NAK TRAVEL, KENA SAVING JE KE? ADA TIPS LAIN TAK? NAH.. INI TIPSNYA


Terbaca satu status dalam FB BackPackerz, Mommy rasa, tips saving untuk travel yang dikongsikan agak menarik. Jadi, Mommy rasa, Mommy kena take note.

Macam mana korang berjimat-cermat/saving/tricks untuk kumpul duit travel? Apa benda/lifestyle yang terpaksa dikorbankan?

Mommy compile untuk rujukan sendiri dan rujukan korang juga. Yang buat kelakar tu, korang jangan take serious pula ya. Mana tahu, korang betul-betul tiru. Hahaha

TIPS SAVING UNTUK TRAVEL

“Tukar currency negara tu siap-siap” Wah, bijak ni!!

“Korbankan awek, tak banyak songeh!” Hahahahahha.. Ini terlebih bijak. Kalau putus cinta, boleh guna duit tu untuk travel. Rawat hati kan?

“Yakin diri”.. Ermm.. dah cukup yakin nih. 5k bila nak dapat nih?

“Stop shopping Bokitta!” Allahu.. setepek kena weh! Mommy kena tahan nafsu Bokitta dah ni. Huwaaaaaaaa

“Main kutu dengan banyak group”. Yup ini Mommy setuju. Sebab tips Mommy adalah kutu jer. Hahahha

“Dividen ASB..” Apa kata anda?

“Online shopping… silent killer $$”. Allahu. Betul sangat nih. Barang makeup nasib baik la free. Hahahahaha

“Masuk ASB, susah nak keluarkan duit”. Betul gak tu. Ini kalau memang niat untuk travel la..

“KEYAKINAN” Ooooo.. ini maksud keyakinan tadi.. tapi apasal Mommy slow, tak paham-paham lagi ni? Takpa.. yang penting apa kawan-kawan? KEYAKINAN!!

“BISNES”. Ini betul sangat tau. Mommy pun buat online business sebagai side income, asingkan siap-siap dalam akaun yang jarang buka.

“Takkan nak perabeh saving kot”. Betui gak tu. Jangan la setiap kali ada dividen ASB ke (contoh), asyik guna untuk travel. Hmmm.. Ni Mommy cakap sorang-sorang tau. Lols

Ok.. Mommy copy sikit je lah ye Rasanya dah banyak tips yang dikongsikan untuk kita cuba. Tq yang bagi buah fikiran di atas..

Yang penting, kalau kita dah start saving, kena tekad dan kuat lah. Jangan la asyik “ala.. guna sikit jer. nanti ganti”. Memang sampai sudah la nak saving tak cukup-cukup.

Erm.. mengata diri sendiri nampak??!! Huwaaa..

Tunggu sponsored travel je la nampak gaya nih. Hukhukhuk..

(Visited 694 times, 1 visits today)
Tags: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!