Naracards Korea-Seoul Set

DAH SAMPAI JB!! TIDUR SEORANG DI TROVE JOHOR BAHRU HOTEL.. Huhu

Kata putus diambil tak sampai sehari. Entah kenapa Mommy rasa nak datang ke JB untuk tarikh hari ini. Moga baik-baik sahaja Daddy dan anak-anak di rumah. Tq sebab sudi cuti. Huhu.

Mommy datang ke JB sebenarnya untuk majlis agak besar esok iaitu pelancaran Toppen Shopping Centre, mall terbaru di JB gais.

Yang tu tunggu Mommy cerita next entri. Tq Daddy dan anak-anak Mommy yang tolong hantar sampai sini.

Kami bertolak dari IPC Mutiara Damansara lebih kurang jam 430 petang. Dan kami berhenti di beberapa buah rnr untuk rehat sebentar memandangkan perjalanan agak jauh.

Akhirnya jam 920 malam, kami tiba di Trove Hotel.

Mommy tak pasti ini adalah hotel baru atau dah lama tapi hotel ini bagi Mommy memang cantik.

Berkonsepkan boutique hotel dengan keluasan bilik yang mengancam, Mommy risau tak bangun tidur je nanti. Tapi sebenarnya Mommy agak cuak juga sebab Mommy akan keseorangan di bilik. Tanpa teman. Makanya, bacaan doa sentiasa lah. Huhu.

Botol mineral tiada tetapi digantikan dengan water filter yang besar dalam bilik. Mungkin Mommy dah lama tak minum air kosong lain selain Cuckoo dan air botol mineral, rasa air tapisan ini agak pelik. Nak masak air, kettle dah tentu lah tiada dengan adanya water filter ini.

Twin bed, lengkap dengan tv, sofa, shower, iron dan iron board dalam bilik, buat Mommy bertambah selesa dengan hotel ini.Waktu ini Mommy rasa agak rugi tak datang bersama kawan atau keluarga. Tapi setakat 2 hari 1 malam, esok pun jam 745 pagi dah check out, maybe next time. Haha.

Cuma line Digi di hotel tiada langsung dan wifi pun slow. Tak pasti sama ada handphone Mommy atau wifi punya hal. Atau sebab bilik Mommy hujung sekali? Ermm. Digi kot.

Siap ada youtube kalau nak layan.

Pagi ini, sebelum breakfast, Mommy ke area swimming pool. Nice juga this hotel.

Makanan pun best..

Till next post.

#JelesEk #TroveHotel #ToppenShoppingCentre #ToppenJB #IKEASouthEastAsia #Kbba9

(Visited 293 times, 1 visits today)

2 thoughts on “DAH SAMPAI JB!! TIDUR SEORANG DI TROVE JOHOR BAHRU HOTEL.. Huhu”

  1. Sherry says:

    Nice post, me too that night no line digi.

    1. YB Shehan says:

      oh really? then Digi prob lah.. wifi also cannot.. adoi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!