Naracards Korea-Seoul Set

TERUJA TENGOK SABUN ECO BERSIHKAN MESIN BASUH

SABUN ECO BERSIHKAN MESIN BASUH

Ada ternampak dalam Facebook, sabun ECO boleh bersihkan mesin basuh yang berkeladak. Haaa. Since tak pernah tahu hasil cucian mesin basuh samada betul-betul berkeladak atau tidak, malam tadi Mommy beli Washing Machine Cleaner di Eco.

Biasanya Mommy hanya guna sabun biasa untuk clean tub. Kali ini, Mommy nak cuba sabun ini pula. Kompem viral lepas ni. Benda baik, kena la kongsi kan?

WASHING MACHINE CLEANER DARI ECO

Harga sudah tentu la murah. RM2.10 satu pek. Mommy ambil 2 pek untuk cubaan kali pertama.

Arahannya pula sungguh mudah.

Untuk kali pertama, gunakan 2 pek. Yes, betul dah keputusan Mommy beli 2 pek. Hahaha.

Kemudian boleh rendam dalam air yang penuh di dalam mesin, sekurang-kurangnya 5 jam. Kalau mesin yang boleh set air suam, lagi lah bagus.

Ini hasilnya lepas Mommy setel 1 pusingan cucian.

Korang rajin tak nak cuci kotor-kotor tu? Mommy rajin je. Ambil je tisu. Buang selapis kotoran selagi boleh.

Kemudian Mommy tekan clean tub sekali lagi untuk hilangkan semua kotoran tu.

Well so far puas hati la juga. Kalau nak beli sabun untuk clean tub jenama lain pun, contohnya Cosway, harganya RM15 kot untuk 2 pek. Tak salah kalau nak cuba Eco je dulu.

Tepuk poket, bayar kat kaunter.

Selamat Mencuba!!

p/s : Sesuai untuk FRONT & TOP LOAD WASHER. Jangan gunakan sabun ini bersama pakaian atau bahan pencuci lain.

TIPS CUCI MESIN BASUH GUNA BAHAN DAPUR

Kalau rasa malas nak pergi beli, korang boleh guna cuka + baking soda. Cara-caranya, masukkan 200g baking soda ke dalam tempat letak sabun, tuang cuka 300ml, kemudian tekan clean tub / cucian biasa pun ok. Hasilnya sama nanti.

Oh ya.. Selamat Hari Malaysia. Moga Malaysia cepat-cepat hilang dari jerebu yang bahaya ini. Amin.

(Visited 695 times, 1 visits today)
Tags: , , ,

7 thoughts on “TERUJA TENGOK SABUN ECO BERSIHKAN MESIN BASUH”

  1. Baguih gak, kluaq segala keladak tu. Nak try gak nnt
    Mama Kembar Tiga recently posted…Ada BOH, Ada Ummph!My Profile

    1. YB Shehan says:

      nt masa dh kluaq banyak, buat skali lagi. so masa isi air skali lagi tu, akk sauk guna penapis kecik. kutip sampah2 tu dlu.

  2. sueizza says:

    Kak sue pula dok teruja beli pencuci dapur ngan pewangi fabrik kat ecoshop hahahha,kali kedua pergi terus sambar 3 4 botol heheheh

    1. YB Shehan says:

      ada gambar? pencuci dapur cmne tu?

  3. ema says:

    Wah, barang murah..hasil berbaloi sangat…

  4. Nadia Johari says:

    ala ape ni..nak pergi eco jugakla..mesti i borong mcm2 nanti..ahhaa..nak usha mana eco dekt sini

  5. Perunding Takaful Ikhlas says:

    Murah jugak ye sabun eco ni.. kalau nak banding dgn brand yang saya guna mmg ketara sgt beza dia.. boleh la lepas ni tukar guna brand eco pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!