mommy tahu, hanya menangis dan menangis. Fikirkan lagi sebulan bakal masuk rumah baru (iaitu rumah sekarang yang dah almost 3 tahun tinggal di sini). Fikirkan anak yang masih ‘tunggang-langgang’. Sumpah buntu!

Mommy tanya pendapat Daddy. Lagipun, masa tu dah 2 hari kena reject dengan tadika paling latest Ariq pergi. Siapa yang nak jaga kalau bukan kita sendiri? Semua orang dah tak sanggup.

Hantar balik kampung? Never in my mind. Tak pernah terlintas sebab apa-apa, memang kami nak tanggung sendiri. Anak kami.

Mommy ‘give up’ kerja. Bagi notis 24 jam, bos minta tangguh tapi no choice. Mommy kena jaga anak di rumah, tapi bos minta kerja dari rumah. Ok fine. Alhamdulillah. Masih dengan kerja freelance tersebut hingga sekarang. Syukur. Tanpa kerja tu, Mommy tak boleh imagine kewangan Mommy sekarang. Tq bos.

Terima kasih Daddy sebab buat keputusan yang bijak dalam membenarkan Mommy jaga anak-anak kita sendiri. Tawakkal.

Dalam masa yang sama, Mommy buat kerja macam-macam seperti review produk dan servis di blog ini, dropship, jual Cuckoo dan macam-macam lagi. Kelab Blogger Ben Ashaari pun sangat banyak membantu Mommy. Terima kasih BA & Team. Mommy sangat terhutang budi. Btw, Happy Birthday bos Ben Ashaari (30.11.2019) hari ni.

Jadi surirumah, tidak lah seindah yang disangka.. Mulanya, Mommy ingat, rumah akan sentiasa cantik dan kemas, setiap hari Mommy akan masak selalu. In fact, semua tu kelam kabut hampir setiap hari. Lama-lama, Mommy dah tak boleh nak ‘kekalkan’ kekemasan dan makin terima kalau ada sepah-sepah. Biasalah ada anak kecil. Tanda cerdik kan? (Sedapkan hati).

Masak, terima kasih Daddy yang tak pernah berkira tenaga dan masa untuk masak kat kami. Huhu. Kalau nak makan sedap-sedap, memang kena tunggu Daddy lah yang rajin nak try macam-macam masakan. Mommy buat nasi goreng bodo boleh la. Haha. Tak minat masak. Doakan Mommy terbuka hati suatu hari nanti. Mungkin kalau ada proper dapur dan kitchen cabinet ke? Heeeee..

Hikmahnya, bila Mommy jaga sendiri anak-anak Mommy, hantar dan ambil mereka di sekolah, setiap hari menyembang, setiap hari training dengan macam-macam aktiviti, semua tu terbalas dengan improvement Ariq. Syukur ya Allah.

Mommy jaga Ariq sendiri di rumah sejak dia berusia 5 tahun. Ya. Memang tiada tadika lah kan (sebab tu berhenti kerja), hantar terapi setiap bulan, potty training, mopping & kutip tahi sepanjang potty training selama 2 tahun. Penat! Sumpah penat! Ko rasa Mommy ada masa nak fikir bab masak bagai? Masa adik umur 6 tahun, tiada PDK atau Pra PPKI sebab semuanya penuh! Sedih betul.

Akhirnya, bila Ariq Emir masuk Darjah 1, Mommy memang betul-betul tawakkal. Biarlah cikgu yang mendidiknya andai Mommy Daddy masih gagal. Syukur, day by day, sangat banyak perbezaan.

Akhir tahun, Ariq berjaya buktikan yang adik betul-betul improve sehingga dapat capai 3 awards. (Award 1 & 2, Award 3) Banyak vocabs day by day. Sungguh. Mommy teruja dan rasa berbaloi penat ini.

Mommy harap, adik akan makin berjaya. Mommy takkan sekuat ini andai tiada sokongan padu Daddy, Kakak dan keluarga-keluarga kita dik. Mommy sentiasa syukur dengan doa-doa semua orang termasuk kawan-kawan Mommy yang mengenali adik terutamanya. Terima kasih semua.

Adik banyak ‘mengajar’ Mommy Daddy menjadi ibu bapa yang terbaik buat adik & kakak. Inshaa Allah. Mommy bangga jadi surirumah.

Last but not least, Happy Birthday yang ke 7, adik (28-11-2019). Mommy Daddy Kakak sentiasa doakan yang terbaik buat adik. Moga adik panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. Moga adik berjaya dalam hidup. Moga adik sentiasa bertuah dan disayangi semua orang di sekeliling adik.

Ibu bapa yang ada anak istimewa, jangan down. Mommy minta maaf andai ada yang terasa di mana-mana bahagian tulisan Mommy ini. Tapi, tak semestinya bekerja, kalian rasa ‘tak cukup’ untuk jaga anak. Kita punya dugaan yang berlainan. Tawakkal. Have faith. Inshaa Allah.

(Visited 65 times, 1 visits today)

2 thoughts on “MAJORITI IBU-IBU YANG ADA ANAK AUTISM, BEKERJA ATAU SURIRUMAH?”

  1. saidila says:

    alhamdulillah …tahniah mommy …semoga mommy semakin sado melalui perjalanan hidup ini bersama keluarga tercinta …
    saidila recently posted…PERMULAAN : SUSAH SENANG AKU MENJADI SEORANG TOUR LEADERMy Profile

  2. Ina says:

    alhamdulillah, mommy seorang yg kuat. Memang hebat. Gugur airmata baca coretan ni. Tahniah berjaya mendidik ariq..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!