Naracards Korea-Seoul Set

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019 (2) - Copy

Mommy yakin, ramai sahabat-sahabat dan pengikut facebook & instagram Mommy perasan gambar yang Mommy kongsi ni kan?

Kalau tak perasan, mungkin betul lah tak lalu timeline korang. Siapalah Mommy di hati korang kan? Fb pun tak sudi muncul-munculkan post Mommy. Sobs..

Pengalaman manis ni Mommy WAJIB pahatkan di blog walaupun Mommy menaip sebelah tangan. Seksa nakkk.. Dah sebulan lebih ni sakit sebelah lengan kanan. Hmmm.

Beberapa hari sebelum majlis, Mommy ke KPJ Kajang untuk setelkan isu sakit nih. Siap MRI dan buat EMG test. Dan memikirkan tinggal berapa hari sahaja lagi untuk majlis ini, balik dari hospital, terus ke Bangi Sentral dan Bangi Getaway untuk mencari baju serta tudung mengikut tema. Tema Pahlawan Kuning katanya.

Mula-mula plan nak sewa jer. Baju Puteri Perak ke kan? Siap mekap dengan MUA Hayati yang Mommy belajar mekap sebelum ni. Tapi memikirkan kesuntukan masa dan kos, Mommy beli je lah. Boleh pakai hari raya juga. Heeee..

MACUC #TNTMACUC2019

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019

17 Februari 2019 (Ahad), Majlis Anugerah Cemerlang Usahawan Cuckoo akhirnya tiba. Bertempat di Villa Fragrans di FRIM Kepong, Mommy akui tempat ini memang awesome! Seriously awesome.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019

Dari pintu masuk dah rasa ketenangan dalam FRIM nih. Ramai rupanya yang datang running di kawasan ni. Tapi Mommy tak pasti prosedur untuk masuk sebab kawalan memang ketat. Kami masuk pun atas urusan Cuckoo.

Oh.. Mommy datang dengan NM Elle, jiran Mommy. Dan pulang nanti, Mommy akan bawa balik keretanya. Ok la car pool. Senang sikit. Ikut hati, malas nak ke mana-mana dengan sakit tangan ni. Tapi ku gagahi jua. Bukan senang nak hadiri majlis macam ni. Terasa dihargai.

Cantik lah Villa Fragrans, FRIM Kepong ni tau.. Macam-macam majlis boleh dibuat di sini..

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019

Sempat lagi Mommy posing dalam Villa ni.. Boleh juga kalau nak stay sini.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019

Nah Mommy kongsi beberapa gambar sepanjang majlis.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019
Team FRR

Mommy adalah salah seorang team FRR (NCM, Fadzli Rosli) yang rasanya paling ramai kot yang datang hari tu.. Korang nampak Mommy tak??

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019

Di bawah ni Mommy bersama NM Elle yang cantik dan mock cheque diaaaa fuhhhh.. Nak hebat, kena aim for manager lepas ni. Hukhuk..

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019

Entry kali ni Mommy tak boleh tulis panjang-panjang. Cuma serba sedikit sahaja sebab tangan dah tak bagi kerjasama. Mommy nak ada kenangan sikit dalam blog sepanjang penglibatan Mommy dalam Cuckoo.

RM6k+ tu adalah amaun yang Mommy pernah achieve sejak dari Mommy join Cuckoo iaitu sejak July 2018.. Alhamdulillah. Masih jauh lagi perjalanan. Dan jangan salah faham ya, Mommy tak dapat amaun tu setiap bulan. Andai Mommy usaha lagi, tak mustahil untuk dapat. Hahaha.

Ada masa, 0. Ada masa banyak. Macam tu lah..

Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini wahai NM Elle, Team Elle Marketing, Team Mommy sendiri iaitu #CuckooTeamYB yang terdiri daripada CikZa, Yanie, Pijah, Huda. Mommy doakan kalian berjaya juga naik pentas nanti.. Inshaa Allah..

Dan sudah pastinya tidak lupa buat suami dan anak-anak yang amat memahami pahit getir Mommy dalam Cuckoo. Terima kasih kesayangan Mommy.

Buat customer Mommy, tanpa anda, Mommy tak dapat semua ni tau. Terima kasih banyak-banyak.. Siapa nak beli penapis air, udara, multicooker, boleh pm tepi. Mommy kasi hadiah special. Hehehe..

Kalau ada yang berminat nak join team Mommy untuk berniaga Cuckoo ni, boleh tekan link whatsapp Mommy ni. Kriteria 1 jer.. RAJIN!

Whatsapp : http://ybshehan.wasap.my

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019

Last but not least, ramai betul tanya baju Mommy nih. Cantik ke? Alhamdulillah. Boleh guna time raya nanti..

Kalau ada yang nak Mommy promot baju raya tu, sila-silakanlah PM Mommy k?

(Visited 92 times, 1 visits today)

3 thoughts on “MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG USAHAWAN CUCKOO (MACUC) 2019”

  1. Radhia says:

    Tahniah Shehan

  2. umminani says:

    setuju baju dan corak lawa. beli di mana?

    1. YB Shehan says:

      kt Bangi Getaway..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!