Naracards Korea-Seoul Set

HANNAH DIGIGIT ANJING

Kejadian ngeri ini berlaku jam 715 pagi Jumaat. Ketika anak-anak Mommy dah pun bersedia untuk ke sekolah.

Masing-masing cuma tunggu Daddy kunci pintu dan akan terus ke lif rumah.

Entah macam mana, Mommy yang baru sahaja kunci pintu selepas saying bye to them, terdengar Daddy jerit sangat kuat dan anak-anak menangis depan pintu.

Apa yang jadi?

Terus kelam kabut Mommy buka pintu, Daddy kawal pintu grill rumah, manakala anak-anak menangis di koridor.

Dengar anjing menyalak sangat kuat!

Ya Allah!

Anjing jiran depan rumahku kini berada betul-betul depan anak-anakku. Masing-masing menangis dan statik di dinding koridor dengan mata penuh ketakutan. Hannah memeluk adik sekuat hati.

Mommy? Tanpa sempat fikir tudung, atau baju yang senonoh, meluru ke arah anak-anak sambil menghalau anjing tersebut.

Jiran kelam-kabut membuka pintu grill rumah mereka dan cuba memanggil anjing tu semula. Mommy dah tak daya nak cakap apa-apa masa tu. Panik!

Terus tanya Hannah dan Ariq, ada apa-apa yang jadi atau tidak? Rupanya anjing kecil yang berjaya loloskan diri melalui grill rumah mereka, sempat menggigit kaki Hannah!

Allahu!!

Sertu satu hal pulak nanti! Haih!!

Bila Mommy lihat kaki Hannah, ada sedikit luka bercalar namun tiada darah. Mommy rasa gigitan tu tak dalam sebab seluar dan stokin Hannah agak tebal. Ini Mommy dah cuci terlebih dahulu sebelum datang ke klinik. Sekali Mommy kena sertu nanti.

Syukur Ya Allah!! Nasib baik! Faktor pakaian tebal. Kalau kain sekolah, tak tahu lah..

Mommy tak sanggup biar Hannah ke sekolah macam tu je. Terus siap, dan ke klinik.

Nah.. doktor cakap perlu cucuk untuk elak sebarang jangkitan. Hmmm. Satu hal pulak!

Selesai urusan klinik, Mommy terus ke balai polis atas nasihat management. Dah lama sangat warning dilekatkan dalam lif rumah yang tidak boleh pelihara sebarang haiwan peliharaan. Apatah lagi yang mengundang bahaya macam ni.

Mommy tau mereka tiada niat. Tapi, sampai tahap menerkam dan menggigit, Mommy tak boleh nak maafkan.

Mommy tak tahu kondisi kesihatan haiwan tersebut. Jadi tak boleh nak salahkan Mommy andai Mommy fikir bukan-bukan. Kami tak pernah mengganggu hidup anda lagipun.

Mommy tolerate lagi segala asap yang berkepul dan bauan masuk dalam rumah setiap kali mereka beribadat. Mommy tak pernah marah bab tu sebab Mommy respek. Tapi kalau sampai tak terjaga haiwan begini, sampai anak-anak Mommy dah trauma, sorry guys. Mommy tak boleh tolerate dah hal ni.

Biarlah pihak pengurusan uruskan. Harap kejadian ini tidak berulang lagi.

Mujurlah minor injury sahaja.

Terpaksa sertu guna air tanah pokok bunga. Nasib baik ada tanah. Hmmmm.

(Visited 113 times, 1 visits today)

7 thoughts on “HANNAH DIGIGIT ANJING”

  1. Nina Mirza says:

    Sian Hannah… Trauma tuu.. mommy pun sama kannn? kena kuat semangat untuk hannah dan Ariq
    Nina Mirza recently posted…Ooo… Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick PanMy Profile

  2. boleh bayangkan traumanya anak2 she…allahu sedih bila kenangkan…

    kadang bila kita terlalu bagi muka memang the end kita jugak yg kena pijak…mungkin diorang bela senyap2 pastu anjing tu stress sebab terkurung jer tu yg jadi tak mesra akam langsung …

    secara tak langsung diorang dah abaikan hak haiwan tersebut ..benda dah jadi gini sama da diorang jual anjing tu atau bagi pada yang org boleh bela ditempat yg sesuai atau diorang sendiri kena pindah ….

    kesian sungguh kat hannah ….takziah yer
    Saidila Abdul Rahman recently posted…AKTIVITI HARI PERTAMA DI BALIK PULAU NATURE XPLORATION , PULAU PINANGMy Profile

  3. Nasib baik lah mommy & daddy pun ada sama, bayangkan kalau budak budak tu ja masa tu..mungkin lagi teruk jadinya. Sian Hannah…Ariq pun mesti trauma gak tu.
    Mama Kembar Tiga recently posted…Donat Kapas Gebu Gebas dan Nasi Arab Sedap di Donat Kapas & CoffeeMy Profile

    1. YB Shehan says:

      kan.. rs geram nak sepak je anjing tu

  4. Hafiz Rahim says:

    Aku takleh betul jadi gini.. silap2 anjing tu arwah kena hempuk.. haih. GWS hannah
    Hafiz Rahim recently posted…Cara Nak Turn Off iPhone 11My Profile

    1. YB Shehan says:

      tuan dia siap mdengus mcm marah kami plak sbb dok halau2 n jerit2.. mn ada say sorry pun

  5. permatabiru says:

    Semoga hananah dan ariq dapat lupakan trauma. aduhhh kesian diaorang. anak farah tgk kucing pun ketakutan lain mcm inikan pula anjing. ssh nak hilang rasa fobia tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!