Naracards Korea-Seoul Set

POS LAJU SENDPARCEL – PLATFORM PENGEPOSAN BAHARU DALAM TALIAN

POS LAJU SENDPARCEL

Terbaca di paper Utusan Malaysia mengenai Pos Laju SendParcel, yang mana cara terbaru yang diperkenalkan oleh Pos Laju ini bakal memudahkan peniaga.

Korang boleh baca berita ni kat bawah :

++++ ++++ ++++

POS LAJU SENDPARCEL

Pos Malaysia Bhd. memperkenal Pos Laju SendParcel iaitu platform pengeposan baharu dalam talian yang memudahkan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Syed Md. Najib Syed Md Noor berkata, inovasi terkini itu bermatlamat membantu pelanggan termasuk perusahaan kecil dan sederhana mengurus pengeposan secara pukal dan alamat dalam talian, serta mendapatkan kadar pengeposan dan sebut harga segera.

Katanya, menerusi SendParcel, pelanggan kini menikmati kadar terbaik, perkhidmatan pengambilan barangan percuma dan tidak lagi perlu mengisi label penghantaran atau nota konsainan secara manual kerana ia kini dijana secara automatik oleh sistem.

“Ia juga akan memudahkan pelaporan penghantaran dan pengesanan selain memberi kredit bonus kepada pelanggan setia kami.

“Untuk menggunakan SendParcel, pelanggan hanya dikehendaki membuka akaun dengan Pos Laju dan menambah nilai kredit mereka di www.poslaju.com.my” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

++++ ++++ ++++

So Mommy cuba untuk tahu harga andainya Mommy post dari poskod Mommy ke poskod di kampung (Kedah). Berapa agaknya kadar pos yang akan dikenakan.

Cuma RM6+. Haaa.. Murah dan mudah kan?

Ini rate yang disediakan.

Selebihnya, untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Pos Malaysia di https://sendparcel.poslaju.com.my/secure/topup_packages

Kalau tak faham juga, korang boleh tengok video Pos Laju SendParcel ini.

(Visited 107 times, 1 visits today)

1 thought on “POS LAJU SENDPARCEL – PLATFORM PENGEPOSAN BAHARU DALAM TALIAN”

  1. Nadia Johari says:

    wah memng senang ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!