Naracards Korea-Seoul Set

CLEANHERO – PAKAR CUCIAN KARPET, KUSYEN KERETA, SOFA DAN TILAM

CLEANHERO - PAKAR CUCIAN KARPET, KUSYEN KERETA, SOFA DAN TILAM (16)

Adakah kereta korang mempunyai masalah debu berterbangan, berhabuk, kotor, punyai dakwat, kusam, berkulat?

Malu juga kan kalau kusyen kereta kita mempunyai ‘peta’ yang tidak sepatutnya ada.

Kalau kusyen yang jenis kulit pula, mempunyai kesan calar, conteng dan tidak lagi berkilat seperti dahulu?

Nah Mommy kongsikan penyelesaian mudah untuk masalah-masalah di atas. Korang boleh bawa kereta korang berjumpa ‘pakar’ seperti yang Mommy lakukan nih..

KUSYEN KUSAM, BERHABUK DAN PUNYA DAKWAT PEN

Ini masalah utama kusyen kereta Mommy. Mommy boleh bayangkan betapa berhabuknya di dalam kusyen Mommy sebab setiap kali Mommy tepuk kusyen tersebut, Mommy akan nampak habuk berterbangan.

Jadi, korang boleh bayangkan tak selama ini kita sedut habuk juga setiap kali berada di dalam kereta? Erghhh..

Bukan sekadar habuk, terdapat kesan kotoran degil yang tak berjaya dicuci pun. Macam kekal abadi jer. Cuba tengok kepala kusyen nih..

Mommy pernah cuba guna air dan sabun untuk keluarkan kesan kotoran ini. Tapi tak berjaya pula keluarkan. Memang dalam hati sentiasa fikir, fabrik kusyen ni perlu dibasuh properly. Cuma tak jumpa siapakah pakarnya..

Lihat pula keadaan kusyen. Juga punya kesan tompokan kotoran. Biasalah kadang-kadang tu, tertumpah makanan dan air. Lama-lama terhasillah peta yang tidak diingini.

Di bahagian siling bumbung kereta pula, anak Mommy yang sangat kreatif tu pernah tinggalkan seni di situ.. Korang tengok lah sendiri..

Dan akhirnya, semalam Mommy dah bawa jumpa pakar. Bukan sakit je tau kena jumpa pakar. Bab cucian macam ni pun kena jumpa pakar yang betul. Supaya korang tak terasa membazir pelaburan yang dibuat, selepas lihat hasil selepas cucian. Trust me bebeh..

STEP BY STEP DEEP CLEANING BY CLEANHERO

Mommy kongsikan step by step deep cleaning yang dibuat oleh CleanHero dalam menyerikan kembali kusyen kereta Mommy.. Korang tonton dulu video yang Mommy sediakan ini..

STEP 1 : DRY VACUUM

Step 1 adalah dry vacuum di mana semua habuk-habuk di kusyen kereta akan disedut sepenuhnya. Yang bestnya, sambil-sambil dorang vakum kereta kita, siap sedut sekali kawasan-kawasan dalam kereta selain kusyen. Pelapik kaki turut dibersihkan juga. Bagus.

STEP 2 : SPRAY GUNA BAHAN CUCIAN PREMIUM DAN SELAMAT

Step 2 adalah spray bahan cucian (detergent) menggunakan bahan cucian premium dan selamat. Dijamin tidak merosakkan atau melunturkan fabrik.

STEP 3 : SCRUBBING

Step ketiga adalah scrubbing menggunakan hand drill di kusyen kereta. Jadi segala kotoran di sini akan keluar.

STEP 4 : BILASAN

Step ke empat adalah bilas dengan air yang bersih sebelum disedut semula bagi tujuan pembersihan.

STEP 5 : SEDUT AIR SABUN DAN KOTORAN

Step terakhir adalah menyedut semula air sabun dan juga kotoran yang selama ini terperangkap di dalam kusyen kereta jenis fabrik ini.

Bayangkanlah kotoran yang keluar ini. Baru 1 seat tau.. Fuh..

Nah ini hasil selepas semua seat dibersihkan. Fuh. Tanjat Mommy! Kotor gilerrr beb! Sobs.. Sedihnya selama ni sedut udara tak bersih.. Huuu.. Korang boleh tengok sendiri beza kusyen kereta Mommy selepas dibersihkan.

INTERIOR CLEANING – SILING KERETA

Selepas selesai semua kusyen, Mommy ada tunjukkan kawasan siling bumbung kereta yang penuh dengan lakaran dari anak Mommy. Lama sangat dah lakaran seni tu. Haha. Kadang-kadang nak selfie dalam kereta pun segan takut ternampak contengan tu. Haha.

Akhirnya, semua selesai dibersihkan oleh CleanHero. Betul-betul hero lah! Mommy sangat impress! Sudah hilang semuanya!!

CLEANHERO – PAKAR CUCIAN KARPET, KUSYEN KERETA, SOFA DAN TILAM

CleanHero yang ditubuhkan sejak 2016 ini menyediakan khidmat cucian fabrik profesional secara mendalam khususnya untuk cucian kusyen kereta, karpet, sofa dan tilam.

Setiap pekerja CleanHero ini terlatih tau. Masing-masing menjalani latihan profesional yang diperakui oleh badan profesional seperti WoolSafe dan IICRC untuk pembersihan permaidani dan upholsteri.

Jadi, korang tak perlu risau. Mommy sendiri pun lihat sendiri setiap langkah pembersihan yang dibuat, dan ternyata mereka memang pakar dalam kerja masing-masing.

Teknologi yang digunakan oleh CleanHero diimport dari Eropah dan Amerika Syarikat yang menjaminkan kualiti terbaik dan mesra alam, serta selamat.

DATANG KE TEMPAT ANDA

Andainya korang tak dapat ke kedai mereka, korang boleh buat temujanji untuk mereka datang ke rumah korang. Contohnya kalau korang perlukan karpet untuk dicuci dan agak sukar untuk dibawa keluar dari rumah, inilah masanya untuk korang hire CleanHero.

Mereka akan membawa semua alat pembersihan ke tempat korang dan korang just enjoy watching mereka buat kerja.

Perkhidmatan mereka ini tidak terhad di rumah sahaja, jabatan korporat turut menggunakan perkhidmatan mereka.

HARGA PERKHIDMATAN CLEANHERO

Harga untuk perkhidmatan mereka adalah berbeza mengikut jenis servis cucian. Contohnya seperti harga cucian kusyen kereta jenis fabrik 5 seater adalah RM199, kusyen kereta jenis kulit 5 seater adalah RM249. Untuk harga tilam, sofa dan lain-lain, korang boleh consult sendiri dengan pihak CleanHero. Harga juga berbeza jika dibuat di kedai atau di rumah anda.

Mereka menerima bayaran secara cash, bank transfer, kad debit dan juga kad kredit. Memang betul-betul memudahkan pelanggan.

PENDAPAT MOMMY

Pada mulanya Mommy agak concern mengenai kusyen yang basah memandangkan Mommy bawa anak-anak sekali ketika cucian dibuat. Yes, kusyen kereta kita memang akan basah memandangkan ia jenis fabrik. Melainkan jenis kulit, mungkin ia akan lebih cepat kering.

But, nama pun deep cleaning kan, mestilah ada basah. Jadi, pengaliran udara yang baik diperlukan untuk mengeringkan kusyen kita. Seperti Mommy hari tu, memandangkan pencucian dibuat di kedai, kipas yang kuat digunakan untuk keringkan kusyen kereta Mommy.

Mommy tak sarankan untuk bawa anak-anak untuk proses deep cleaning ini kerana potensi anak kebosanan itu agak tinggi memandangkan prosesnya agak mengambil masa. Tapi jangan risau, ada bilik menunggu yang tersedia di sana, lengkap dengan tv dan gitar. Sejadah turut disediakan tau. Tandas pun bersih. Haaa. Sempat Mommy tengok semua tu.

Harus diingat, mencuci tidak sama seperti memulihara. Jadi janganlah beranggapan akan nampak seperti hari pertama korang beli kereta ya. Jika kita konsisten mencuci, contohnya 2 kali setahun, kusyen kereta akan lebih tahan lama la.. Yang penting bersih dan lebih berseri.

Lagi satu, Mommy ke kedai kerana rumah Mommy tidak sesuai untuk pihak CleanHero datang. Kerana tiada sumber air dan elektrik khas dibekalkan buat penduduk rumah jenis apartment ni. Jadi, sebaiknya buatlah temujanji untuk bawa kereta anda ke kedai.

Apapun memang Mommy puas hati. Terima kasih CleanHero.

MAKLUMAT LANJUT

Andai korang ada persoalan lain, korang boleh terus whatsapp mereka di
bit.ly/tanya-hero, atau jika korang ingin melihat sendiri testimoni lain selain dari testimoni Mommy ni, korang boleh layari laman web mereka di www.cleanhero.com.my.

Korang juga boleh ikuti Instagram @mycleanhero dan Facebook mereka CleanHero – Pakar Cuci Karpet, Kusyen Kereta, Sofa & Tilam.

Alamat mereka adalah CleanHero, C-01-09, Jalan Sri Kenari 12, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor. (Location)

Dekat jerrrr..

(Visited 1,619 times, 6 visits today)
Tags: , , , , , ,

6 thoughts on “CLEANHERO – PAKAR CUCIAN KARPET, KUSYEN KERETA, SOFA DAN TILAM”

  1. Dorsett Pink says:

    bestnya. bolehlah gi antar basuh seat kereta kat sini

  2. Dorsett Pink says:

    bestnya. bolehlah lepas ni saya gi antar cuci seat kete kat sini

  3. Mariana says:

    Kusyen kereta memang cepat kotor, anak-anak sy mkn dlm kereta. Nak bawak p cuci sini juga la

  4. sueizza says:

    bestnyaaa keta kat umah ni pun seatnya alahaiiii tambah2 ada anak kecik huhuuu

    1. YB Shehan says:

      haha ye.. lps cuci, baru rasa bau wangi sket

  5. Menarik! Dah habaq kat hubby dah suh pi cuci gak nanti.
    Mama Kembar Tiga recently posted…Pusat Sains Negara Tempat Yang Menarik dan Murah!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!