Naracards Korea-Seoul Set

TAHNIAH TAWAU!! MINGGU KEUSAHAWANAN DAN PKS 2019 SABAH


Korang ingat lagi tak tentang Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 Sabah yang Mommy war-warkan sebelum ini? Alhamdulillah.. program tersebut berjalan lancar.

Minggu Keusahawanan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2019, anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan & SME Corp. Malaysia yang bertempat di Eastern Plaza Tawau ini merupakan satu inisiatif Kerajaan bagi mengiktiraf usaha serta sumbangan PKS sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Majlis Perasmian Minggu Keusahawanan & PKS 2019 peringkat negeri Sabah telah disempurnakan oleh YB Hj Azhar Bin Datuk Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Jom kita tengok kemeriahan program di Eastern Plaza, Tawau sepanjang 2 hingga 4 Ogos lalu.

Majlis Perasmian

Lawatan ke booth pempamer

Sesi Business Networking

Selain itu, turut berada di Minggu Keusahawanan & PKS 2019 peringkat negeri Sabah adalah selebriti Mentor 5, Salma Asis, artis kelahiran Tawau yang memeriahkan majlis sambil berkongsi pendapat dan nasihat bersama pengunjung di sana.

Celebrity Talk bersama Salma Mentor 5

Korang boleh tonton Celebrity Talk di sini.

Salma Mentor di Booth Pempamer

Objektif utama Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 ini diadakan adalah untuk mengiktiraf PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara, sebagai platform untuk menyebarkan maklumat, untuk membudayakan keusahawanan dan meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan PKS.

Mommy yakin, objektif ini tercapai di sana. Liputan Minggu Keusahawanan & PKS 2019 peringkat negeri Sabah boleh ditonton di sini : https://web.facebook.com/watch/?v=499850597489568

Program tahunan ini dibuka kepada orang awam dengan sasaran menggalakkan budaya keusahawanan di samping menyediakan peluang promosi dan perniagaan, perkongsian maklumat serta jaringan perniagaan. Jadi, para usahawan, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program sebegini di masa depan.

Terbaru, bagi yang tidak berkesempatan hadir ke Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 yang telah berlangsung di Sarawak, Kedah, Pahang, Johor & Tawau ini, jangan lepaskan peluang untuk datang ke MAEPS Serdang pada 29 Ogos hingga 1 September 2019 ini bagi acara kemuncak Minggu Keusahawanan yang dinamakan Minggu Keusahawanan Nasional (MUN) 2019.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan moga terus berjaya.

(Visited 35 times, 2 visits today)
Tags: , , ,

1 thought on “TAHNIAH TAWAU!! MINGGU KEUSAHAWANAN DAN PKS 2019 SABAH”

  1. Ai says:

    MAEPS Serdang tu kalau free nanti boleh lah pergi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!