Naracards Korea-Seoul Set

SERVIS KERETA DAN TAYAR DI CASUMINA TYRE SHAH ALAM

SERVIS-KERETA-DAN-TAYAR-DI-CASUMINA-TYRE-SHAH-ALAM-1

Warga Shah Alam beruntung sebenarnya. Mommy yang jauh ini pun, lepas dengar recommendation dari sahabat tentang Pusat Servis Kereta dan Tayar Casumina Tyre Shah Alam ini bagus dan murah, sanggup ke sana.

Casumina Tyre Shah Alam ini terletak di Seksyen 15 Shah Alam. Korang boleh Google Map / Waze sahaja “Casumina Tyre” untuk sampai ke sini.

First impression Mommy, bukan calang-calang pusat servis ini. Sebesar gudang dah ha.. Dipenuhi tayar pelbagai saiz di setiap sudut gudang, dan kenderaan yang datang servis bukan sahaja kereta, bahkan lori pun ada.

Yakin sikit lah nak servis kan? Tapi korang jangan risau pula. Mommy datang tempat yang memang recommended bab harga. Mommy tau lah maksud korang tu, walaupun tak cakap kan? Mesti selalu search PUSAT SERVIS KERETA MURAH kan? Datang sini lah..

PERKARA YANG KENA AMBIL TAHU BILA PERGI SERVIS KERETA

Sebelum ni, ada juga entri Mommy berkisar bab kereta. Kalau korang rajin, search la. Maksud Mommy di sini, walaupun perempuan, kita kena ambil tahu juga bab-bab kereta ini.

1. MINYAK HITAM / MINYAK ENJIN

Biasanya, selepas 10,000km, kita dah kena pastikan kereta kita wajib diservis. Tapi bergantung juga la dengan minyak yang digunakan. Sama ada sintetik atau bukan sintetik. Kalau bukan sintetik, setiap 5,000km atau 3 bulan (whichever is earlier). Kalau yang sintetik, boleh pergi dari jarak 7,000km hingga 10,000km.

Sedikit tips, minyak enjin bersih biasanya berwarna coklat. Selepas lama digunakan ia akan bertukar semakin gelap dan kemudian menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada enjin pembakaran dalaman. Jika cair dan gelap, itu antara tanda minyak enjin perlu ditukar.

Di Casumina Tyre, mereka menyarankan Mommy menggunakan minyak enjin G-Energy S Synth 10W-40 keluaran mereka sendiri untuk kelancaran enjin kereta Mommy. Untuk 4liter, harganya berpatutan la iaitu RM140. Yang penting original.

Dan feedback Mommy, selepas hampir 1 minggu kereta ini diservis, Mommy memang puas hati. Macam tak sedar je laju betul Mommy drive. Smooth pula tu. Serius.

2. PENAPIS MINYAK / OIL FILTER

Seeloknya ditukar sekali ketika tukar minyak hitam. Oil Filter ini berfungsi membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Jadi, jika tidak ditukar sekali, kereta kita berisiko dengan masalah penapis tersumbat dan menghalang aliran minyak bekerja dengan cekap.

Dan sudah tentulah Casumina Tyre menukar Oil Filter kereta Mommy. Lagipun, harganya cuma RM15. Termasuk dalam pakej servis dah.

3. MINYAK GEAR / CVT GEAR OIL

Mommy difahamkan, minyak gear CVT seharusnya ditukar setiap 60,000km. Jadi, Mommy rasa, alang-alang macam dah lama sangat je tak tukar, pihak Casumina pun sarankan tukar sekali. Lagipun harganya cuma RM130 untuk 4 liter.

4. SPARK PLUG

Mommy memilih untuk tidak tukar sebab rasanya macam baru je tukar sebelum ini. Unless kalau dah lebih 40,000km tu, sila minta tukar ok?

5. AIR FILTER

Air Filter kereta Mommy masih ‘cantik’ dan tak perlu ditukar. Pihak Casumina cuma tolong bersihkan aje. Terus aircond sejuk lepas tu. Haaa. Nangis terharu.

6. BRAKE PAD

Seeloknya ditukar bila dah rasa brek haus atau kurang menggigit. Biasanya 3 hingga 4 tahun sekali. Erm.. Ini Mommy plan untuk tukar next time. Dah rasa macam sesuatu dah brek tu.

7. TAYAR

Ok. Ini part paling penting. Mommy memang bercadang untuk tukar tayar jika Mommy datang servis kereta.

Isu tayar kereta Mommy ni, dia jadi makan sebelah. Pelik sebab cepat sangat haus. Bahaya tau kalau tayar cepat haus. Macam-macam boleh jadi. Selepas diperiksa, ternyata trailing-arm suspension mempunyai isu. Padahal tak pernah pun buat apa-apa kat kereta ni. Lowered ke. Hmm.. Eh tapi tukar sport rim tu, boleh jadi kot? Perubahan paras rupa juga tu.

Dah la baru tahu yang seketul saga ni susah nak buat aligment seketul-seketul. Tak kan la Mommy nak jenguk pula bawah kereta masa nak beli, ada 1 line chamber ke bukan? Huhu.

Kemudian, selepas diperiksa juga, seketul rear lower trailing arm bush perlu ditukar sekali sebab kemungkinan patah dalam. In fact, memang patah pun. Huwaaa.. Patut la macam kaki kepit je ku tengok dari belakang. Akibat tidak peduli, ia terkepit. Haha.

Kos semua tu lebih kurang RM200+. Murah gak tu bagi Mommy sebab pernah tanya kedai lain, memang tak pernah bawah RM300.

Dan semua isu tersebut akan dibetulkan semula di akhir proses iaitu melalui proses balancing dan aligment.

Korang pening la tu. Mommy pun awalnya. Tapi, serius cakap. Mommy tabik spring dengan foreman yang bernama Encik Safuan yang tak bosan langsung melayan ex-lawyer ni bertanya. Hahahaha.

Jadi, selepas berbincang semua perkara termasuk bab tayar bersama pihak Casumina Tyre, dan memandangkan mereka adalah sebuah gudang tayar juga, adalah sangat tepat Mommy memilih untuk menggunakan tayar jenama mereka sendiri. Buatan China tapi berkualiti.

Ada pelbagai jenis tayar sebenarnya di situ, tapi Mommy memilih tayar Constancy LY166 yang berharga RM120 sebiji (boleh dapat less kot kalau beli 4 biji terus) untuk dipasang. Harga tersebut sudah termasuk labour, alignment dan tyre balancing.

8. SAFETY BAR

Ok ini perkara agak baru la juga untuk pengetahuan Mommy. Ye la.. Dalam dok belek-belek kereta dan ambil tahu serba sedikit, Mommy tertarik dengan Safety Bar yang ada di Casumina Tyre ini.

Ok korang nampak gambar ni? Meh Mommy terangkan dalam bahasa mudah faham.

Kereta kita ni kan, walaupun besi, sebenarnya dia lembut juga. Setiap kali kita pecut, brek dan ambil selekoh, setiap bahagian dalam kenderaan kita akan bergerak, maksudnya akan ada bending moment atau pembengkokkan sementara. Macam spring yang diperbuat daripada besi, ia bersifat anjal, begitu juga rangka kereta kita. Cuma keanjalannya tidaklah selembut spring.

Dalam kita berseronok, berkemungkinan rangka kenderaan kita membengkok, dan jika kita sejenis yang memandu secara membuta tuli untuk jangka waktu yang lama, kita mungkin akan dikejutkan dengan rangka kenderaan yang teruk walaupun tak pernah terlibat dalam kemalangan.

Jadi, tujuan utama Safety Bar ini dipasang adalah untuk kukuhkan bahagian depan kenderaan ketika memasuki jalan selekoh dengan kelajuan tinggi. Bila dipasang, korang akan rasa pergerakan kereta lebih baik sebab ia langsung tak memberi ruang untuk rangka kereta kita bergerak. Kira balance lah juga kereta masa tu.

Korang mesti pernah tengok race car kan? Pernah tengok besi bersilang-silang dalam kereta tu? Haaa..

Ish.. bahasa mudah habis dah tu bagi. Tak faham, meh Mommy ketuk dengan Safety Bar tu.

9. PERKARA-PERKARA LAIN

Untuk barang-barang lain seperti bateri kereta, timing belt, aircond dan sebagainya, korang boleh tanya lanjut kepada pihak servis ya.

KEDAI MAKAN DAN GRAB CAR

Mommy tiba di pusat servis Casumina Tyre ini jam 11 pagi. Belum sempat sarapan pun. Alang-alang dah nak dekat tengah hari tu, kami terus lunch sini je lah. Ye.. dalam kawasan pusat servis ini juga. Tak perlu jalan jauh pun. Ada lauk campur dan makanan goreng-goreng juga tau.

Memandangkan kes trailing-arm suspension dan penukaran rear lower trailing arm bush memang mengambil masa lebih kurang 2-3 jam untuk keseluruhan proses (sebab perlu press dan sebagainya), Mommy ambil keputusan untuk keluar dahulu. Daddy dengan pantasnya tempah GrabCar dan kami pun terus ke i-Central Shah Alam. Dekat je rupanya. Takde la bosan kan?

Waktu petang, Mommy siap layan bihun tomyam di kedai makan yang sama. Sedap weh! Anak-anak masa ni tengah tidur di pejabat pusat servis ni. Heee

CAR WASH & CUCI ENJIN

Untuk setiap perkhidmatan seperti servis kereta atau tukar tayar (4 biji), korang akan dapat servis car wash secara percuma tau.

Nah.. Mommy tak gamak nak tunjuk gambar sebelum enjin kereta Mommy dicuci, jadi Mommy tunjuk lepas transform je la ye.

Jelita sudah!

Total kos Mommy perlu bayar hari ini adalah lebih kurang RM600 macam tu, termasuk tayar baru dan upah.. Ok la. Kalau tengok dengan susah payahnya proses kerja tu, dan hasil selepas servis, Mommy rasa berbaloi sangat.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, korang boleh layari facebook page mereka iaitu: https://www.facebook.com/mycasumina

  • Alamat Casumina Tyre : Lot 20, Jalan Utas 15/7, Section 15, 40200 Shah Alam
  • Tel : 016-750 5999

Mommy bagi 5 bintang!

(Visited 149 times, 2 visits today)

4 thoughts on “SERVIS KERETA DAN TAYAR DI CASUMINA TYRE SHAH ALAM”

  1. Nina Mirza says:

    Wah… Besarnya workshop dia!
    Yakin nak hantar kete servis kat sini. Kak nina tak berapa expert bab kereta. So memang akan hantar kete ke Servis center yang berpengalaman macam ni. Boleh laaa ajak husband try servis sini nanti
    Nina Mirza recently posted…Eat Clean : Cara Masak Resipi IKAN SIAKAP STIM Ala THAI Sedap Mudah CepatMy Profile

  2. Luas betul bengkel tu, siap ada minyak hitam jenama sendiri. Konfiden skit depa ni pro kan.

    Mama Kembar Tiga recently posted…Manjakan Diri di Spa Sutra Maya Wellness…Hilang Stress!My Profile

  3. ina says:

    ehhh.. murah dah tu tayar Rm120 termasuk pemasangan ni. Besar betul bengkel ni,macam gudang.Taklah panas.. seronok keliling bengkel ni luas, bole tengok-tengok dorang buat kerja. Tak lah bosan sangat.

  4. NA says:

    Baguslah dia bagi penerangan jadi yakin apabila servis. Tunggu lama pun tak kisah bila ada tempat makan.
    NA recently posted…SampaiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!