Naracards Korea-Seoul Set

CARI IDEA DECO BALKONI KECIL UNTUK APARTMENT

CARI IDEA DECO BALKONI KECIL UNTUK APARTMENT 1

Mommy masih lagi tercari-cari idea untuk tempatkan segala pokok-pokok comel Mommy nih di balkoni rumah.. Rancangnya, Mommy cuma nak cari rak untuk letakkan pokok-pokok ini.. #tamanataslangityb #rumahybshehan

Helo kesayangan..

Kalau korang tengok idea-idea untuk hiasan di balkoni ni, kebanyakannya kat luar negara tu, fuh.. cantik giler kot hiasan.

Tapi, kalau kita tengok kat Malaysia ni, balkoni jadi tempat sidai baju. Alamak.. Mommy cakap rumah Mommy ke tu? Hahaha.. Port paling sesuai untuk sidai baju beb.. Sebab situ je la kawasan yang ada matahari.

Dan kawasan balkoni Mommy yang sempit tu juga kurang sesuai untuk letak meja kerusi sebab itu adalah cara paling mudah untuk terjun bangunan gais.. Seram mak fikir. Tingkat 18, ada kerusi.. Huiii minta simpang!

Bahagia kan kak?? Mak tak dapek ler…

Jadi, Mommy kena samada penuhkan dengan pokok sahaja atau biarkan kosong (untuk letak ampaian lagi.. kahkah)

Baca : slow-slow deco rumah impian

Sebelum tu, Mommy try kumpul dulu idea. Nanti boleh la gabung mana-mana yang sesuai dan cantik kan?

Lawa.. fuh.. fuh..

Dalam masa yang sama, Mommy aim nak tambah lagi koleksi kaktus. Korang kalau nak tengok Mommy happy, bagi ke kaktus. Nanti Mommy tampal nama korang kat pasu tu.. Heeee..

Bahagia aih..

Untuk bahagian dalam rumah, Mommy nak letak indoor plant kat certain tempat je. Penuh pokok la rumah haku nanti! Hahahahha

Ruang banyak lagi kosong ni. Simple macam ni boleh la.. Kalau nak bertebuk dinding letak rak bagai, itu kena siap renovate la kot. Buat biar betul-betul puas hati. Buat masa sekarang, slow-slow deco je la mampu..

NEW UPDATE

Finally, pada 7 July 2019, Mommy beli rak untuk letak pokok-pokok kesayangan Mommy nih..

Tadaaaa.. Happy sudah.. Nanti kita tukar pasu pula. Satu persatu la ye anak-anak oi..

(Visited 968 times, 2 visits today)

3 thoughts on “CARI IDEA DECO BALKONI KECIL UNTUK APARTMENT”

  1. Jiwa Sihat says:

    kalau buat gaya scandinavia mamang cantik. Kemas dan minimalist.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!