Naracards Korea-Seoul Set

TIPS TRAVEL : PERSEDIAAN AWAL SEBELUM KE LUAR NEGARA

TIPS TRAVEL PERSEDIAAN AWAL SEBELUM KE LUAR NEGARA (1) (1)

TIPS TRAVEL : PERSEDIAAN AWAL SEBELUM MELANCONG KE LUAR NEGARA | Mommy tahu, tak ramai yang rajin nak klik banner kat sidebar tepi Mommy tu. Jadi, Mommy buat je dalam entri ini, list untuk korang klik lebih mudah.

Jom Mommy kongsi checklist travel ke beberapa negara yang Mommy pernah pergi. Oh.. Mommy bukan hardcore traveller. So sikit je la listnya. Heee..

Korang boleh follow IG Mommy juga tau (www.instagram.com/myapilot). Klik #ybtravelogue juga.

Checklist yang Mommy tulis sebenarnya mana-mana negara pun boleh pakai. Korang pandai-pandailah tukar mana yang sesuai atau tidak ye?

Checklist Travel ke Korea Musim Sejuk

Musim sejuk, persediaannya boleh tahan. Korang boleh klik link di bawah untuk persediaan awal sebelum ke Korea pada musim sejuk. Pertama kali Mommy jejakkan diri ke negara luar bersama kakak-kakak Mommy iaitu tahun 2016.

  1. Checklist Travel ke Korea Musim Sejuk – Barang-barang yang perlu ada
  2. Tempat menarik di Korea
  3. Travel ke Korea dengan Kembara Sufi Travel & Tours
  4. Travel ke Korea tanpa agen

Checklist Travel ke New Zealand (North) Musim Bunga

Ketika Mommy ke North New Zealand pada tahun 2017, Mommy sempat merasa keunikan cuaca di sana. Musim Bunga tetapi masih ada lagi certain tempat yang punya salji. Unik. Terima kasih buat KBBA9, Cosmoderm & Ikhlas Tours untuk trip indah ini.

  1. Checklist Travel ke New Zealand Musim Bunga – Apa yang boleh bawa
  2. Tempat wajib dilawati di New Zealand (North)
  3. Ikhlas Tours – Agensi Pelancongan di NZ bantu Jelajah New Zealand

Checklist Travel ke India – Delhi, Kashmir, Agra

Rezeki melancong sambil beramal menerusi #KembaraQasehZYPhyto pada awal tahun 2018. Alhamdulillah, ZY Phyto menaja trip Mommy kali ini. Musim yang Mommy lalui di sini memang rare. Ada musim panas, bunga dan sejuk. Hahaha. Unik kan?

  1. Checklist Travel ke Delhi, Kashmir & Agra
  2. Tempat menarik di Kashmir & Agra
  3. ZY Phyto boleh tolong kita buat produk jenama sendiri lah!

Checklist Travel ke Jepun Musim Luruh – Osaka, Ise Shima & Kyoto

Masih di 2018, Mommy dan 3 orang ahli KBBA9 ke Jepun. Ditaja oleh J Horizons Travel & Cosmoderm. Paling best, 3 buah hotel yang Mommy inap sangat selesa dan mewah. Syukur atas rezeki ini.

  1. Checklist Travel ke Jepun (Autumn)
  2. Hotel dan tempat menarik di Osaka, Ise Shima & Kyoto
  3. Pertama kali naik Premium Express Shimakaze menggunakan Kintetsu Rail Pass
  4. Naracards – Itinerary ke Osaka

Checklist Travel ke Hatyai

Penutup 2018 adalah dengan melawat Hatyai & Songkhla. Di sini Mommy senaraikan itinerary ringkas perjalanan Mommy menggunakan ETS, Classic Train & Sewa Grab Car sepanjang di sana.

  1. Itinerary ringkas di Hatyai & Songkhla
  2. Kenangan travel ke Hatyai

Sewa Pocket Wifi

Perkara utama bagi traveller sekarang ini semestinya internet. Nak update Whatsapp lah, FB lah, IG lah, Insta Story lah. Nak cari jalan guna map semua tu kan? Mommy sarankan korang SEWA Pocket Wifi ini. Serius mudah!!

Ok setakat ini sahaja dahulu Mommy kongsi. Korang doa lah kot-kot Mommy ada rezeki berjalan lagi ke? Gatal tapak kaki tau.. Hahaha..

(Visited 729 times, 1 visits today)
Tags: , , , , , , , , , ,

2 thoughts on “TIPS TRAVEL : PERSEDIAAN AWAL SEBELUM KE LUAR NEGARA”

  1. huyooo,bestnya lahai.Baca ni pun dah rasa bunga-bunga hati.Mintak-mintak lah mimpi kelmarin menjadi realiti.Entah bila dapat jejakkan kaki ke oversea

    1. YB Shehan says:

      Jangan berhenti pasang impian. Inshaa Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!