Naracards Korea-Seoul Set

HATI-HATI DENGAN SCAMMER 0166692513


Mommy copy semula apa yang Mommy di tulis di Facebook, tentang apa yang jadi kat Mommy hari ni. Ya, Mommy tahu, pasti akan banyak tafsiran buat Mommy. Selama ini tengok orang je, tak sangka kena sendiri..

Biasanya kalau bab duit, Mommy bukan jenis mudah nak bagi. Entahlah..

Ok ini apa yang jadi hari ini.. 3 Feb 2019. Aku harap takde pihak speculate kisah aku pulak ye..

BUKAN REZEKI AKU..

Agaknya hari ni bukan hari aku. Urusan aku untuk rujuk ke fisio pagi tadi pun, tak berjalan lancar. Fisio takde. Esok nak datang pun, kena call dulu. Aku akhirnya jejak kaki ke hospital pun sebab aku tak dapat tidur dengan elok waktu malam. Boleh bayang tak sepanjang masa urat saraf kau dicucuk2 tanpa henti?

Larat mana sangat kalau nak diurut selalu. Biasanya aku akan tertidur dalam kesakitan. Terjaga balik pun semata-mata utk sapu apa2 ubat/krim. 3 minggu berlarutan..

Mungkin sebab makan lebih awal tadi sebelum ke hospital, kami semua lapar semula. Jam 3 petang, kami ke kawasan gerai penjaja tepi Uniten Bangi tu. Situ ada laksa best. Sedap juga la makan.. Kuih muih pun sedap..

Jam 3.17 petang, aku dihubungi 1 nombor yang tak dikenali melalui voice call whatsapp. Aku tak sempat angkat plus aku tak minat nak angkat kalau aku tengok ada voice call wasap. Nak call, call lah guna line biasa.

Kemudian ada whatsapp. Gambar DP whatsapp, macam aku kenal. Eh kenapa kaklong Saidila Abdul Rahman letak DP kat whatsapp (sebab kaklong x pernah letak muka sendiri di whatsapp). Kenapa no lain nih? Tapi erm.. layan je la dulu. Kaklong pun kat Korea lagipun sekarang nih..

Boleh tengok gambar bagi perbualan aku dan scammer di whatsapp (No fon : 016-6692513)

Dan aku nih, memikirkan itu adalah Kaklong (tanpa apa2 syak wasangka), aku cakap yang aku cuma ada RM200 dalam akaun. Walaupun dalam hati, kalau aku bagi ni, baki duit aku tinggal RM60.

Tapi takpe.. Kaklong punya pasal dan dia urgent dan akan bayar balik. Aku kenal kaklong yang bukan mudah nk minta tolong orang sebenarnya. Unless betul2 terdesak. Aku sebenarnya ada sedikit perasaan pelik juga, tapi aku taknak fikir banyak. Plus serabut dok urut lengan aku ni haaa.. Sibuk layan anak aku makan juga masa tu..

Aku transfer juga RM200 ke akaun yang tak dikenali (katanya akaun client kaklong yang kaklong perlu bayar ganti rugi sebelum orang tu nak viral kaklong katanya)

Kat sini pun walaupun aku syak dah pelik, tapi aku macam tak tanya apa2. Mungkin betul lah kot urgent yang client tu saje nk hentam kaklong. Mungkin juga sejenis client tak sabar untuk kaklong pulangkan deposit travel. Serius. Itu yang aku fikir.

Padahal.. takdepun. Tiada siapa yang cancel trip!!

Aku pun tanya kaklong (dekat no fon sebenar dia). Itu pun selepas aku dah transfer. Kaklong sendiri pun hairan siapa no yang hubungi aku tu. Dan dia tiada no sementara seperti orang tu cakap..

Tepuk Dahi!

Allahu.

Aku dah kena scam? Aku bukan orang senang pun untuk discam..

Aku dah tak lalu makan. Apa aku nak buat sekarang? RM200 memang sikit nilainya bagi sesetengah orang tapi tidak untuk aku.. dan mungkinkah dilayan kalau report? Tak mengapa. Kita ikut prosedur. Report je lah kat polis. Biarlah perkara ini disiasat. Harapnya! 😌

Again. Aku tau mesti ada yang kecam. Aku tengah sakit sekarang. Aku tak boleh nak fikir banyak-banyak. Aku takut makin stress, aku makin sakit.

Agaknya sebab sakit tu kot, otak aku tak function macam zaman lawyer. Hahaha..

Bukan rezeki aku lah ni agaknya..

Walaupun harapan masih ada. Walaupun pasti orang cakap JANGAN HARAPLAH!!

Moga Allah luaskan rezeki beliau supaya tak terdesak sebegini. Inshaa Allah. Amin..

GAMBAR PERBUALAN AKU DAN SCAMMER 0166692513

SILA BLOCK NO INI – 016-6692513 (SCAMMER)

Scammer ni licik. Dia kaji tentang kau barangkali. Bijak betul ambil kesempatan.. Dan akaun yang digunakan juga berlainan. Bergerak dalam kumpulan kot. Hari ini sahaja, bukan aku seorang yang dapat mesej begini. Tapi, malangnya seperti aku cakap.. otak aku dah berat nak fikir macam-macam.. Jadi aku sorang je la kot yang berjaya di scam among yang lain..

Der.. Aku memang report polis lepas aku still bagi peluang kat ko. Dalam keadaan sakit dan teraniaya ni, aku mampu doa biar Allah je lah yang balas semuanya.. Amin..

P/S : Siapa ada terima gambar aku ke, gambar sesape yang korang kenal, tapi no yang pelik, korang pastikan mesej terlebih dahulu dekat no asal orang yang korang kenal tu.. And pasal duit, baik macam mana pun korang, hati-hati lah. Haih. Sekian.

UPDATE : ATAS DASAR PERCAYA..

Aku percaya kawan aku.. Aku tak tahu pun dari awal kena scam tu. (opkos la tak tahu. kalau tahu, takdelah kena tipu). Apatah lagi aku nak tahu nama client dia yang ‘bangla/siam/apapun’ lah tu.

Kalau dah kawan aku cakap Bill Gates tu kawan dia pun, aku pun mesti caye jugak. Aku transfer je kat Bill Gates pun..

Aku bagi cte aku tu suh korang hati2. Bukan suh korang NILAI SATU PERSATU apa aku buat tu haaa..

SATU LAGI, BACA DAN HADAM CERITA DARI AWAL. DAN AKU TAK KISAH KLU KORANG TAK FAHAM RELATIONSHIP AKU DAN KAWAN AKU NI.. Oh lagi satu.. kawan aku tu ada kat Korea sekarang. Susah dia ke, terdesak dia ke, mesti aku fikir semua tu..

Tak kisah la korang nak amek iktibar ke tak. Aku dah.

Tags:

8 thoughts on “HATI-HATI DENGAN SCAMMER 0166692513”

  1. Semoga Allah ganti lebih besar ganjaran bust Shehan.
    .
    Benar. Kita tak sedar sehingga kita di SCAM.

    MOGA IA JADI IKTIBAR BUAT AKU dan keluarga.

  2. tarmizi says:

    nak lari mana scammer. baik ko mati je.

  3. Iuzira says:

    Org mana ni, kenapa nama mcm pelik je

    1. YB Shehan says:

      baca sampai bawah ye sis. huhu. tu nama client dia katanya. nampak mcm org sabah. wallahualam. keadaan masa tu memang tak boleh nk fikir nama apa pun..

  4. Justice says:

    Kawan2 saya pun baru kena dgn scammer ni.dia pkai no gambar saya,nama saya.nampak gaya dia dah stalk fb saya dan kwn2.sbb dia ambik gambar dari situ.harap pihak polis dapat tangkap si pelaku.Kwn saya ada yg kena scam smpai rm2 ribu lebih.

    1. YB Shehan says:

      sila buat report polis

      1. Justice says:

        Dah bt laporan polis.harap2 xde dah org yg terkena dgn penyangak tu.keji betul.

      2. YB Shehan says:

        dah buat utk cover diri jer. nak tangkap, nak trace mmg ssh sbb dorg ni gerak bkumpulan. no acc pun banyak. bkn 1 jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!