Naracards Korea-Seoul Set

SEBULAN LEBIH MENDERITA..

Untuk tarikh hari ni, 22 Feb, sedar tak sedar, dah sebulan lebih Mommy suffer sakit tangan kanan.. Ye.. Dari awal Januari Mommy dah start suffer. Rasa macam bawa beban je tangan kanan nih..

Mommy tak tahulah apa puncanya cuma yang Mommy perasan, bulan 1 baru ni memang Mommy 24 jam depan laptop. Habiskan banyak masa depan laptop. Di atas meja studi kedua yang baru beli.. Hmm..

Mommy dah pernah suffer sekali sakit-sakit ni bulan 12 tahun lepas. Mommy ingat puncanya sebab meja studi Ikea yang pertama Mommy beli.. Sebab panjang meja tu, macam tak selesa untuk tangan.

Ini meja studi Ikea yang kedua pun, sama. Ini bukan masalah meja nih.. Hmmm

Selepas 3 klinik Mommy pergi, akhirnya Mommy buat xray di Megaklinik Zahran Bangi. Doc dapati, ada sedikit masalah di leher Mommy. Potensi slip disk leher tu ada.. Jadi, doc refer ke KPJ Kajang untuk jumpa pakar ortho dan buat MRI.

Tahan lagi sakit. Hmmmm..

Mommy pernah minta tukang urut datang rumah. Best juga cuma Mommy perlukan rawatan lain juga selain mengurut.

Ubat tahan sakit, ubat saraf dan otot yang diberi, Mommy tak tahan. Wajib biol sampai muntah. Dah tu macam mana?

Kuat giler ubat-ubat nih..

Jumpa Pakar Ortho dan buat MRI pun sudah.. MRI buat on Valentines Day tu. Huuu.. Mommy ada cerita pengalaman buat MRI di Facebook Mommy. Memang ada kelainan di leher tetapi hanya perlu jaga supaya tak slip disk jer.

Ermmm.. Dirujuk ke pakar neuro pula untuk check bab saraf tangan. EMG test pun dah dibuat. Siap cucuk macam acupuncture. Tiada saraf tersepit. Doc cakap, work related.

Kalau lah masih bekerja, boleh claim socso kot.

Tapi tu lah..

Korang yang kerja depan pc semua tu, just hati-hatilah. Selepas 30 mins bekerja, sila bangun dan bergerak-gerak.. Have to..

Sekarang ni, Mommy dah tak tahu nak buat apa dah. Mengurut baru-baru ini, memang kaw-kawa makcik tu bagi. Best la kena urat.

Cumanya tak lega 100% lagi. Kerja Mommy memang banyak sangat terbantut. Letak je tangan kat meja, macam kena elektrik. Hmmm. Sentap urat sokmo. Tempat pelekat koyok Salonpas pun dah bengkak. Mana taknya, kulit sensitif, hari-hari pelekat tempat sama.

Mommy ingat nak rujuk ke hospital kerajaan pula. Cuma mesti lambat lah jawab dia..

Jadi, tiap-tiap malam, task Daddy je la untuk urut sampai tertidur. Otherwise, menangis tergedik-gedik tahan sakit. Haih..

Imagine lah sendiri, Mommy tulis ni pun, sambil tangan kiri ‘hold’ tangan kanan. Seksa!

(Visited 72 times, 1 visits today)

1 thought on “SEBULAN LEBIH MENDERITA..”

  1. Radhia says:

    Semoga Shehah cepat sembuh dari sakit yang Shehan alami sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!