Naracards Korea-Seoul Set

SURYA S GREAT GRAIN – MINUMAN MULTI-BIJIRIN BERKHASIAT

Surya-S-Great-Grain

Baru-baru ini Mommy ada kongsi tips bagaimana nak elak diri dari makan terlalu banyak di rumah terbuka sempena bulan Syawal ini. Baca tak?

Namun di dalam ruangan tersebut, Mommy tak letakkan secara terperinci maklumat mengenai minuman multi-bijirin hebat ini.

Jadi, kali ini nah.. segala maklumat yang korang patut tahu mengenai Surya S Great Grain – Minuman Multi-Bijirin Berkhasiat ini.

Kaya dengan 18 Jenis Bijirin dan 5 makanan sunnah

Produk ini sesuai untuk mereka yang peka dengan kesihatan dan keluarga yang ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat, dengan kandungan kebaikan yang diperoleh daripada 5 makanan sunnah selain 18 jenis multi-bijirin, formulasi ini unik dalam landskap multi-bijirin Malaysia.

18 Bijirin yang dimaksudkan itu adalah terdiri daripada – beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitan, benih chia, beras pulut.

Manakala 5 bahan istimewa adalah makanan sunnah yang terdiri daripada Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin & Madu.

Kebaikan Surya S Great Grain adalah kandungan protein yang tinggi, merupakan sumber serabut diet, tiada pengawet dan semestinya dijamin HALAL.

Surya S Great Grain (10)

SESUAI UNTUK ANAK-ANAK

Untuk Mommy, minuman sebegini sangat penting untuk dijadikan sarapan. Selain kesuntukan masa, oat adalah sarapan wajib setiap pagi. Jadi, tak salah rasanya kalau Mommy tukar-tukar dengan minuman ini pula. Ia kaya dengan bijirin juga.

Malah lengkap dengan nutrien yang diperlukan untuk memberi anak-anak tenaga dan fokus untuk menjalankan aktiviti harian mereka di sekolah.

Cara sediakan pula mudah. Cuma tambah air panas ke dalam cawan dan kacau. Agak pekat dan padat tau.. Memang kenyang nanti.

PEMBELIAN

Surya S Great Grain dijual di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih & Shopee. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman media sosial mereka seperti di bawah :

(Visited 202 times, 1 visits today)
Tags: , , , ,

3 thoughts on “SURYA S GREAT GRAIN – MINUMAN MULTI-BIJIRIN BERKHASIAT”

  1. Wan says:

    Sungguh lebat sipohon kari,
    Dipangkalnya menjalar daun pegaga.
    Santap berkhasiat setiap hari,
    Cukup tenaga menjadi usaha.
    Wan recently posted…Buka Akaun SSPN-i online untuk memudahkan permohonan PTPTN?My Profile

  2. Haida says:

    Haida minum ni masa puasa tu memang mengenyangkan sangat.

  3. ina says:

    cantik gelas! Tu jer nak cakap. Beli kat mana lah bentuk macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!