banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (AnIS) DIBUKA SECARA ONLINE

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (AnIS)

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (AnIS)

Berita baik buat anak OKU Selangor.

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga.

Had permohonan bagi setiap permohon adalah berjumlah RM5,000.00.

Langkah 1 – cuma masukkan ic penjaga & anak OKU

Objektif AnIS

  1. Membantu meringankan tanggungan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
  2. Membantu meringankan beban ibu bapa/penjaga anakanak OKU bagi menanggung kos saringan / kesihatan anak-anak OKU yang biasanya mengambil tempoh masa panjang di hospital kerajaan.
  3. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anakanak OKU yang ingin membeli peralatan khas bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.

Syarat-syarat permohonan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Ibubapa/Penjaga yang mempunyai anak OKU yang lahir di Selangor dan/atau sedang menetap di Selangor dan berusia 18 tahun ke bawah;
  3. Ibu atau bapa atau penjaga kepada Pemegang Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  4. Ibubapa / penjaga yang lahir atau sedang menetap di Selangor minima 10 tahun;
  5. Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973;
Langkah 2 – Masukkan maklumat yang diminta

Untuk info lanjut & pendaftaran secara atas talian mulai 7 Ogos 2019, layari http://anis.yawas.my atau boleh dapatkan di Pusat Khidmat ADUN Permatang atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran.

Anak Mommy dah ada kad TAWAS. Sekarang, boleh la cuba untuk YAWAS pula. Harap dapatlah. Boleh juga ringankan beban Mommy Daddy kan?

(Visited 1,487 times, 1 visits today)

4 thoughts on “BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (AnIS) DIBUKA SECARA ONLINE”

  1. Sha says:

    Maaf puan bertanya, anak puas di dignose adhd ke sbb tu puan buat oku card ke?

    1. YB Shehan says:

      perlu lalui macam2 test sblm tu utk didiagnos pun. sy buat utk ksenangan dia nak masuk sek, etc

      1. ISHARTATI BINTI SUKIMAN says:

        Assallam..nak tanya kalau anak ada masalah pembelajaran boleh memohon ke ?

      2. YB Shehan says:

        masalah pembelajaran yg ada kad OKU boleh apply.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Related Post

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2 SAYANG (ISI HATI MOMMY)

Assalamualaikum. Hari ni, 28 Nov 2014, merupakan hari lahir anak lelaki Mommy yg satu2nya

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA 6

HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA

Walaupun Mommy dah sediakan pelbagai idea Hadiah Hari Guru sebelum ini, bila sampai untuk

DIY HADIAH HARI GURU 2016

Salam. Mommy diberitahu yang Little Caliph Ukay Perdana akan mengadakan sambutan Hari Guru pada

error: Content is protected !!