Naracards Korea-Seoul Set

myFreeview – SIARAN TV BERALIH DARI ANALOG KEPADA DIGITAL

myfreeview 2

Malaysia menyertai lebih 60 buah negara lain di dunia yang telah beralih ke era penyiaran TV digital dengan selesainya pelaksanaan perkhidmatan siaran TV terestial analog ke siaran digital sepenuhnya bawah jenama myFreeview.

Siaran TV digital myFreeview menjanjikan resolusi serta kualiti gambar dan bunyi yang lebih jelas secara definisi standard (SD) dan definisi tinggi (HD).

Penonton juga dapat menikmati Panduan Program Elektronik (Electronic Programme Guide atau EPG), sarikata pelbagai bahasa, dan pada masa akan datang, fungsi perkhidmatan televisyen interaktif.

Siaran digital percuma

Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Cara untuk mendapatkan siaran digital myFreeview

Set TV Biasa

Set TV biasa sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder DVB-T2 menggunakan kabel AV/HDMI.

IDTV

Set TV baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang telah dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television) dan boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder DVB-T2. Set IDTV telah mula dijual di pasaran.

Dekoder DVB-T2

Ia juga dikenali sebagai alat penerima DVB-T2 yang perlu digunakan untuk menerima siaran digital myFreeview. Dekoder DVB-T2 boleh didapati di kedai elektronik di seluruh negara mulai November 2016.

Aerial UHF

Aerial UHF perlu dipasang dan disambung kepada terminal aerial dekoder/IDTV. Ada dua jenis aerial yang boleh digunakan iaitu:

a. Aerial Dalaman

Aerial ini boleh menerima isyarat bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang daripada 25km daripada stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan aerial dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud).

b. Aerial Luaran

• Aerial luaran adalah pilihan terbaik dan boleh menerima isyarat pemancaran dengan baik apabila aerial dihalakan ke arah stesen pemancar.
• Alat ‘booster’ tidak perlu dipasangkan kepada aerial kerana kebanyakan ‘booster’ tidak membantu dan sebaliknya mengganggu penerimaan isyarat.

SOALAN LAZIM

1. Adakah saya perlukan set TV baharu untuk menerima siaran digital myFreeview?

  • Set TV lama sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder menggunakan kabel AV/HDMI.
  • TV digital baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television), boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder.

2. Apakah kelebihan siaran digital myFreeview?

  • Imej lebih tajam dan jelas dengan resolusi lebih tinggi.
  • Bunyi yang berkualiti tinggi.
  • Percuma – tanpa bayaran bulanan.
  • Perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dari rumah dan video atas permintaan boleh didapati melalui sambungan internet pada masa akan datang.
  • Penambahan perkhidmatan dan saluran TV pada masa akan datang.
  • Kelebihan merakam program pada masa akan datang.

3. Adakah saya boleh menerima siaran digital myFreeview sekiranya saya tinggal di kondo/pangsapuri?

  • Perkhidmatan myFreeview boleh diterima apabila aerial dalaman/aerial luaran UHF disambungkan kepada IDTV ataupun TV sedia ada yang disambungkan dengan dekoder DVB-T2.
  • Pihak pengurusan kondo/pangsapuri juga boleh memasang Sistem TV Antena Utama (MATV – Master Antenna TV System) untuk menerima siaran digital myFreeview.

4. Apakah perbezaan menonton melalui Astro dan HyppTV?

  • Anda boleh menikmati saluran TV dan radio popular di Malaysia secara percuma tanpa sebarang yuran langganan untuk perkhidmatan myFreeview.
  • Ia juga merupakan satu pilihan terbaik sekiranya anda tidak mahu terikat dengan pakej langganan. Walaubagaimanapun program yang sedia ada tidak sebanyak berbanding perkhidmatan TV berbayar seperti Astro dan HyppTV. myFreeview akan menambah lebih banyak program pada masa hadapan.

5. Bolehkah saya menggunakan dekoder DVB-T2 dan dekoder ASTRO pada TV yang sama?

  • Boleh, asalkan TV anda mempunyai terminal masuk AV/HDMI yang mencukupi untuk kedua-dua dekoder.

6. Berapakah kos bagi perkhidmatan siaran digital myFreeview?

Siaran digital myFreeview adalah PERCUMA dan tanpa sebarang kos tersembunyi yang lain. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder DVB-T2 dan membayar yuran pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luaran UHF atau perkhidmatan penyelenggaraan.

Sumber

Memandangkan Mommy tidak melanggan mana-mana siaran Astro atau ada unifi segalanya tu, Mommy cuma harapkan rumah Mommy ni ada pemasangan sistem TV antenna utama. Just cucuk jer. Macam Astro sebelum ni, memang dorang centralizekan ajer..

(Visited 703 times, 1 visits today)

5 thoughts on “myFreeview – SIARAN TV BERALIH DARI ANALOG KEPADA DIGITAL”

  1. Izyan IQ says:

    Tv skrg xtau ad dttv ke x. Ad siaran yg ok ad yg tak..nak beli dekoder tu yg pening. .xtau nak cari kat mana

  2. Anuar says:

    Sekarang ni siaran TV kebanyakannya dah beralih kepada digital…. Selari dengan pembangunan teknologi ke arah revolusi IR 4.0
    Anuar recently posted…Pemenang akan dapat Hadiah Gold Bar daripada Dato’ Aliff Syukri..My Profile

  3. farah wahida says:

    sampai hari ini kami belum bertukar lagi. masih berfikir nak pasang mytv or astro terus.

  4. haaaa best nih , nanti nak settingkan untuk mak punya tv kat jeram sana …harap pasni masuk pulak channel TVN..baru lagi osemmm…ekekeke
    Saidila Rahman recently posted…TIPS SIHAT SEMASA TRAVEL: AMALKAN JOINT WELLNESS DAN BOWEL WELLNESS DARI HIMALAYA SEBELUM TRAVELMy Profile

  5. Nuriza says:

    Saya ada smart tv.dlm sources x ada DTT.yg ada hdmi, hdmi dvi, av.bolehkah tv saya dpt siaran digital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!