Naracards Korea-Seoul Set

ALTHEA A’BLOOM REVIEW AND MY SIMPLE TUTORIAL


Kali ini Mommy akan buat tutorial mudah sambil review produk terbaru yang dikeluarkan Althea iaitu A’BLOOM!!

Untuk pengetahuan korang semua, produk ini baru sahaja dilancarkan di website Althea pada 23 April yang lalu. Memandangkan produk Althea yang sebelum ini tidak pernah mengecewakan Mommy, kali ini Mommy turut jangkakan yang produk terbaru ini juga pasti meletup.

Korang dah tengok video tutorial Mommy menggunakan produk A’bloom? Kalau belum, nah.. Mommy kongsi lagi..

VIDEO TUTORIAL WITH ALTHEA A’BLOOM

Jom Mommy kongsi produk A’Bloom yang Mommy cuba ini..

  • 🌸 A’bloom BHA Blackhead Blaster
  • 🌸 A’bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • 🌸 A’bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  • 🌸 A’bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  • 🌸 A’bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
  • 🌷 A’bloom Giant Meringue Puff
  • 🌷 A’bloom Baby Meringue Puffs

A’BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER

Produk pertama yang Mommy cuba adalah BHA Blackhead Blaster ini.. Unik! Biasanya, Mommy akan gunakan krim atau pore pack untuk buang blackhead. Serius tak suka ok bab blackhead semua nih.

Susah nak buang sebenarnya kalau kita tak konsisten. Jadi, Mommy menyeru, korang sama-sama rajin dan konsisten amalkan A’Bloom BHA Blackhead Blaster ini untuk buang semua blackhead / whitehead dan mencegah dari ia muncul semula.

Ok apa yang bestnya?

Mudah digunakan dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan / iritasi. Sesuai untuk orang yang tidak suka blackhead remover yang jenis pelekat terutamanya.

Ingredients and benefits

  • Natural BHA ingredient helps to deep pore cleanse by exfoliating the dead skin cells.
  • Apricot seed powder helps to remove excessive sebum.
  • Charcoal will absorb the dirt in the pores.
  • Tea tree leaf oil helps to soothe as well as prevent any redness and irritations on the skin

Cara guna

Selepas bersihkan wajah, cuma sapukan di bahagian yang ada blackhead/whitehead. Biarkan beberapa ketika, kemudian bilas.

Pendapat Mommy

Dengan packaging comel seperti ini, memang sesuai untuk dibawa kemana-mana jua. Tidak menimbulkan sebarang kesakitan semasa menggunakannya. Bau pun wangi. Tiada sebarang kesan iritasi selepas menggunakannya.

A’BLOOM MASKS

Mommy berpeluang mencuba 4 jenis masks iaitu :

🌸 Water-Me-Long – A’bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet

  • Dryness Hydration (great for combination skin)
  • Kaya dengan penghidratan dan pelembab untuk kulit yang berkhasiat
  • Minuman yang lazat untuk kulit dengan ekstrak tembikai dan menambah lavender untuk menenangkan deria
  • Kandungan : Citrullus Vulgaris (Watermelon) Fruit Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya combination skin – selamat untuk kulit sensitif

🌸 Avo-Cuddle-Me – A’bloom Nourishing Avocado Mask Sheet

  • Anti-Aging Wrinkles (great for dry skin)
  • Kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada faktor-faktor persekitaran yang berbahaya dan mencegah kedutan
  • Kaya dengan ekstrak avocado dan bunga raya untuk kulit lembut dan bersinar
  • Kandungan : Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract
  • Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering (dry skin) – selamat untuk kulit sensitif

🌸 Sparkle-Me-Bright – A’bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet

  • Brightening Even Skin Tone (great for combination skin)
  • Mencerahkan kulit kusam untuk menyinarkan cahaya semula jadi dari dalam
  • Kandungan : Niacinamide, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kombinasi (combination skin) – selamat untuk kulit sensitif

🌸 AC-Me-Peach – A’bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

  • Anti-Blemish Redness (great for oily skin)
  • Membersihkan dan melegakan kulit yang ada iritasi dan kulit sensitif.
  • Dengan ekstrak pic dan minyak TTO (tea tree oil) untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit untuk hasil kulit lembut dan halus.
  • Kandungan : Prunus Persica (Peach) Fruit Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit berminyak (oily skin) – selamat untuk kulit sensitif

Cara guna sangat mudah. Cuci bersih wajah korang, apply toner kemudian letak mask di wajah. Biarkan selama 10 – 20 minit. Ratakan essence seluruh wajah selepas tanggalkan mask. Super moist beb! Serius!!

Pendapat Mommy

1st impression Mommy adalah banyak gilerrr essence dia! Memang basah betul muka rasa. Hahaha. Puas hati sangat-sangat. Cuma, saiz mask ini agak besar dengan muka Mommy barangkali. Struggle nak rapatkan.

Sejujurnya Mommy bukan penggemar sheet mask. Tetapi, kali ini memang Mommy jatuh cinta. Harga pun murah yang amat! Mommy nak repeat beli!

A’BLOOM GIANT & BABY MERINGUE PUFF

Comel giler! Macam cream puff kan? Hahaha. Jangan nak makan pula.. Ok untuk Giant Meringue Puff & set Baby Meringue Puff ini, Mommy gunakan untuk apply concealer, foundation dan juga loose powder.

Ia boleh digunakan secara kering & juga basah. Sangat lembut dan mudah untuk apply. Korang sendiri pun dah tengok video tutorial Mommy kan?

Jika korang basahkan puff, saiz akan bertambah besar dari biasa dan lebih smooth untuk ratakan produk seperti concealer & foundation. Untuk loose powder, Mommy gunakan Baby Meringue Puff yang kering.

Berbaloi kalau korang dapatkan puff ini sebab selain tekstur puff itu sendiri yang lembut, harganya pun murah sangat berbanding harga pasaran luar.

Hasil tutorial makeup

Onz tak Onz?

Itu sahaja review Mommy kali ini mengenai produk terbaru Althea iaitu A’Bloom. Mommy suka semua produk di atas dan sekarang ni Mommy tengah tunggu Althea restock Watermelon Mask Sheet sebab Mommy nak borong banyak-banyak! Hahahaha. Best giler i tell u!!

Korang pun boleh dapatkan semua produk A’Bloom di sini dengan harga serius mampu milik >>> https://my.althea.kr/exclusive-brands/a-bloom

Info lanjut

(Visited 152 times, 10 visits today)
Tags: , , , , , , ,

19 thoughts on “ALTHEA A’BLOOM REVIEW AND MY SIMPLE TUTORIAL”

  1. lisak says:

    lisa pernah pakai yang hitam tu… best hahah rasa bersih je wajah. mask tu baru lagi.. tk try lagik

    lisak recently posted…Kereta Sewa Di Kota KinabaluMy Profile

    1. YB Shehan says:

      wah untung la xde kasor2 kat hidung hehe.. mask tu best giler

  2. Nadia johari says:

    Memang best.. Kita suka semua produk dia.. Mask dia sampai sold out ni

    1. Farahin says:

      COmel je produk dia. Fancy. Menarik perhatian

      1. YB Shehan says:

        mmg smua comel2

    2. YB Shehan says:

      betul. tgh tunggu watermelon

  3. Papa Amyzal says:

    Wahhh macam best je produk althea ni. Senang pulak tu nak gunakannya. Boleh belikan untuk yang tersayang nih

    1. YB Shehan says:

      yup. once yg tersayang tgk web Althea tu, tgoda smua produk tau

  4. Huda says:

    Comel packaging produk Althea terbaru ni.. tak try lagi
    Huda recently posted…Menu Sahur Ringkas dengan Surya S Great Grain Memang Terbaik! Rasa Kenyang sampai berbuka.My Profile

  5. Qaseh says:

    Paling favourite mask heheh

  6. terpengaruh dengan AHA backhead remover tu….memang dah usha kat web Althea nak beli
    Saidila Rahman recently posted…13 SEBAB KENAPA PILIH KEDAI EMAS HAJAH HALIJAHMy Profile

    1. YB Shehan says:

      hr tu i ada bg code diskaun lg skali. yg almost expired. cer tgk

  7. Ai says:

    Comel nau packagingnya.

  8. azni says:

    menarik jer giant blackhead remover tu . tapi lepas buang kena treat bebetul juga kan .. nnt pores terbukak plak.. k.azni lah kena mcm nih .. kat pipi.. huhuh . dah tak lawo
    azni recently posted…Buffet Ramadhan 10 Binjai wajib cuba Sambal KupangMy Profile

    1. YB Shehan says:

      ya kak.. macam ala2 pkai scrub lah.. lepas tu apply toner. then pkai lah mask plak..

  9. Julia Johari says:

    Juju suka dgn meringue puff tu she lembut senang nak guna utk foundation.

  10. Nina Mirza says:

    Nampak lembut sungguh puff tu, tengok web dah sold out. Huuuu
    Nina Mirza recently posted…Suka laaaa SURYA S GREAT GRAIN ni sebab …My Profile

  11. Tasha says:

    These items firstly look so cute! it draws me in. I really want to try the face masks, I’m super keen for hydrated skin!
    Tasha recently posted…Disadvantages of oily skin and making the best of itMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!