Naracards Korea-Seoul Set

HAI LA ANAK BERTUAH..


“DEBUM”

Apa benda pula jatuh tu?

Tetiba dengar esakan. Slow. Dah kenapa pula?

Terus Mommy masuk bilik air di bilik utama.

Terkejut. Tapi remain calm.

Yup. Tenang sebab bukan baru sekali Mommy hadap perkara mengejutkan macam ni..

Mommy tengok darah ada kat atas mangkuk tandas yang ditutup. Ada juga sedikit di dinding. Ada juga sedikit di sinki.

Tak cakap banyak, Mommy sembur air non stop dalam mulut adik. Dia pun redha Mommy ‘basuh’ mulut tu..

Darah masih keluar.. Mommy minta Hannah bawa phone. Snap dan tunjuk Daddy. Of course lepas semua setel, baru lah Mommy share kat socmed.

Daddy pula tiada masa kejadian, wajiblah Mommy snap untuk tunjuk. Plus, Mommy kan cool. Gelabah sangat nak ke mana?

Mommy continue ‘basuh’ lagi dalam mulut. Sampai la habis.. Dan tak keluar darah dah..

Mommy dah letak ubat dan akan continue pantau dia..

Sekarang dah ok. Tiada tanda-tanda lemah atau sebagainya. Dah siap turun mandi kolam dah.

Cuma.. dia serik nak ke tandas bilik Mommy. Hahahaha..

Adik.. Adik.. Macam-macam..

2 thoughts on “HAI LA ANAK BERTUAH..”

    1. YB Shehan says:

      mommy cermat. x berdarah gini wpon suka lompat.. eh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!