BUNCIT? KEMBUNG PERUT JE KOT? TAK MENGAPA.. SURYA ACV KAN ADA!


Buncit? Alahai.. Perkara yang semua orang tak suka kot! Tapi, pasti ke buncit tu? Kembung perut je kot!!

Kembung perut boleh disebabkan daripada pelbagai faktor. Antaranya jenis pemakanan, cara makan, minuman bergas dan sebagainya. Jadi, bila kita abaikan pemakanan cara sihat, pasti masalah kembung perut sentiasa terjadi.

Kesan daripada kembung perut bukan kecil ye. Kalau kita tengok bayi, macam mana dia suffer kembung perut tu, versi dewasa pun tak kurang hebatnya. Dari perut kembung, perasaan loya dan mual, sakit kepala, badan lemah dan muntah, antara simptom kerap terjadi.

Mommy sendiri pernah lalui masalah kembung perut ini. Memang menderita betul selagi angin tidak dikeluarkan. Apa yang kita kena buat?

TIPS KELUARKAN ANGIN DALAM BADAN

MINUM AIR HALIA

Petua ini sangat biasa didengar kan? Mommy pernah la cuba juga, tetapi sebagai seorang picky eater, memang minuman macam ni, bukanlah satu pilihan terbaik buat Mommy.

MAKAN BAWANG PUTIH

Tips kedua ialah makan bawang putih secara mentah atau dibakar terlebih dahulu. Tips ini memang bagus, tapi untuk Mommy, memang susah juga nak dibuat tu. Mommy tolak bawang.

MINUM SUSU PANAS

Biasanya orang akan suruh elakkan minuman atau makanan berasaskan tenusu. Tapi, ini antara tips yang Mommy selalu buat andai angin susah sangat nak keluar dari badan. Daddy akan bancuh segelas susu panas dan Mommy akan mula keluarkan angin tak lama selepas tu. Dalam masa yang sama, ia membantu masalah lemah badan Mommy.

SENAMAN KAYUH BASIKAL

Pernah tak korang buat senaman kayuh basikal kat baby? Senaman ni sebenarnya sesuai juga untuk dewasa. Cuma caranya sedikit berbeza iaitu dengan terlentang dan tarik lutut ke dada. Ulang dengan kaki sebelah lagi. Sehingga korang terasa seperti menekan di perut. Dengan gaya begini, korang boleh keluarkan angin juga.

SURYA ACV KAN ADA!

Tips paling berkesan dan paling mudah untuk masalah kembung perut atau senak ini, Mommy pilih kaedah terakhir ini iaitu minum Surya Apple Cider Vinegar.

ACV, Apple Cider Vinegar atau Cuka Epal ini adalah ramuan cuka epal dengan kelazatan madu tulen. Sedap! Paling penting, tidak busuk..

KELEBIHAN SURYA ACV

Antara kelebihan Surya ACV adalah:

  1. Sebagai pelawas terbaik dan cepat
  2. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan
  3. Tiada pengawet, tiada gula tambahan
  4. Diakui HALAL, diakui oleh HACCP
  5. Sesuai digunakan untuk menggantikan minuman kordial semasa berbuka puasa atau rumah terbuka pada hari raya nanti.
  6. Boleh digunakan dalam masakan untuk menggantikan asam jawa dan gula dalam masakan ayam masak merah/acar.
  7. Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada pembekal yang dipercayai, dengan epal yang didatangkan dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan.

CARA MINUM

Bangun pagi, korang boleh terus minum Surya ACV segelas! Barulah penghadaman lancar dan toksin dalam badan pun mudah keluar.

Caranya, korang boleh bancuh dengan air kosong, jus buah atau pun teh o suam dengan lemon sehiris.. Sedap woooo..

Korang boleh dapatkan di Watsons, butik Himalaya atau farmasi seluruh negara!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ikuti Facebook SURYA MALAYSIA dan Instagram SURYA MALAYSIA.

(Visited 186 times, 1 visits today)
Tags: , , , ,

5 thoughts on “BUNCIT? KEMBUNG PERUT JE KOT? TAK MENGAPA.. SURYA ACV KAN ADA!”

  1. Haida says:

    Memang keluar angin kus kus semua.. hehehe… Perut pun tak sakit. Bantu juga masalah perut kembung ni

  2. Mimin Adam says:

    Dah try! Terus berlari tak amik masa nak membuang

  3. Nadia johari says:

    Samalah, badn kerap masuk angin..nad ambil cuka epal ni gak.. Alhamdulillah kurang kembung perut

  4. Ai says:

    Rasa zapple, sedap sebab masam.

  5. dah try.. nampak hasil dalam masa sminggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!