Naracards Korea-Seoul Set

5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 DI KL CONVENTION CENTRE [15 – 16 MAC 2019]


Masa sudah tiba untuk acara BioUsahawan 2019 yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 15 hingga 16 Mac 2019 ini. Yeah!!

Semua sedia maklum bahawa acara ini akan menghubungkan usahawan dan pemain industri tempatan dengan orang awam serta membuka peluang buat usahawan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk turut hadir ke acara menarik ini.

5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019

Jom kita lihat apa yang ada di BioUsahawan 2019 yang bertempat di KL Convention Centre ini.

1. BANYAK PRODUK-PRODUK MENARIK UNTUK DIMENANGI

5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 (F)

Terdapat pelbagai jenis produk-produk bio di Malaysia yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan tempatan.

Di BioUsahawan ada produk-produk untuk kesihatan, penjagaan diri, kecantikan, supplement, makanan dan pelbagai lagi.

Produk-produk bio tempatan ini berkualiti tinggi, bernilai tinggi dan setanding dengan produk-produk jenama antarabangsa kerana produk-produk ini adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh syarikat-syarikat bio.

Sempena BioUsahawan 2019, ada 10 set produk-produk bio untuk dimenangi. Jawab sahaja soalan di link ini : Contest BioUsahawan.

Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk mengambil hadiah di BioUsahawan 2019, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019.

2. ARTIS-ARTIS IDOLA

5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 (B)

Temui selebriti-selebriti di BioUsahawan 2019 termasuklah Noryn Aziz, Salma Asis, Datin Diana Danielle dan Fazlyna Ahmad Daud.

Mereka akan menjual pelbagai produk, termasuklah produk kecantikan, kosmetik, makanan, selendang dan macam-macam lagi!

Produk kosmetik oleh Sarimah Ibrahim pun ada!!

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar bual bicara oleh Altimet, yang akan menceritakan tentang pengalamannya dalam dunia keusahawanan bertajuk “No Plan B” pada 16 Mac pukul 3.20pm di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

3. DENGARKAN SESI PANEL, BUAL BICARA – JAWAB & MENANG!

5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 (B)

Ada pelbagai topik menarik untuk dikupas di BioUsahawan 2019 semasa sesi panel dan bual bicara oleh pakar-pakar industri, termasuklah:

  • Sesi perbincangan tentang peluang-peluang dalam dunia digital untuk meningkatkan perniagaan bagi usahawan tempatan
  • Sesi perbincangan tentang dana dan pembantuan pembiayaan lain yang disediakan oleh Kerajaan, agensi dan pemain industri bagi membantu usahawan
  • Sesi perbincangan tentang aplikasi teknologi dalam industri agro bagi menambah nilai produk/perkhidmatan
  • Sesi penyampaian tentang produk dan perkhidmatan oleh usahawan tempatan berasaskan bio

Lepas sesi bual bicara, anda boleh menang hadiah!

Hadirkan diri di sesi panel ini (lihat kepada jadual di bawah), jawab soalan senang dan menangi hadiah-hadiah menarik seperti penginapan hotel, voucher makanan, produk bio dan banyak lagi!!!

5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 (B)
5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 (B)

4. DERMA & MENANG SAMBIL SELAMATKAN PERSEKITARAN!

5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 (B)

Anda ada pakaian atau kain yang tak nak dipakai? Jangan buang, derma saja ke tong Kitar-Kloth di BioUsahawan!

  • Kitar-Kloth adalah program kitar semula kain dengan kerjasama Kloth Cares, Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd dan Selangor Youth Community
  • Dermakan kain yang telah diguna seperti pakaian, kasut, tali pinggang, beg tangan, tuala, linen atau permainan
  • Kain yang dikumpul akan diderma kepada orang yang memerlukannya atau dieksport dan diubah menjadi barang lain seperti kain lap, kerusi kereta dan bahan bantal.
  • Dermakan pakaian/kain anda di tapak P03 di BioUsahawan 2019 (di kawasan eFM dan #BIOCHAT) dan anda boleh menang hadiah!

Layari www.instagram.com/p/BudCipmHarp untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini.

5. SENANG SAHAJA UNTUK DAFTAR MASUK BIOUSAHAWAN 2019

5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 (B)

Daftar awal dan elakkan beratur panjang! Sebaik sahaja anda telah mendaftar, anda hanya perlu mengumpul pas pada hari yang anda akan datang.

Gunakan kod QR atau pra-pendaftaran melalui link ini : Pra-Pendaftaran.

Pendaftaran ke BioUsahawan 2019 adalah PERCUMA!

Jumpa di sana nanti!

MAKLUMAT LANJUT

5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 (B)

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang acara BioUsahawan 2019 dengan lebih lanjut bolehlah melayari laman web www.bioeconomycorporation.my atau mengikuti kami di:-

Selamat maju jaya buat semua!

(Visited 7 times, 1 visits today)
Tags: , , ,

3 thoughts on “5 TARIKAN MENARIK DI BIOUSAHAWAN 2019 DI KL CONVENTION CENTRE [15 – 16 MAC 2019]”

  1. ummi nani says:

    Pejam celik…this week la kan. Eh…hari ni ke mulaa….serius rasa mcm sebukana akn dtg…tup tup dah sampai masanya
    ummi nani recently posted…Selamat Hari Wanita Kepada Semua Yang UN SayangiMy Profile

    1. YB Shehan says:

      samalah.. kejap je masa berlalu..

  2. Nina Mirza says:

    Bagusnya ada program sebegini. Harap nya program mcm akan ada lagi nanti. Pemberi semangat buat usahawan
    Nina Mirza recently posted…Puashati seyh..! Hi-Tea di ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KLMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!