Naracards Korea-Seoul Set

5 TIPS MAKEUP CEPAT, KURANG DARI 15 MINIT HANYA DENGAN ENVIDIA BEAUTY – FLAWLESS ON-THE-GO

Hi korang! Lama tak bicara tentang Beauty Tips kan? Ok lah.. Untuk tak menghampakan korang, Mommy nak kongsi latest tips makeup yang sangat simple dan sesuai untuk wanita yang sibuk, berkerjaya dan juga nak cepat tapi maintain flawless dan berseri. Tak perlu skill susah-susah pun..

Amboi.. Tips apa tu Mommy?

ENVIDIA BEAUTY – FLAWLESS ON-THE-GO

Yes.. Baru-baru ini Mommy berpeluang cuba satu set produk ENVIDIA Beauty, ketika menghadiri majlis Flawless Afternoon with ENVIDIA, Sabtu lepas.

Selain itu, mereka turut mengadakan majlis pelancaran produk terbaru mereka iaitu No Smudge Stay-All-Day Waterproof Gel Liner.

ENVIDIA Cosmetics diformulasikan dengan teliti di Malaysia dan dihasilkan dengan teknologi tinggi terkini dari Korea dan diperakui oleh Pihak Berkuasa Persijilan Korea (KCA). Produk ENVIDIA dihasilkan di kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) dan ISO di Korea.

Mommy dah cuba setiap satu produk mereka, dan nampak gaya, memang produk ENVIDIA sangat sesuai untuk wanita yang nak kekal cantik tapi tidak menggunakan masa yang banyak untuk makeup.

Contohnya macam Mommy hari-hari perlu keluar, walaupun hanya untuk ke sekolah anak-anak, Mommy tetap akan makeup walaupun nipis. Takde lah segan sangat kalau terjumpa sesiapa kan?

Jadi, memang sangat kena lah untuk Mommy dengan adanya set ENVIDIA Beauty ini. Jimat masa beb!

5 TIPS MAKEUP CEPAT, KURANG DARI 15 MINIT HANYA DENGAN ENVIDIA BEAUTY

TIPS 1 – ENVIDIA 5-in-1 CREAM FOUNDATION

Selepas selesai prep muka kita dengan skincare yang sepatutnya, terutamanya pelembap, langkah pertama untuk makeup, kita dah boleh terus apply ENVIDIA 5-in-1 Cream Foundation ini.

Caranya mudah sangat. Cuma dab-dab sahaja ke muka menggunakan SPAN yang disediakan dalam packaging ini. Kalau pori besar tu, boleh cover sepenuhnya tau dan tidak ada kesan ‘cakey’ even dah lama apply ke muka.

Ada 2 kod iaitu Beige & Sand Beige dan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Tekstur cream foundation ini ringan dan tidak melekit serta MESRA SOLAT. Ia mengadungi SPF 50 PA+++ untuk melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB.

Cream foundation ini disebut 5 dalam 1 kerana selain SPF 50 PA+++, ia juga mempunyai kandungan balm, essence, moisturizer & concealer yang membantu kulit kekal hidrat & bersifat matte di dalam 1 saiz kompak.

Untuk pengetahuan korang, ENVIDIA pernah memenangi Marie Claire Beauty Award 2019 dan Best Malaysian Cream Foundation di Bazaar Beauty Awards 2018 oleh Harper’s Bazaar. Bukan calang-calang ye produk mereka ni.

TIPS 2 – ENVIDIA GORGEOUS CREAM CHEEK STICK

Selepas korang guna ENVIDIA 5-in-1 Cream Foundation, korang boleh apply ENVIDIA Gorgeous Cream Cheek Stick pula di pipi sebagai blusher tau. Ada 2 kod utama iaitu Warm Coral dan Pink Lemonade.

Best part pasal blusher mereka ini, ada 2 bahagian tau. 1 bahagian sudah tentu lah cream stick, manakala 1 bahagian lagi adalah brush applicator.

Cara guna pun mudah. Calitkan sedikit sahaja di bahagian pipi, kemudian blend menggunakan brush tersebut atau jari sahaja. Korang boleh blend sekali bahagian hidung, dahi dan dagu untuk lebih berseri.

Mudah sangat kan gais? Travel pun senang kalau bawa ni jer. Cream Cheek Stick tu, kalau korang nak apply as lipstick pun boleh.. Mudah kan nak mekap? Dah cakap, tak perlu skill sangat pun. Heee..

TIPS 3 – ENVIDIA FLIRTY PEARL SHADOW STICK

Langkah ketiga adalah eyeshadow time! Fuh.. Serius mudah sangat lah kan? Kalau ikut step biasa Mommy mekap, lambat lagi nih agaknya. Hahaha.

ENVIDIA Flirty Pearl Shadow Stick ini didatangkan dalam 2 pilihan warna iaitu Golden Bronze dan Violet Plum. Shadow Stick ini bukan jenis debu tau. Ia kalis air dan tahan sehingga 8 jam. Tidak menghasilkan minyak di kawasan kelopak mata malah ia membantu melembapkan kawasan mata kita.

Cara gunanya juga mudah, cuma calit di kawasan kelopak mata dan blend menggunakan span di hujung stick ini atau boleh juga menggunakan jari.

Untuk bersihkan pula, Mommy nasihatkan korang menggunakan eye makeup remover sebab formula ini tidak mudah ditanggalkan menggunakan air dan sabun semata-mata.

TIPS 4 – ENVIDIA NO SMUDGE STAY-ALL-DAY WATERPROOF GEL LINER

Untuk melengkapkan gaya, selain eyeshadow, Mommy nasihatkan korang turut apply ENVIDIA No-Smudge Stay All Day Waterproof Gel Liner untuk menonjolkan lagi kecantikan di bahagian mata.

Korang jangan risau, Gel Liner mereka ini memang takkan comotkan mata korang. Ia berbentuk pensil dan sangat mudah digunakan.

TIPS 5 – ENVIDIA MATTE LIQUID LIPSTICK

Langkah terakhir, menceriakan lagi wajah dengan ENVIDIA Matte Liquid Lipstick. Teksturnya jenis creamy dan highly pigmented. Ia tahan lama dan transfer-proof.

Ada 4 warna utama iaitu Cherry Sorbet, Strawberry Shortcake, Sweet Toffee and Rose Truffle.

MAKEUP DEMO BY AIZAT ABDUL RAZAK

Selain dapat mencuba semua produk ENVIDIA ketika majlis ini, Mommy turut berpeluang melihat secara langsung makeup demo oleh MUA terkenal iaitu Aizat Abdul Razak, menggunakan produk Envidia.

Ternyata, produk ini sangat sesuai untuk wanita yang ingin jimatkan masa ketika makeup, dan sangat mesra travel. Mommy suka!

JUALAN HARGA RUNTUH MERDEKA WAREHOUSE CLEARANCE ENVIDIA, SOGO KL

Sekarang masih berlangsung jualan harga runtuh Merdeka Warehouse Clearance ENVIDIA di Sogo mulai 23 OGOS sehingga 10 SEP 2019. Harga serendah RM15 sahaja.

Produk ENVIDIA boleh didapati di ENVIDIA Beauty Bar, Ground Floor, Sogo Kuala Lumpur, dan dalam talian di http://envidia.com.my/ atau melalui whatsapp di 0133451511.

Jangan lupa follow Facebook @envidiabeauty dan Instagram @envidiabeauty untuk maklumat lanjut.

(Visited 173 times, 1 visits today)

8 thoughts on “5 TIPS MAKEUP CEPAT, KURANG DARI 15 MINIT HANYA DENGAN ENVIDIA BEAUTY – FLAWLESS ON-THE-GO”

  1. Ann Noura says:

    Memang bestt especially foundation dia. Wajib beli!

  2. Qasehdalia says:

    Senang je nak mekap ada set macam ni, blusher dia comel, mcm senang nak guna

    1. Tertarik sungguhla dengan cheek stick tu ha..nampak cam mudah digunakan ..harga pun berbaloi

  3. Nadia Johari says:

    oh my god, i tertarik dengan blusher dia..nak pergi sogo la nanti..hehee

  4. Rasa macam nak try yang gel eyeliner tu, eyeliner kat umah nak habih dah ni
    Mama Kembar Tiga recently posted…Bila Larang Tak Dengar, Kan Dah Cedera!My Profile

  5. gel eyeliner tu pakai mmg best, tak smudge lansung

  6. Ai says:

    Hari tu ai cuba semua. Blusher tu paling ai suka. Senang.

  7. mas saari says:

    Cream Foundation tu nampak bestlah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!