Naracards Korea-Seoul Set

TARIKAN DI THE SHORE OCEANARIUM MELAKA

Kali ni Mommy ke Melaka untuk celebrate birthday Hannah yang ke 9 tahun. Kebetulan ada hotel yang Mommy belum redeem. Jadi, Mommy gunakan peluang ini lah..

Ada 1 tempat yang Mommy janji nak bawa anak-anak andai kami ke Melaka. Tempat sebegini sebenarnya Mommy tak pernah bosan untuk masuk. Even masa kat Jepun pun, tetap masuk juga tempat sebegini. Gigih kan? Best tau..

THE SHORE OCEANARIUM MELAKA

Terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), tingkat 2 di The Shore Shopping Gallery, The Shore Oceanarium ini sangat menarik dari pintu masuk lagi.

Ya, di sinilah tempat yang Mommy janjikan dengan anak-anak andai ke Melaka.

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat Mommy ambil di dalam tu. Asyik dengar suara budak-budak ni jer sebab teruja betul dengan apa yang ada dalam The Shore Oceanarium ini.

Untuk pengetahuan semua, The Shore Oceanarium ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :

Interactive Touch Pool

Ini yang Mommy maksudkan keterujaan bermula dari pintu hadapan lagi. Kenapa? Masuk sahaja, kita akan jumpa Interactive Touch Pool di mana haiwan di dalam kolam tersebut boleh disentuh. Antaranya ialah tapak sulaiman, belangkas, ikan pari, ikan buntal dan ikan yu.

Meremang juga la Mommy bila sentuh tapak sulaiman tu. Ada bulu-bulu bawah tapak tu. Mulutnya pula betul2 di tengah tapak kaki. Huhu. Seram tapi teruja nak cuba pegang. Cuma, jangan angkat ia atas dari air. Risau cepat mati.

Sebelum dan selepas sentuh haiwan-haiwan ini, jangan lupa boleh basuh tangan di sinki yang disediakan di situ.

Magical Vacuum Aquarium/MVA Aquarium

Di sini, kita boleh sentuh ikan dalam akuarium. Nice kan? Tapi, korang wonder tak, kenapa air dalam aquarium tu penuh, tapi tak melimpah pun? Haaaa..

Anak-anak Mommy seram bab sentuh-sentuh ni. Jadi, kena la Daddynya yang jadi tukang sentuh. Eh, Mommy pun seram juga. Hahaha.

Ocean Journey

Ini merupakan bahagian paling utama di Oceanarium yang dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya Oceanarium Theater, Sea Shell Museum, Shark Quest, Marine Fishes dan pameran terumbu karang.

Sea Shells Museum

The Shore Oceanarium memiliki lebih daripada 100 jenis sea shell yang dikumpulkan dari seluruh dunia. Di sini, kita dan anak-anak boleh mempelajari beberapa fakta menarik mengenai sea shells di sini.

Kalau korang perasan, belakang Ariq tu ada replika gergasi “Nautilus Shell.” Dan kami terlupa selfie di situ. Rugi-rugi.

Shark Quest

Gambar di atas adalah zon Shark Quest. Zon ini, sambil berjalan, kita boleh dongak ke atas. Korang akan nampak jerung berenang-renang bahagia di atas.

Paling penting, korang boleh selfie bersama replika Megalodon shark Jaw & Greatwhite shark bersaiz sebenar di situ.

Jungle Quest

Di kawasan ini, kita boleh mempelajari lebih lanjut mengenai reptilia, ular, katak, rama-rama, serangga dan haiwan kecil seperti hedgehog dan lain-lain.

Dangerous Marine Species

Di bahagian ini kita boleh kenali beberapa spesis ikan berbahaya seperti lionfish, stone fish, puffer, moray eel dan sebagainya.

River Story

Kawasan yang Mommy paling suka sebab cantik sangat.

Di kawasan ini, kita boleh belajar mengenai semua ekosistem sungai di seluruh dunia yang mempamerkan spesis ikan berlainan di rantau sungai yang berlainan seperti di Indian River, Chinese Mountain Stream, Australian River, Lake Malawi & lain-lain.

Bahagian yang lebih besar di sini adalah Ekosistem Malaysia di mana pelbagai spesis ikan di negara kita dipamerkan di sini. Tak boleh move on rasanya di sini. Cantik sangat.

Ocean Theatre

Feeding Show akan diadakan di sini oleh penyelam terlatih. Kami tak berkesempatan nak melihat pertunjukan ketika itu sebab jadual tertakluk kepada availability penyelam.

3D Cinema 8 in 1

3D Cinema 8 in 1 juga ada di bahagian ini dimana ia akan menghidangkan filem bertajuk A Turtle’s Adventure, dengan pelbagai efek yang akan dirasai sepanjang pengembaraan seperti angin, hujan, kilat dan sebagainya.

3D experience

Di dalam Oceanarium, ada bahagian di mana kita boleh gunakan spek 3D* yang diberi ketika di kaunter tiket (* pilihan tambahan). Tengok anak-anak Mommy cuba spek 3D ini.

Fun Freakish

Di bahagian ini korang boleh lihat pameran obor-obor, kuda laut, pipe fish dan lain-lain.

Port cantik untuk bergambar

Memang berbaloi betul masuk. Semua tempat pun cantik untuk bergambar. Kan?

Sambil belajar mengenai kehidupan laut dan lain-lain, anak-anak diberi peluang menjawab soalan & tandakan jawapan menggunakan cop yang disediakan di point tertentu. Memang terujalah Hannah & Daddy baca info. Berbaloi sungguh.

Habis jawab semua soalan, boleh claim hadiah di kaunter. Hehe.

Selesai pusing The Shore Oceanarium, kita boleh singgah dulu dalam kedai cenderahati. Mommy biasanya akan beli 1 fridge magnet jika ke tempat sebegini.

VRAR INTERACTIVE PARK

Sejurus keluar dari The Shore Oceanarium, kami ke tandas semula sebelum masuk ke VRAR Interactive Park. Ya, pastikan ke tandas dulu tau.. Sebab tak boleh keluar masuk tau.

Di bawah adalah antara aktiviti yang kami semua enjoy dalam VRAR Interactive Park ini. Korang wajib cuba tau. Tiket korang beli tadi dah termasuk pakej VRAR*. (*Tempoh terhad)

Dalam ni, kami cuba merasai pengalaman 360 VR Cinema, dimana semua orang akan merasai pengalaman di laut dalam menggunakan VR headset. Korang boleh pusing kiri kanan depan belakang lah kiranya. Best giler!

Kami ‘dibawa’ ke dasar laut, sambil melihat ikan-ikan berenang, tetiba ada ikan jerung datang menyerang. Belum sempat habis, tetiba datang seekor sotong kurita dari arah hadapan dan terus telan kami semua. Aduh!! Terjerit-jerit juga la kami dalam tu.

Siap ada efek angin semua tau. Syok! Ini salah satu movie yang ditayangkan masa ni. Mommy rasa ada lagi movie lain untuk jam yang lain.

Kami terus ke bahagian lain pula. Di sini, kita boleh bergambar bersama dinosaur tau. Cuma halakan tapak tangan ke arah kamera di skrin ketika dinosour muncul. Ariq dan Hannah siap berdrama lagi. Konon-konon kena pijak. Hahaha. Pandai pulak.

Korang pernah main game Fruit Ninja kat handphone? Haaa.. Dalam ni pun ada tau. Guna tangan je. Slash.. Slash.. Jerit Ariq.

Kemudian, anak-anak sambung main ‘tangkap ikan’. Macam mainan dalam pc tu kan? Enjoy sungguh anak-anak.

Kemudian kami ke kawasan Kids VR Zone dimana 1 token diberikan untuk anak-anak bermain di sini.

Kids Edutainment Painting pula adalah bahagian di mana kita boleh galakkan anak-anak memilih haiwan yang disukai dan kemudian cuba mewarnakannya secara digital.

Di sini pula anak-anak boleh ‘bermain’ piano seperti gambar Hannah di bawah ini. Sempat la main lagu Happy Birthday. Hehe.

Korang boleh tengok selanjutnya dalam facebook mereka di sini : www.facebook.com/coralwonderlandVR

HARGA TIKET THE SHORE OCEANARIUM

Harga tiket adalah RM40 dewasa, RM30 kanak-kanak dan warga emas, dan RM15 untuk pemegang kad OKU.

Dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi sehingga 9 malam.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

Nota kaki : Apa yang paling best dalam trip kali ini adalah Mommy dapat gunakan kad OKU Ariq buat pertama kali. Memang jimat la. Jangan salah faham tau, itulah kelebihan ada kad OKU. Boleh bawa anak-anak istimewa ini ke mana jua tanpa memikirkan kos yang terlalu tinggi. Pasti ada potongan. Silap-silap FREE jer. Rezeki Ariq.

(Visited 317 times, 2 visits today)

14 thoughts on “TARIKAN DI THE SHORE OCEANARIUM MELAKA”

  1. Menarik dan harga tiket pun berbaloi. Boleh plan nak gi cuti sekolah nanti..

  2. Fiza says:

    Bestnyaaa she. Next week fiza nak g Melaka, leh la g

  3. Ben Ashaari says:

    Best! Pernah g masa mula mula buka dulu

  4. Syiera says:

    Fuhhh ini tempat fav ni. Syira suka explore hidupan dalam air.

  5. YanieYusuf says:

    menarik. yanie pernah dtg stu tapi tgk luar je. tak masuk pun.

  6. YanieYusuf says:

    menarik. yanie pernah dtg stu tapi tgk luar je. tak masuk pun… Yanie pergi yang atas bumbung tu jew..yg ada kaca tu.

  7. Haida says:

    Suka dengan interactive touch pool tu. Anak-anak boleh explore sendiri

  8. Nampak best! Lenkali pi melaka boleh laa nak bawak si kembaq ni, depa suka tempat tempat camni.
    Mama Kembar Tiga recently posted…Manjakan Diri di Spa Sutra Maya Wellness…Hilang Stress!My Profile

  9. Marina says:

    Tak pernah lagi jejak ke sini. Nanti ke melaka bolehla singgah sini

  10. Yaya Azura says:

    Lamanya tak turun Melaka. Dulu tak ada lagi tempat ni. Bestnya bawa anak-anak datang sini.

  11. Dah macam lagi menarik je tempatnye.. dulu pernah gak pergi tapi zaman Audya belum ade lagi.. hihi

  12. Ai says:

    Tak sempat lagi nak jejak kat sana.

  13. kisah tatie says:

    dulu pergi belum ada vr zone tu lagi ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!