Naracards Korea-Seoul Set

CORAT CORET RAYA 2019 – HDAE BERPELUANG NAIK FLIGHT AIR ASIA!!


Waduh.. Raya sakan! Lama tak update blog. Sori gais.. Sibuk sangat sampai lupa ada blog. Ecewah.. Alasan..

Sejak kecil, Ariq begitu obses dengan aeroplane.. Mungkin habit ini Mommy anggap biasa dulu. Selepas diagnos ASD, Mommy fahamlah kenapa dia obses sesuatu..

Hannah pula, asyik sebut yang Mommy Daddy jer pernah naik aeroplane, dia belum lagi.. Sedikit sebanyak, Mommy Daddy pun berniat lah juga untuk bagi mereka peluang satu hari nanti..

Nak dijadikan cerita, semasa kami keluar untuk berbuka puasa, Mommy Daddy ada berbincang mengenai cuti sekolah. Ye lah.. Cuti sekolah agak lama. Kalau tunggu Daddy, lambatlah kami balik kampung.

Jadi, Mommy tergerak hati nak check harga tiket flight. Tengok tarikh dan harga, around RM50 sahaja seorang. Fuh.. Ini peluang menarik. Selain boleh elak kepenatan drive jauh, boleh juga bagi mereka berdua ni merasa.

Setelah sekian lama pasang impian ingin menaiki kapal terbang, akhirnya rezeki mereka berdua tiba jua..

CORAT CORET RAYA 2019 - HDAE BERPELUANG NAIK FLIGHT AIR ASIA!! (7)

Tarikh 28 Mei, jam 430 pagi, kami dah berada di KLIA2.. Sahur jam 2 pagi tau. Hahaha. Anak-anak pun rela hati tidur lebih awal dari biasa sebab nak balik naik aeroplane katanya.

Daddy harus pulang awal kerana dia perlu ke pejabat pula.. Jadi tinggallah kami 3 beranak. Bosan juga menunggu sebab lambat lagi nak boarding. Ini SMS punya pasal lah. Pesan suruh datang 3 jam awal. Dah la musim cuti sekolah, risau juga kalau-kalau ramai sangat. Ikut je lah arahan SMS tu. Hahaha. Noob.

Macam-macam gaya dah masing-masing. Perasan tak masing-masing bawa buku? Haa.. habit tu alhamdulillah masih berkesan sampai sekarang. Sejak ‘no gadget rules‘ yang wajib mereka ikut.

Ariq pretty excited bila dah sampai dalam flight. Trust me! Perancangan Mommy pada mulanya ialah kakak kat bahagian tingkap. Sebab Ariq mesti tak nak berpisah dari Mommy. Sekali.. dia pecut dulu ke tingkap. Tak hirau Mommy pun. Maka, beralah lah kakak!! Good girl la kakak nih!!

Pada mulanya, staff AA ada minta kami ubah tempat duduk ke bahagian depan. Tapi, Mommy minta izin untuk stay di tempat yang sama sebab Mommy tak boleh agak andai Ariq akan buat hal atau pun tidak. Nama pun anak ASD. Pertama kali naik flight pula tu. Korang pun mesti pernah dengar isu anak-anak istimewa dalam flight kan?

Oh ya.. tips untuk anak-anak ASD naik flight nih, mudah jer. Korang kena ‘sediakan’ mereka secukupnya. Pastikan dah makan (atau ada bekal makanan simple seperti cookies), dah kencing berak (toilet pun ada tapi takut susah la), bawa alat tulis atau apa-apa buku aktiviti, gadget pula adalah last resort. Tapi Mommy memang tak bagi lah gadget tu..

Aksi-aksi sebelum take off..

CORAT-CORET-RAYA-2019-HDAE-BERPELUANG-NAIK-FLIGHT-AIR-ASIA-20

Priceless moment adalah masa take off. Ariq punya senyuman tu, dah sampai telinga. Serius Mommy macam tak percaya jer.. Rupanya, sepanjang perjalanan, Ariq sangat-sangat behave! Alhamdulillah. Boleh la plan trip mana-mana nanti.

CORAT CORET RAYA 2019 - HDAE BERPELUANG NAIK FLIGHT AIR ASIA!! (15)

Hannah minta izin untuk ke seat sebelah sebab tiada orang. Nak tengok via tingkap juga dia pun.. Ok lah.. As long as tak timbul kekecohan, ok jer. Heee..

Bila dah di awangan, dia dah start nak beraktiviti. Tahu dia buat apa? Tulis diari tau. Dari jam berapa dia tidur, bangun dan datang ke KLIA. Hahaha. Dasar anak blogger!

CORAT CORET RAYA 2019 - HDAE BERPELUANG NAIK FLIGHT AIR ASIA!! (15)

Ariq, memandangkan awal bangun, dia dah start layu. Finally, terlelap juga dia.. Dah la flight masa ni cepat giler sampai. Sepatutnya sejam, jadi 30 minit jer. Ni #jiwaracer ke apa pilot nih? Gurau2..

Kiranya tak puas sangat lah dia tidur. Kalau ada Daddy, mungkin Daddy boleh dukung. Tapi, since dengan Mommy jer, nak tak nak, terpaksa lah kejutkan. Mujur weh tak cranky!! Syukur!!

Ibu (kakak Mommy) pickup kami di Airport Penang. Since dah ada di Penang, takkan lah nak balik terus kan? Sempat lah ke Ikea Batu Kawan & Design Village. Anak-anak pun ok jer sebab dah jumpa ramai kakak sepupu..

Jadi, memandangkan trip kali pertama menaiki aeroplane ini berjaya, ke mana pula nanti ye? Kita cari jauh sikit lah ye?

(Visited 86 times, 2 visits today)
Tags: , , ,

5 thoughts on “CORAT CORET RAYA 2019 – HDAE BERPELUANG NAIK FLIGHT AIR ASIA!!”

  1. Nina Mirza says:

    Happy for you. Seronok terharu touching tengok tercapai nya impian Ariq nak naik aeroplane. Wah… Ke mana lak pasni?
    Nina Mirza recently posted…William tokey Kedai Spek Murah yang Viral tu…My Profile

    1. YB Shehan says:

      Haa.. kena rancang baik punya. teringin ke kundasang & perth Hahahahaha.. Moga ada rezeki inshaa Allah

  2. Huda says:

    Alhamdulillah, first flight dah okay, mesti pasni mommy buatkan buku merah utk HDAE kan? Murah yer tiket RM50 jer, memang berbaloi sgt2. Huda mampu bawa anak2 naik flight dgn redeem BIG Points jer..
    Huda recently posted…Ajaibnya Rezeki RamadanMy Profile

    1. YB Shehan says:

      Amin. mudah2an ada rezeki.. teringin nak ke Perth. Hahahahaha..

  3. John Smith says:

    Great post! Thanks for sharing the tips.Best of luck
    John Smith recently posted…Philippinen, Palawan ReiseMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!