Naracards Korea-Seoul Set

CUBA SIGNATURE DISH BARU DI BEST WESTERN I-CITY


Hujung minggu lepas, Mommy dan keluarga ke Best Western i-City untuk percutian singkat kami. Rasanya, sejak balik dari hari raya baru-baru ini, Mommy belum bercuti ke mana-mana. Penat dengan kerja seharian buat Mommy terfikir untuk bercuti walau cuma sekejap.

Best Western i-City, hotel yang terletak dalam taman tema i-City, adalah hotel yang sangat strategik andai korang nak berehat bersama keluarga. Ini merupakan kali kedua Mommy menginap di hotel ini.

Baca entri : Stay and Splash di Best Western i-City

Kali pertama, adalah tahun lepas ketika cuti sekolah. Memang seronoklah anak-anak Mommy tu. Dapat mandi manda. Cuma kali ini, kami betul-betul ingin istirehat di dalam bilik sahaja, sambil menonton wayang pilihan dan makan di dalam bilik. Wah.. macam orang kayaaa!! Hahaha.. Apa salahnya kan?

Selesai check in, kami terus naik ke bilik. Kalau dulu kami di tingkat 18 (paling atas), kali ini kami di tingkat 17 pula. Masih mengadap i-City dan kali ini, boleh nampak Sogo (i-Central) pula. Wuhuu!!

Pemandangan waktu malam

Perut dah berbunyi, jadi kami terus ke The View Cafe di tingkat 5 untuk menikmati makanan tengahari. The best part is, kami akan mencuba menu baru dan Signature Dishes oleh chef di sana.

Haa.. Itu dia antara menu baru yang disediakan. Pilihan Mommy adalah Salmon Noodles, manakala Daddy pula Coffee Lamb.

Ini pula jus pilihan Mommy & Daddy.. Ada banyak lagi pilihan jus yang disediakan di sini.

Untuk anak-anak, Mommy order menerusi QR system yang disediakan di situ.. Mudah la guna QR ni.. Pilih dan add to cart. Nanti bayar kat kaunter jer..

Yang seronoknya di BW i-city ini, ada Kids Corner tau. Jadi, sangat sesuai untuk anak-anak yang aktif seperti anak-anak Mommy untuk lepak di situ sambil makan.

BILIK YANG SELESA

Selesai makan tengahari, kami terus naik ke bilik. Kami pilih connecting room supaya masing-masing selesa.

Bila dah ada bilik masing-masing, apa lagi.. Terus ‘order’ movie la pula. Yes, korang boleh langgan movie yang disediakan serendah RM9.90 untuk 1 movie.

QR CODE – ROOM SERVICE

Perut lapar.. Rupanya dah jam 6 petang masa tu. Memandangkan malam nanti nak pusing-pusing sekitar i-City, kami kena pastikan perut diisi terlebih dahulu.

Malas nak turun cafe? Don’t worry. QR code memudahkan kita sekarang nih. Good job BW i-City.

Tadaaa.. Cuma scan & order..

Kalau menu kita sikit, mereka ambil masa around 20-30 minit untuk sampai ke bilik.

Kalau banyak macam Mommy nih, memang lebih sikit la. Tapi, bukan la sampai sejam. Still good kan?

STAY, WORK, PLAY @ Best Western i-City Shah Alam

Dengan tema Stay, Work & Play, Best Western i-City memang sesuai dan tepat dengan tema tersebut. Di sini, selain bercuti bersama keluarga, ia juga seringkali dijadikan tempat

Sedikit info mengenai hotel Best Western i-City ini :

214 bilik-bilik moden dan selesa yang tersebar di 18 lantai lengkap dengan WiFi percuma, pusat kecergasan, restoran dan pelbagai bilik mesyuarat.

Hotel ini hanya dalam jarak 5 minit berjalan kaki santai ke Taman Tema i-City, dan tarikan utamanya adalah termasuk WaterWorld, SnoWalk, City of Digital Lights dan banyak lagi.

Central i-City terletak dalam jarak 5 minit pemanduan atau 10 minit berjalan kaki dari Best Western i-City Shah Alam. Penyewa utama di Central i-City termasuk Sogo Department Store, TGV Cinemas dan Village Grocer.

Sekitar i-City

Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma 5 kali sehari ke dan dari pusat membeli-belah untuk kemudahan tetamu.

Korang juga boleh ikuti mereka di laman web tertera di bawah :

  • Facebook : @bwicity
  • Instagram : @bwicity
  • Lama web : www.bestwestern-icity.my
  • Atau hubungi mereka di 03-5521 9000 / email enquiry@bestwestern-icity.my untuk tempahan
  • Alamat : Best Western i-City Shah Alam, A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, Shah Alam, 40000, Malaysia
  • Tips : Masuk Gate B, terus ke parking bawah hotel.

Overall, Mommy puas hati sangat dengan short trip ini. Harap dapat jejak lagi di sini nanti. Jom cuti!!

(Visited 130 times, 1 visits today)
Tags: , , ,

6 thoughts on “CUBA SIGNATURE DISH BARU DI BEST WESTERN I-CITY”

  1. Best Western i-City memang best! Bilik selesa, makanan sedap. Teringin nak pi lagi
    Mama Kembar Tiga recently posted…Program Sekolah Amanah: Ada Impak Atau Tidak?My Profile

  2. Huda says:

    Wah best yer..bertahun dah pasang wishlist nak bawa anak2 bercuti dok hotel ni, dan main dari pagi sampai malam kat iCity.. bagus lah ada sistem QR code dah skrg, mudah jer nk order makanan
    Huda recently posted…Teringin nak Makan Dimsum? Jom makan di All-You-Can-Eat Dim Sum Dengan Masakan Szechuan Di Restoren Cina Tung YuenMy Profile

  3. ANI says:

    asyik lalu je, tak pernah singgah sini

  4. makin best icity.. mcm2 ade.. tunggu ada masa dan peluang nk g sini.. best pula tgk review YB

  5. Ai says:

    Kerusi warna-warni kat The View Cafe tu, sekali pandang ai ingatkan macaron.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!