Naracards Korea-Seoul Set

MAJLIS APRESIASI AKHIR TAHUN 2019

Biasanya akhir tahun akan ada Majlis Apresiasi atau Anugerah Kecemerlangan atau apa sahaja terma berkaitan.

Dan untuk tahun ini, Mommy tak jangka langsung anak-anak Mommy akan dapat apa-apa award memandangkan tahun ini tiada apa-apa exam, dan digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah. Anak-anak 2010 ini dikira batch permulaan diuji begini, untuk Tahap 1. Buku teks pun, batch Hannah la juga yang 1st. So every year, dapat buku teks baru lah. Heee..

Bagi Mommy, ada pro & cons untuk sistem ini. Nak protes, rasa rugi kalau tak cuba dulu. Malaysia dah terbiasa exam kan? Hahaha.

Jadi, untuk PBD, mereka diuji dengan pelbagai kemampuan ketika belajar. Salah satu kebaikannya, bila anak-anak lebih melibatkan diri dalam soal jawab guru, berkumpulan dan berani serta yakin dalam setiap aktiviti dalam kelas. Pendek kata, PBD adalah penentuan dalam perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid maksudnya.

TAHNIAH KAKAK

Untuk sekolah kebangsaan, Hannah tiada apa-apa hadiah kecemerlangan tahun ini. Kelas dia pun, masih kekal kelas 1st. Mencabar juga la nak compete each other. Tapi, pencapaian PBD Hannah memang memberansangkan. Itu pun dah ok bagi Mommy. Tahun depan baru kita start kaw-kaw ye Hannah. Tahun depan dah darjah 4.

Bagi sekolah agama (KAFA) pula, rupanya KAFA Hannah ni pun turut laksanakan sistem PBD. Tiada exam juga untuk tahap 1. Tetapi rezeki Hannah tahun ini, dapat juga 1 award. Hehe. Syukur.

Alhamdulillah. Terpilih sebagai salah seorang pelajar terbaik PBD Tahap 1. Tahniah sayang 😻

Cabutan bertuah pun dapat.

Actually cabutan bertuah ni nombor Mommy. Haa.. Bawak balik sabun basuh baju. Ok sangat! Sebab kat rumah pun dah nak habis. Untung! Tq ustaz ustazah.

TAHNIAH ADIK

Untuk Ariq Emir, rupanya ada 1 lagi Majlis Apresiasi. Khas untuk 1 sekolah. Majlis Apresiasi Kemuncak 2019. Again, adik kejutkan Mommy dengan pencapaian adik.

Sebelum ini, Mommy dah hadiri Majlis Akhir Tahun kelas ppki, dimana adik dah dapat 2 award iaitu Peningkatan Akademik & Kehadiran Terbaik.

Namun, selepas perjumpaan ibu bapa & guru baru-baru ini, Mommy Daddy dikejutkan dengan 1 lagi award yang Ariq bakal terima.

Tahniah adik 😍. Mommy terkejut sebab terlalu cepat perkembangan adik. Alhamdulillah..

Syukur Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

(Visited 79 times, 1 visits today)

2 thoughts on “MAJLIS APRESIASI AKHIR TAHUN 2019”

  1. Dorsett Pink says:

    Waahhh! Tahniah Hannah dan Ariq. Mesti mommy happy bila anak-anak berjaya dapat hadiah. Sejuk perut ibu mengandung.. Tahniah untuk mommy juga

  2. azian elias says:

    salam sis..

    congrats.. bangga kita kan anak2 berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!