Naracards Korea-Seoul Set

BEST KE DRAMA SWEET DREAMS TU?

DRAMA SWEET DREAMS

Baru-baru ni Mommy ada share di FB tentang seorang pelakon lelaki yang agak kacak berambut panjang.. Rupanya pelakon tersebut adalah Ben Amir. Tak kenal pun sebelum ni. Tapi viral sebab wajahnya yang sesuai dengan rambut sebegitu.. Huhu..

Terbaru, drama Sweet Dreams, drama yang diadaptasi daripada novel Sweet Dreams karya Acik Lana ini akan ditayangkan bermula malam ini, 5 Ogos di Astro Ria & Ria HD. Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.. Alamak.. Mommy takde Astro..

4 Episod pertama juga akan disiarkan di Gempak. Haaa.. Nasib baik ada Youtube..

Barisan pelakon terdiri daripada Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang.

Segak noh..

Nah.. tayangan perdana untuk korang layan dulu.. Malam kang, leh layan episod 1.

SINOPSIS SWEET DREAMS

Puteri, seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

OST SWEET DREAMS

Adaptasi novel ni, kadang-kadang menarik juga nak layan. Kalau sebelum ini orang cakap MF cakap laju sangat, nah.. jom layan kali ni MF takde suara langsung. Hee..

(Visited 14,307 times, 1 visits today)

5 thoughts on “BEST KE DRAMA SWEET DREAMS TU?”

  1. Bebas says:

    Cerita ni memangla best sebab tiru drama Korea “while you were sleeping”. Mula-mula terasa nak tengok, yelah takkanlah sweet dreams tiru 100% while you were sleeping kan? Tapi bila tahu ada ustaz wahabi dalam cerita ni terus tak jadi nak tengok.
    Bebas recently posted…Kenapa Suka Tiru Luar Negara?My Profile

    1. YB Shehan says:

      hahahha.. marah betul. xpe. layan je la versi melayu pulak.

    2. sya says:

      Konsep je sama, jalan cerita semua lain. Bukan macam cerita Patahnya Sebelah Sayap, sebijik dia tiru drama korea secret love. Drama sweet dreams ni lain gila daripada drama korea while you were sleeping, konsep yang kecil tu je sama.

  2. SITI says:

    TAK SABAR NAK TUNGGU EPISOD SETERUSNYA….

  3. sean jun says:

    Ustaz wahabi? ha..ha..ha.. pandai la kau ni…. wahabikan orang…. ha..ha..ha…
    tengok je la….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!