Naracards Korea-Seoul Set

6 JUADAH BERBUKA PUASA SIMPLE 2019

juadah berbuka puasa simple 2019

Tahun lepas, ada 12 orang ibu sudi berkongsi resipi mudah bulan puasa yang Mommy kongsi di blog ini. Memang menarik sangat semua menunya.

Tahun ini, Mommy tak sempat nak collect resipi mak-mak HDAE ni. Busy sangat gamaknya masing-masing. Hahaha.. Mommy kongsi apa yang ada je dulu.. Kalau ada tambahan, Mommy akan tambah lagi di sini nanti.

MENU BERBUKA PUASA 2019

1. RESIPI AYAM MASAK BALI – By Fatin Khadir #hdaecrew

Bersihkan ayam (1 ekor). Lumur kunyit dan garam (Tak perlu banyak). Goreng dalam 10-15 mins (jangan garing sangat). Ketepikan.

Bahan Kisar :

  • Segenggam cili kering (rebus) blend bersama 5-6 biji bawang besar, seinci halia, sedikit belacan, satu labu bawang putih. Kisar halus ya!
  • 6-8 batang serai dititik
  • 8 pelepah daun kari – bersih dan asingkan dari batang
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil garam
  • Kicap 5 kali titik

Cara memasak :

  • Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai sehingga menjadi kaler coklat² kuning (keluar bau dan separa garing).
  • Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus ya (api sederhana).
  • Masukkan cili yang dikisar dan biarkan garing. Masukkan kicap 5 kali titik (kali goncang). Masukkan garam dan gula. Gaulkan.
  • Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan dalam 8-10 mins (jaga api ya jangan sampai hangit).
  • Ok selepas tu jadilah hasilnya! Sedap sangat sangat! Cubalah!

2. RESIPI POPIA CRABSTICK – By Hana Kitchen #hdaecrew

Bahan-bahan :

  • 1 biji bwg bsr potong dadu
  • 1 cwn atau lebih sengkuang
  • 1 btg carrot
  • 7 btg crabstick hiris nipis
  • Garam

Cara memasak :

  • Tumis bawang
  • Masuk crabstick, sengkuang, carrot
  • Letak garam
  • Tunggu air sengkuang kering
  • Tutup api dan sejukkan
  • Letak inti & hirisan cheese atas kulit popia (cheese optional)
  • Gulung sesuka hati & Frozen
  • Resepi ini dapat around 18-22 biji popia

3. RESEPI MURTABAK MINI GUNA KULIT POPIA – By Nur Al-Huda #hdaecrew

Bahan-bahan (Inti) :

  • 500gm daging (dikisar) 
  • 5sdb serbuk kari daging
  • 3bj bawang Holland (potong dadu) 
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • 2 inci halia (ditumbuk) 
  • 2sdt serbuk lada hitam
  • 3sdb gula (sy guna nise) 
  • 2sdt garam pink
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 5bj kentang direbus n dipotong dadu
  • Sedikit Daun sup
  • Kulit popia size paling besar.

Cara memasak :

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia. Masukkan rempah kari dan tunggu hingga naik bau.
  • Masukkan pula daging kisar dan bawang Holland. Bila daging dah agak masak, perasakan dengan gula dan serbuk lada hitam.
  • Masukkan kentang dan daun sup, kacau sehingga rata. Tutup api dan perasakan dengan garam. Sejukkan inti.
  • Sebelum mula membalut, pecahkan 2 biji telur, pukul dan gaulkan dengan inti yang sudah disejukkan tadi. Buka kulit popia dan letakkan di atas dulang. Ambil inti dan letak di tengah. Lipatkan berbentuk segi empat dari atas, kiri, dan kanan. Terbalikkan bila dah siap dilipat.
  • Akhir sekali bolehlah panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak. Goreng sehingga garing dan sedia utk dihidangkan. Boleh dimakan dengan kuah kari atau sos cili sahaja.

4. RESIPI SAYUR BAWANG PUTIH DAN SAYUR SAWI – By Hafizah Abdul Ghani #hdaecrew

1. RESIPI SAYUR BAWANG PUTIH

  • Sayur-sayuran yang ada @ digemari
  • Isi ayam/daging/fish ball
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu tepung jagung
  • Garam secukup rasa

Cara memasak :

  • celur semua sayuran hingga masak, angkat dan ketepikan
  • tumis bawang putih yg dihiris kemudian masukkan isi ayam
  • masukkan secawan air yg dilarutkan bersama tepung jagung
  • pecahkan telur sambil kacau biar hancur, perasakan dengan garam dan tutup api,
  • curahkan atas sayur yg telah dicelur

2. RESIPI SAYUR SAWI

  • Suhun
  • Sawi
  • Bendi
  • 1 biji telur
  • 1 ulas bawang putih
  • Garam

Cara

  • didihkan air kemudian masukkan suhun
  • tunggu didih masukkan semua sayuran
  • tunggu didih dan pecahkan telur serta perasan dengan garam dan hiris bawang putih. Biar hingga didih kemudian tutup api.

5. RESIPI SIZZLING YEE MEE – By Pijah Yusof #hdaecrew

Bahan-bahan :

  • Bawang putih 8 ulas
  • Halia 2cm
  • Lada hitam 1 sudu besar
  • Cendawan shitake
  • Cili kering 5 biji
  • Kiub ayam 1 ketul (tak letak pun x apa)
  • Garam
  • Ayam
  • Sawi
  • Yee mee
  • Tepung jagung (bancuh air) untuk bagi pekat kuah
  • Air sebagai kuah

Cara memasak :

  • Tumis bawang putih, halia, kemudian buh lada hitam, nampak garing buh ayam..kacau bagi ayam keluar air..lepas tu buh air, cendawan n kiub ayam..perasakan dengan garam.mengelegak buh tepung jagung.tutup api.Buh telur last skali biar dia masak dengan panas haba tu je.. Saya tiada pinggan hot plate..so saya celur sawi dan yee mee dulu..

6. RESIPI NASI GORENG KERABU – By Hafizah Abdul Ghani #hdaecrew

Bahan A tumis (ditumbuk kasar)

  • 10 biji Cili api
  • 1 genggam udan kering + ikan bilis
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Bahan B

  • Isi ayam@fishball @ fishcake (ikut apa ada ja)
  • Nasi sejuk sepinggan

Bahan C

  • Ulaman (dihiris halus)
  • Bunga kantan
  • Serai
  • Kangkung
  • Kaduk
  • (Apa2 ulam yang ada)
  • 1 biji Bawang besar

Cara memasak :

  • Tumis bahan A hingga garing, masukkan bahan B hingga masak elok.
  • Masukkan nasi sejuk goreng sehingga sebati dengan bahan A, baru masukkan bahan C.
  • Perasakan dengan garam dan tutup api sedia untuk dihidangkan

Ok setakat ini dahulu yang Mommy boleh kongsi dari ibu-ibu #hdaecrew.. Mommy harap, perkongsian ini sedikit sebanyak memberi idea buat korang yang mencari resipi juadah berbuka puasa kali ini.

Selamat berbuka!

(Visited 634 times, 1 visits today)

2 thoughts on “6 JUADAH BERBUKA PUASA SIMPLE 2019”

  1. Anuar says:

    Menu simple… Yang penting perus rasa kenyang… Itu yang penting sekali…
    Anuar recently posted…Syukur Alhamdulillah…. Dapat Bonus Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2019My Profile

  2. Huda says:

    Menarik juga menu2 simple ni. Nk try la..sbb dah kering idea lepas separuh Ramadan ni
    Huda recently posted…Masalah Jerawat? Jom Cuba Tera Skincare dan alami 10 Kesan Hebat Untuk Kulit FlawlessMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!