Naracards Korea-Seoul Set

SAKIT PENGHAPUS DOSA ATAU…

Seminggu lebih Mommy menyepi. Di mana-mana pun Mommy xde. Yang concern, Mommy ucapkan terima kasih. Ada masa, Mommy reply. Masa lemah, Mommy tak balas.

Mommy copypaste dari status FB Mommy pagi nih. Bagi yang bertanya apa yang jadi kat Mommy.

+++++++++

Tq atas doa..

Ramai tanya kenapa?

Sebenarnya dah 1 week on off demam. Disulami batuk. Pernah kena neb kat klinik juga sebab saluran paru2 mcm sempit. Doc cakap ada lung infection. Takat cakap tapi takde xray, kita layan je lah makan ubat.

Ubat yang diberi, pcm, ubat batuk, prednisolone (utk asma) & antibiotik.

Takde sejarah asma pun sebelum ni.

Kesan makan ubat pred, aku rasa shaking. Setiap masa. Jadi aku kena makan waktu mlm. Dengan harapan boleh tidur juga. Tapi tetap seksa nak tidur.

Hari2 makan ubat pun, kadang2 skip sekejap waktu siang, aku tetap shaking. Jari aku gigil. Dada berdebar je sepanjang masa. Tak cukup oksigen kah aku?

Since aku rasa nafas aku memang susah sangat nak tarik semalam, aku terpaksa juga ke hospital. Terus aku masuk bilik Asma wpon xde asma. Aku tak peduli, janji aku boleh neb.

Neb kali pertama, tangan aku makin shaking tahap pegang fon pun macam orang minta dadah punya gigil. Doc macam kelam kabut jap. Check oksigen 87 dan makin menurun.

Tunggu kejap. Kena neb sekali lagi. Hmm.. sambung gigil lagi.

Habis neb, tunggu masuk bilik ubat. Lama gila tunggu. Nasib ada tempat duduk. Siap ada parent tak bertanggungjawab biar je muntah anak kat tepi tu. Haih. Aku dok menahan je dari nak termuntah.

Masuk bilik ubat, ingatkan untuk amek ubat. Rupanya kena injection. Bapak la besar jarum oi.

Nah.. sekali cucuk Salbutamol. Kesan dari tu, tak lama lepas tu aku macam pening sikit. Otw balik ke rumah, muntah tepi jalan. Balik rumah, muntah habis apa yang dimakan dari pagi.

Cubaan rest awal. Nan hado. 12 lebih pun masih bangun duduk, bangun duduk. Muntah lagi sebab batuk melampau sangat. Pastu kunyah gula2 herbs Nin Jiom. Baru tenang sikit dari batuk. Terkucil tak yah cakap. Sekali overnight pad kena ready.

Hari ni kalau boleh tak mau layan lemau tu. Tapi suami paksa jugak makan ubat. Dia handle anak hari nih. At least, kalau aku rehat, dia ada. Lega sekejap.

Tq atas doa kalian. Terima kasih sudi baca.

Aku xde sejarah asma. Harap takde lah jadi lagi pasnih. Takmau dah batuk2 gini. Hmmm

+++++++++

Bila dah jarang sakit, sekali kena, teruk! Moga terhapuslah dosa kecilku, Tuhan.

Nasihat Mommy, elakkan stress. Punca Mommy 1 jer. Stress yang tak terbendung. Kemudian cuaca jerebu mungkin memburukkan keadaan. Takde keluar mana, jerebu datang masuk ke rumah walau tak dijemput.

(Visited 473 times, 1 visits today)

5 thoughts on “SAKIT PENGHAPUS DOSA ATAU…”

  1. Anuar says:

    Saya doakan semoga Mummy lekas sembuh…
    Anuar recently posted…Harga Emas Mahal Sekarang Ni! Rebut Peluang menang Gold Bar 2KGMy Profile

    1. YB Shehan says:

      Amin.. Terima kasih..

  2. Hafiz Rahim says:

    Jerebu punya pasal ni..kat rumah mak ayah semua batuk semput bagai. Tak pernah-pernah semput.
    Hafiz Rahim recently posted…Travel Sendiri Atau Guna Travel Agency?My Profile

    1. YB Shehan says:

      yup.. x pernah semput bagai seteruk gini.. dok doa hujan hari2. alhamdulillah dah 2 hari hujan

  3. aini says:

    Semoga cepat sembuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!