Naracards Korea-Seoul Set

KLIA COLLEGE – “SEMPAT BEREHAT SATU BULAN JER DI RUMAH SELEPAS TAMAT BELAJAR.. TERUS KERJA!!”

KLIA COLLEGE - SEMPAT BEREHAT SATU BULAN JER DI RUMAH SELEPAS TAMAT BELAJAR.. TERUS KERJA (9)

Korang nak tahu tak apa cita-cita Mommy dari kecil? Cita-cita yang tak pernah berubah sehingga sekarang. Kalau sebut, mesti rasa kelakar je. Cita-cita Mommy nak jadi pilot tau.. Sampai lah sekarang, minat tu masih ada. Namun, rezeki Mommy ke bidang undang-undang.

Mommy masih kekalkan cita-cita Mommy tu dengan nama gelaran Mommy iaitu ‘Myapilot’. Sekarang korang dah tahu kan kenapa nama itu digunakan untuk Instagram dan emel Mommy. Hahaha..

Nak sambung belajar lepas SPM tu, Mommy faham, ada banyak faktor kena fikir sebelum buat keputusan terbaik untuk memilih tempat untuk sambung belajar.

Adik-adik lepasan SPM/SPMV dan STPM sekalian masih tercari-cari lagi ke kat mana nak sambung belajar?

Tips Mommy mudah jer. Tanya kepada diri sendiri, apa minat dan cita-cita adik-adik sekalian?

Susah ke nak fikir? Ok Mommy bagi 3 soalan kat adik-adik..

  1. Adakah adik-adik berminat untuk mendalami bidang kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri penerbangan? Yang ilmunya semestinya berkaitan pengurusan yang melibatkan lapangan terbang, syarikat penerbangan dan kargo.

2. Atau adik-adik ingin terdedah dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dan seterusnya berpeluang membina kerjaya di dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti dalam industri berkaitan pembinaan, minyak dan gas, perkilangan, perkhidmatan dan hospitaliti?

3. Atau adakah adik-adik berminat dalam bahagian rangkaian pentadbiran perniagaan dan kemahiran pengurusan dan seterusnya berpeluang untuk menjadi usahawan?

Andai adik jelas dengan minat dan cita-cita adik dan jawapan adik-adik adalah YA untuk salah satu soalan di atas, Mommy jamin.. adik-adik berada di ‘landasan yang betul’ iaitu blog Mommy ini, untuk adik-adik terus membaca!

KAMI DAH TAHU MINAT DAN CITA-CITA KAMI, APA SETERUSNYA MOMMY?

Sudah tentulah adik-adik wajib sambung belajar dalam bidang berkaitan minat dan cita-cita tersebut. Jawapan Mommy, KLIA College adalah kolej yang sepatutnya menjadi pilihan adik-adik.

MOMMY BAGI 8 SEBAB UTAMA KENAPA ADIK-ADIK PERLU PILIH KLIA COLLEGE, OK?

  1. KLIA College merupakan subsidiari KLIA Premier Holdings, peneraju dalam bidang pembinaan, pengurusan projek, hartanah dan latihan.
  2. Diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
  3. Pensyarah berpengalaman tinggi dan pakar dalam akademik dan industri berkaitan
  4. Peluang kerjaya yang cerah dalam industri berkaitan
  5. Penekanan kepada kemahiran praktikal dan aplikasi apa yang telah dipelajari
  6. Kerjasama dan hubungan yang erat di antara agensi kerajaan dan industri berkaitan
  7. Pelbagai kemudahan dan fasiliti kampus yang terbaik dan kondusif disediakan
  8. Peluang melanjutkan pengajian ke IPT tempatan dan antarabangsa

KLIA Professional & Management College (KLIA College) ini sebenarnya ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai memenuhi kehendak industri merangkumi penyelidikan, latihan dan pembangunan dalam pelbagai sektor perindustrian di dalam dan di luar negara.

Dan buktinya, KLIA College telah melahirkan ramai pakar profesional yang berdedikasi dan komited dalam bidang berkaitan.

KLIA College telah bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan dan antarabangsa seperti Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Conventry University United Kingdom serta beberapa universiti lain bagi memperkukuhkan kedudukan sebagai sebuah IPT yang disegani dan terunggul di Malaysia.

BERITA BAIK KEPADA LEPASAN SPM/SPMV/STPM UNTUK SAMBUNG BELAJAR DI KLIA COLLEGE

KLIA College telah membuka pengambilan baru untuk Intake April 2019 dalam 3 program diploma iaitu:

Diploma Pengurusan Penerbangan (Diploma in Aviation Management)

Antara prospek kerjaya dalam bidang ini adalah Eksekutif Lapangan Terbang, Eksekutif di Syarikat Penerbangan dan Pegawai Kawalan Udara. Hanya memerlukan 3 tahun tempoh program dan pinjaman PTPTN disediakan untuk pemohon yang berjaya.

Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Diploma in Occupational Safety & Health)

Antara prospek kerjaya dalam bidang ini adalah Pegawai Keselamatan & Kesihatan, Penyelia Keselamatan Tapak Bina, Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan dan Koordinator Keselamatan. Hanya memerlukan 2.5 tahun tempoh program dan pinjaman PTPTN disediakan untuk pemohon yang berjaya.

Diploma Pentadbiran Perniagaan (Diploma in Business Administration)

Antara prospek kerjaya dalam bidang ini adalah Setiausaha, Kakitangan Pentadbiran, Pembantu Peribadi, Eksekutif, Penyelia Pejabat dan Usahawan. Hanya memerlukan 2.5 tahun tempoh program dan pinjaman PTPTN disediakan untuk pemohon yang berjaya.

Hanya dengan 3 kredit sahaja, adik-adik layak mendaftar.

Jom mohon sekarang di: http://www.kliacollege.edu.my/intake

FASILITI UTAMA KLIA COLLEGE

Antara fasiliti utama KLIA College adalah

  • Kapal Terbang Mock Up
  • ATC Simulator
  • Tapak Pembinaan Mock Up
  • Bilik Kuliah dan Makmal Komputer
  • Makmal OSH
  • Perpustakaan
  • Kafeteria
  • Kawasan kampus dalam taman
  • Hostel pelajar

Adik-adik boleh ikuti laman Instagram mereka di sini @kliacollege @kliatraining.

IKUTI MEREKA YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN BELAJAR DI KLIA COLLEGE

“Kos murah dan berpatutan berbanding kolej yang lain” – Bibi Khairunnadia

“Cita-cita untuk bekerja di bidang Oil & Gas. Tak ramai wanita dalam bidang ini” – Nurul Najwa

“Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Aviation” – Muhammad Izzuddin

“Belajar di KLIA College saya rasa tidak akan sama dengan tempat lain kerana, persekitarannya yang aman, jauh dari hikuk pikuk bandar. Belajar lebih tenang di sini.” – Sharina Nadia binti A. Ahmad.

“KLIA College melengkapkan diri saya ke alam pekerjaan, bukan sahaja dari segi akademik, malah dari segi kemahiran” – Muhammad Hilmi bin Ismail.

“If you decided for learn about safety and aviation line means KLIA College would be better choice of yours.” – Vinod Kanna.

“Selepas tamat pengajian di KLIA College, saya hanya mengambil masa 1 bulan sahaja untuk mendapatkan pekerjaan pertama saya selepas tamat pengajian” – Muhammad Effendy bin Yusoff.

“Kami di dedahkan dgn tapak bina sebenar melalui usahasama praktikal dgn beberapa syarikat terkemuka di Malaysia.” – Muhammad Azhar bin Zulkefle.

“KLIA College membuka jalan ke alam pekerjaan saya seterusnya subjek yang di ajar melayakkan saya menceburkan diri dalam bidang oil & gas, seawal 1 bulan selepas tamat belajar.” – Muhamad Fauzi bin A Rahman.

“It is a good platform to kick start my career in aviation industry.” – Ong Shan.

“The syllabus pretty much covered and can be implemented to my current work place with ease.” – Nur Aina Syafiqah binti Sazali.

“Peluang pekerjaan cerah dan dikenali banyak syarikat.” – Amirul Hafidzee bin Abdul Hafidz.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk yuran pengajian setiap program ada dinyatakan di dalam laman web mereka dan bantuan kewangan seperti PTPTN turut disediakan bagi pemohon yang berjaya. Menarik kan? Inshaa Allah semua mampu untuk mohon.

Jom mohon sekarang di:

Kerjaya professional anda bermula disini @kliacollege @kliatraining.

Untuk info lanjut, sila layari laman web utama iaitu, kliacollege.edu.my atau hubungi di maklumat yang tertera:

Selamat sambung belajar dan mencapai cita-cita adik-adik ye.. Inshaa Allah..

(Visited 504 times, 1 visits today)

12 thoughts on “KLIA COLLEGE – “SEMPAT BEREHAT SATU BULAN JER DI RUMAH SELEPAS TAMAT BELAJAR.. TERUS KERJA!!””

  1. Menarik kan KLIA College ni, nak survey untuk si kembar. Buat Aviation Management tu ka, leh kerja ngan airlines
    Mama Kembar Tiga recently posted…Cuka Epal Surya Bantu Kurangkan Masalah Perut KembungMy Profile

    1. YB Shehan says:

      kannnnn.. marilah kita sekelas k kembar.. hahahaa

  2. menarik gak ni…jap gi k.sal nak tunjuk website KLIA College pada anak-anak . Sure dyorang teruja punya!

  3. Nina Mirza says:

    Wah… Menarik laaa..!! Nampak feed back bekas pelajar pun bilang bagus KLIA collage ni. Nak kasitau sepupu laaa
    Nina Mirza recently posted…Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?My Profile

  4. Nadia johari says:

    Wah mcm bgus je college ni ye.. Sekrg banyak pilihan, so pilih je la

  5. mas saari says:

    Menarik jugak kolej ni, banyak buka peluang belajar umtuk anak².

  6. huda halid says:

    wah menarik yer! Untung sangat2 kalau dapat belajar kat sini
    huda halid recently posted…Review Paya Bunga Hotel Terengganu – Hotel Patuh Syariah Terbaru di Kuala TerengganuMy Profile

  7. mamapp says:

    byk jurusan menarik kat kolej ni laa

  8. mana mak ayah yang tahu dan tengok anak ada minat dalam dunia aviation patut sangat hantar kat sini …
    Saidila Rahman recently posted…BUFFET RAMADHAN 2019 DI HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR BERTEMAKAN KHAZANAH WARISAN MELAYUMy Profile

  9. ina says:

    mudahnya kriteria.Nak msuk lahh,hahaha.Tapi dah tua ni.Hikhikhik..
    ina recently posted…Mee Calong Best Berhadapan Pantai Pelindung. Fuhhh! Memang LayanMy Profile

  10. Radhia says:

    waaa..banyaknye kemudahan yang ditawarkan oleh KLIA college ni..kena recommend kepada yang nak sambung belajar ni

  11. Wan says:

    Bagi mereka yang ingin mengejar cita-cita ‘setinggi awan’. Good Luck, All The Best.
    Wan recently posted…Buka Akaun SSPN-i Online Untuk Memudahkan Anak Memohonan PTPTN?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!