Naracards Korea-Seoul Set

ZV BEAUTY COLLECTION – MY REVIEW

ZV BEAUTY COLLECTION - MY REVIEW (13)

So, baru-baru ni kalau korang perasan, Mommy ada kongsi beberapa gambar sepanjang Day Trip ke Singapore bersama kawan-kawan blogger Mommy di Facebook dan Instagram. Trip tu sehari jer, untuk kami memang best lah walaupun cuaca sangat panas dan memenatkan. Penat kenapa? Penat rushing la gais.. Ikut tour guide kan?

Tapi.. tapi.. Walaupun penat dan panas, makeup Mommy kekal beb. Tak crack pun. Berpeluh tu ada, cuma touch up sikit je, terus ok semula.

Wah.. Mommy guna makeup apa lah kan? Ok.. sebenarnya Mommy baru cuba satu set makeup dari ZV Beauty Collection. Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang belum tahu. Tapi, apa yang Mommy boleh cakap, brand ini walaupun local product, tapi tarafnya dah macam produk antarabangsa.

Kenapa?

Mommy compare foundation yang biasa Mommy guna dengan foundation ZVBC ini, serius talk, Mommy dah boleh jimat duit lepas ni. Sama je gais.. Hebat giler lah kan? Tak perlu dah cari yang mahal gedabak kalau korang boleh dapat hasil yang sama dengan produk local.

PENDAPAT MOMMY

ZV Beauty Collection – Precision Face Base Primer

Sedikit info mengenai ZVBC Precision Face Base Primer :

  • diformulakan dengan Argan Oil dan Marula Oil
  • dikuasakan dengan Vitamin E
  • membantu melembapkan kulit dan melindungi kulit dari sebarang radikal bebas
  • sesuai untuk rawatan jerawat dan pigmentasi

Teksturnya seakan mempunyai glitter di dalamnya. Jadi, bila kita pakai akan nampak sedikit glitter di wajah. Ia juga boleh dijadikan sebagai highlighter.

Tetapi, yang besnya pasal Primer ini, ia berjaya menutup pori dan sekatakan foundation yang disapu kemudian. Haaa best tu. Mommy bagi 5 bintang.

ZV Beauty Collection – Precision Treatment Foundation

Ada 3 jenis kod untuk ZVBC Precision Treatment Foundation ini iaitu Light, Medium dan Dark Tone.

Mommy memilih kod Medium

Sedikit info mengenai ZVBC Precision Treatment Foundation :

  • diformulakan dengan Argan Oil dan Marula Oil
  • dikuasakan oleh Vitamin C (mencerahkan) dan Vitamin E
  • full coverage dan mempunyai perlindungan UV 24 jam (SPF 35)
  • sesuai untuk rawatan jerawat dan pigmentasi
  • membantu melembapkan kulit dan melindungi kulit dari sebarang radikal bebas
  • membantu menghalang pengoksidaan dan kulit kering

Serius panas sangat di Sentosa Island. Tapi, percaya tak, Precision Treatment Foundation tak crack langsung. Memang tahan lama. Dah la senang apply. Seriously recommended. Mommy bagi 5 bintang.

ZV Beauty Collection – Precision Loose Powder

Panas terik tak boleh bincang laaa kat Singapore nih. Tapi tak risau. Saiz loose powder ini kecil dan muat dalam handbag.

Sedikit info mengenai ZVBC Precision Loose Powder :

  • diformulakan dengan Argan Oil dan Marula Oil
  • dikuasakan oleh Vitamin C (mencerahkan) dan Vitamin E
  • ada glowing effect
  • boleh kaburkan garisan halus di wajah
  • sangat sesuai digunakan untuk setkan mekap selepas pemakaian foundation

Kalau rasa muka kena touch up, cukup dengan loose powder nih. Ada cermin pula tu. So boleh touch up anytime, anywhere. Serious.. Mmg padu weh! 5 bintang Mommy bagi.

ZV Beauty Collection – Precision Eyeshadow

Precision Eyeshadow pula mempunyai 4 basic warna. Memang warna yang boleh digunakan setiap hari lah kiranya. Mommy agak rigid tentang eyeshadow, tapi this one memang nice dengan Mommy.

Sedikit info mengenai ZVBC Precision Eye Shadow :

  • Sangat pigmented
  • 4 warna semulajadi dalam 1 palet
  • Tekstur mudah diapply
  • Smart packaging

Pigmented dan memang senang disapu ke mata. Dengan brush ok, dengan jari pun boleh. Very recommended. 5 bintang lagi Mommy kasi.

Mommy dah jatuh cinta dengan koleksi produk ZV Beauty Collection ini tau. Hari-hari pakai. Kulit Mommy dah macam moist sangat-sangat. Rasanya kandungan Argan dan Marula Oil tu sangat membantu mencantikkan dan melembapkan kulit wajah Mommy.

Mommy harap lepas ini akan ada blusher, lipstick dan setting spray sebagai pelengkap set. Wuhuu. Lagi satu, Mommy juga berharap mereka juga buat mini size (not in glass bottle), supaya lebih ringan dibawa ketika travel.

Korang nak juga?

Boleh jer.. Cari je kat sini haaa..

Untuk maklumat lanjut, korang jangan lupa follow instagram @zvbeautycollection, facebook @zvbeautycollection dan youtube @zvbeautycollection

(Visited 162 times, 4 visits today)

5 thoughts on “ZV BEAUTY COLLECTION – MY REVIEW”

  1. Setuju! Mmg best guna. Paling suka foundation tu. Tiap hari guna, rasa kulit makin lembut ja.
    Mama Kembar Tiga recently posted…ZV Beauty Collection: Mekap Tahan Lama Sesuai Bila Travel!My Profile

  2. Nina Mirza says:

    Setuju… Harap pasni depa adakan blusher, lipmatte, dan setting spray
    Nina Mirza recently posted…Makeup Nina kekal lama masa travel sebab pakai …My Profile

  3. sueizza says:

    foundation tu cam menarikkkk je…nak try la

    1. YB Shehan says:

      skrg ada sale. bbaloi kak klu beli. sy recommend.

  4. ema says:

    Kemain bawa ZV sampai ke SIngapore…hebat..hebat…hehehe…eye shadow dia nampak menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!