Naracards Korea-Seoul Set

CARI IDEA HADIAH HARI GURU 2019?

CARI IDEA HADIAH HARI GURU 2019?

Mommy pun!! Plan asalnya, Mommy cuma nak tempah Fridge Magnet yang ada ucapan SELAMAT HARI GURU. Tapi, tempahan dah tutup. Hahaha. Dah 2 tahun terlepas. Asyik lupa jer. Yang tempahan tu pun, buka awal sangat. Hujung bulan 3 dah tutup. Sambutan Hari Guru bulan 5. Hmmm..

Ok, nampak gaya, Mommy terpaksa cari idea lain untuk hadiah hari guru tahun ini. Untuk tahun 2019, Mommy rasa nak teruskan idea DIY iaitu Do It Yourself macam tahun-tahun sebelum ini. Harap ini pun membantu korang juga ya?

NAK KASI BERAPA ORANG GURU EH?

Oh lagi satu.. ada yang tanya Mommy. Nak kasi hadiah untuk guru ni, berapa orang sahaja sebenarnya? Terpulang. Tapi Mommy bagi idea sikit di bawah :

  1. Bagi kepada semua Guru dalam kelas anak; atau
  2. Bagi kepada Guru Kelas sahaja; atau
  3. Bagi kepada Guru Kesayangan; atau
  4. Bagi kepada Guru termasuk Guru Besar

Paling penting, ikut kemampuan. Jika tak beri tak mengapa. Bagitau anak, jumpa semua guru, ucapkan Selamat Hari Guru; dan

Guru wajib terima walau hanya ucapan sebab bukan semua orang mampu dan kaya serta berada untuk bagi hadiah buat guru. Ucapan itu adalah DOA.

JANGAN STRESS!

Ok? Jangan stress hanya semata-mata tiada hadiah, hadiah tidak mahal atau sebagainya. Ikut kemampuan. Itu paling penting. Baik guru tadika, guru di sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru di kolej dan sebagainya. Ibu bapa kita adalah guru no 1. Nak kasi hadiah sekali, lagi bagus!

IDEA HADIAH HARI GURU 2019

Ok.. antara idea hadiah hari guru yang kita boleh bagi atau ajak anak buat antaranya adalah :

Terpulang jika hendak mencari hadiah yang lebih mahal contohnya barangan berjenama Tupperware ke, barangan kemas ke, atau sebagainya. Yang penting, ikut kemampuan. Ingat tu.

IDEA TAHUN-TAHUN LEPAS

Antara DIY yang Mommy pernah buat. Korang boleh baca di link bawah :

Selamat Hari Guru!!

(Visited 1,572 times, 1 visits today)
Tags: , , , ,

5 thoughts on “CARI IDEA HADIAH HARI GURU 2019?”

  1. ummi nani says:

    way bagus..kena rajin juga.

    1. YB Shehan says:

      yup. klu kata diy ni, kena extra rajin. nampak simple, tp slalunya takes time.. hahahaha.. ok la sebulan lg nk bsedia..

  2. Haida says:

    wahhh bagus idea kreatif ni.. diy lagi puas hati.

  3. Dulu pernah bagi coklat & fridge magnet. Tahun ni rasa mcm nak bg pen plak kot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!