sewa pocket wifi travel
Naracards Korea-Seoul Set

PERCUTIAN SINGKAT DI CAMERON HIGHLAND


Memandangkan cuti sekolah baru-baru ini, kami tak ke mana-mana, dan nampak gaya bulan ini ada rezeki untuk cover balik cuti tersebut, kami decide untuk ke Cameron Highland.

Tujuan cuma satu.. nak relax otak.. Tapi bercuti dengan budak-budak, kalau tak gaduh, bukan budak-budak lah. Naik darah lagi ada. Hahaha. Mintak simpang dari tekanan darah tinggi jer..

TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND YANG MOMMY PERGI

1. Cameron Valley Tea House, Tringkap

Agak confuse dengan ladang teh zaman sekarang. Hahah. Yang Mommy tahu, Sg Palas tu jer.. Ini pun jumpa on the way naik dari Simpang Pulai.

Berhenti sekejap. Ambil gambar.

Kalau mampu, boleh sewa 4×4 atau ATV di situ untuk naik ke ladang yang lebih tinggi.

Kat sini, finally berpeluang lihat orang kutip teh secara live. Hahaha. Bak kata Hannah “terima kasih Mommy bawa Hannah ke sini. First time dapat tengok depan mata”. Hahhaha.. baiklah..

2. Cameron Lavender Garden

Ini tempat yang Mommy nak datang sangat-sangat. Nak rasa aiskrim lavender. Itu je niatnya. Hahaha. Nak masuk, harga tiket adalah RM10 untuk dewasa, RM7 untuk kanak-kanak.

Harga aiskrim Lavender ini ialah RM6. Rasa unik. Mommy macam telan #yleo lavender je. Hahahhaa..

Cameron Lavender Garden - TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND (1)

Tips, beli lah strawberry dalam ni. Murah. Haha..

Tempatnya memang instagram-able sangat! Kat sini Mommy beli pokok serap bau busuk dan juga kaktus 6 pasu kecil termasuk rak khas.

Inilah pokok yang serap bau busuk tu. Mommy letak dalam tandas.

3. 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry

Lunch di sini. Parking worst lah sini. Susah juga la.. Boleh tahan wey harga dia. Sepinggan nasi lemak strawberry yang ada ayam goreng / rendang daging berharga RM9.90.. Kek Red Velvet, sebab Ariq nangis nak sangat-sangat, beli lah juga sepotong. RM17. Nasib baik sedap nak oi. Jus strawberry pun RM9.90.

Korang kali lah berapa orang makan. Haha.. Sekali je la datang kot. Haha. For me, rasa dia unik. Siapa suka manis, ok la. Ada sambal pedas, dia letak sambal macam jem tu juga sekali. Nama pun jalan-jalan kan, tak rugi nak cuba.

4. Hotel Double Stars, Brinchang

Ini pun termasuk dalam tempat menarik lah buat kami. Sebab penginapan di sini strategik. Hahaha.. Kami tempah Hotel Double Stars melalui Agoda dengan bayaran RM150 semalam (termasuk sarapan), untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Sekarang ni kena alert pasal bilangan kepala. Kadang-kadang ada hotel tak terima kalau lebih 2 orang. Jadi, baca betul-betul.

Kenapa Mommy pilih hotel ini? Sebab dekat dengan tempat-tempat menarik. Dan memandangkan datang hujung minggu, Mommy dapat ke pasar malam berdekatan. Jalan kaki jer. Kami dinner pun restoran berdekatan jer. Sedap pula tu..

Hotel ini bukanlah kategori hotel mewah. Tapi selesa jer untuk kami 4 beranak. Cuma waktu sarapan tu, memang sempoi habis menu dia. Ada bihun, bubur nasi, roti bakar dan juga coco crunch. Heee. Tu jer. Tempat duduk pula limited. Mungkin ramai kot tetamu masa tu. Jadi tunggu turn juga la nak makan.

5. BOH Tea Garden Sg Palas

Tempat wajib datang lah kan? Bergambar di logo BOH tu. Masuk untuk menikmati scone dan teh kalau nak. Tak sanggup beratur. Hahaha.

Then, ambil gambar di hujung corner bangunan ini yang mengadap ladang teh yang luas. Kemudian, masuk ke kilang proses teh.

Dan wajib beli sekotak dua teh Boh. Kali ni kami beli Palas Afternoon Tea yang katanya paling mahal di sini. Dan hanya dihasilkan 2 kali sahaja setahun. Masuk tandas pun seram nak basuh weh. Sejuk. Hahaha.

6. Kea Farm Market & Kea Garden

Pasar membeli belah yang popular. Kat sini pun ada je jual kaktus. Tapi macam mahal je bagi Mommy. Ada jual sayur, strawberi, ubi keledek dan jagung. Kami cuma beli strawberi dan jagung je la.

Itu pun, Daddy yang angkut semua. Mommy pakai hoodie semalam tu pun, terasa beban di leher. Sakit leher dan penangan beban berat, Mommy tak boleh terima lagi. Jadi, Daddy lah angkut semuanya. Mommy pegang fon semata-mata. Tq Daddy sebab memahami..

Masuk ke Kea Garden di situ. Ada penginapan juga kat sini rupanya. Cantik giler. Penuh bunga!!

Then Mommy makan pucuk labu goreng dan juga aiskrim strawberry. Sedap nak mampoih. Hahaha.

7. Cactus Point

Ok. The only tempat yang Mommy rasa Mommy meroyan kejap. Hahaha. Punya rambang mata, last-last tak banyak sangat pun Mommy ambil. Hahaha.

Tapi tempat ini pun memang instagram-able juga. Bila dengan anak-anak nih, kau nk instagram apa sangat. Nak snap pun laju-laju. Nak-nak pula kawasan kaktus. Mommy risau. Duri kaktus ni bisa, jangan main-main. Tak larat nak zikir DON’T TOUCH ANYTHING dah kat anak-anak. Hahah. Mujur dengar cakap.

8. Cameron Valley Tea House 1

Ok Mommy dah google. Tempat ini Cameron Valley Tea House 1. Tempat ni pun korang boleh lepak cafe dia. Then boleh turun ke ladang dengan bayaran RM2 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun free jer. Nak snap apa lah sangat bawah tu.

Dulu selalu pergi yang Cameron Valley Tea House 2. Yang tu tak sure dah start kena bayar ke tak.

Demi pengalaman, kita layan. Hahaha.

So far, itu sahaja kot yang Mommy singgah selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland. Tempat menarik lain macam Bee Farm, Rose Garden, Strawberry Park semua tu tak pergi.

Mungkin sebab kami dah pernah pergi kot dulu-dulu. Anak-anak pun, tau nak lari jer. Tunggu lah bagi faham sikit erti berjalan-jalan nanti.

Kalau tanya pasal kos ni, korang ready je lah sekurang-kurangnya ‘sebelah tangan’. Hahaha. Faham ke tak? Ok. Kalau untuk datang ke Cameron, kami pilih untuk naik dari Simpang Pulai. Untuk pulang pula, kami pilih jalan turun di Tapah. Mabuk weh. Last-last Daddy beli Pepsi dan asam. Baru lah ok sikit.

Rasa insaf sikitlah berjalan dengan anak-anak ni. Penat weh. Tapi, bila dikenang balik dengan tengok gambar-gambar, rugi pula kalau tak pergi bercuti macam ni.

Ye lah, asik-asik pergi themepark, waterpark dan balik kampung. Hahaha. Bosan jugak. Sekali sekala kena makan angin macam ni. Jadi, destinasi seterusnya, jom ke Qatar pulak. Amboiiiii. Lols..

Tags: , , , , ,

19 thoughts on “PERCUTIAN SINGKAT DI CAMERON HIGHLAND”

  1. Bestttt! Rasa nak pi lagi ja Cameron Highlands. Sejuk syiok rasa mcm pi holiday jauh ja kan hehe

    1. YB Shehan says:

      haaa seronok. tp penat hahahaha

  2. Nina Mirza says:

    Bestnya… Gambar cecantik! Suka tengok.. Thanks sharing
    Nina Mirza recently posted…Buffet Ramadan KL 2019 – Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel Mid ValleyMy Profile

    1. YB Shehan says:

      nt bawak anak2 bercuti. best

  3. TATI MANSUR says:

    Cameron Highlands antara tempat yang kak Ti suka pegi.. Best kalau pegi time bukan cuti sekolah atau public holiday.. Tenang je jalan.. Cantik2 gambar she n Family..

  4. Radhia says:

    walaupun sekarang jem nak pi cameron highland, still tak pernah jemu dan serik bercuti di cameron highland. Sebab CH la antara tempat percutian yang best di dalam Malaysia

    1. YB Shehan says:

      sgt best. hahaha..

  5. umminani says:

    first time tgk ada banyak gambar family. tahniah

    1. YB Shehan says:

      Lama dah x bcuti..

  6. Cameron Highland satu-satunya tempat yang tak pernah bosan fiza pergi tauu. Ni tengah survey homestay kat sana, nak pegi dengan family lepas raya nanti

    1. YB Shehan says:

      wah bestnya. hr tu suka gila tgk kea garden nye hotel tu.. kecik comel. mmg cantik lah

  7. Huda Halid says:

    Seronok bercuti kat cameron.. dua kali pergi sini mesti kereta problem.huhu. tunggu lama sikit serik tu ilang, nak repeat lagi bercuti ke sini
    Huda Halid recently posted…Review Paya Bunga Hotel Terengganu – Hotel Patuh Syariah Terbaru di Kuala TerengganuMy Profile

    1. YB Shehan says:

      ala kesiannya. kena alert bab brek. kerap tekan brek bleh buat jd busuk jgk.. kebanyakan kete tsadai yg ktorg jmpk, mmg mslh tu. bau pun dh kenal.

  8. mas saari says:

    Akak tak pernah bosan kalau pi CH, best!

    1. YB Shehan says:

      saya trauma turun ikut tapah. hahahaha. mesti mabuk. tensen tul. hahaha

  9. Nadia says:

    kea farm tak sempat pergi pun..hahaaha..kita pun tak ceriat semua lagi ni..hahaa

  10. Dura Norell says:

    Cantiknya gambo pemandangan. Tetiba rasa pi sana lak. Huhu
    Dura Norell recently posted…Pertama kali main ping pong takde pengalahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!