Naracards Korea-Seoul Set

BIOUSAHAWAN 2019 – PELUANG USAHAWAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN


Antara sebab-sebab utama ramai berminat untuk menjadi usahawan adalah ingin mengejar peluang baru, ingin merealisasikan impian sendiri, untuk kebebasan tanpa perlu rasa dikawal oleh orang lain dan tak kurang juga memang meminati bidang keusahawanan.

Namun, apakah cukup kuat untuk lebih berjaya? Tanpa perancangan teliti dalam perniagaan, mungkin ianya lebih sukar.

Untuk pengetahuan umum, BioUsahawan 2019 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15 & 16 Mac 2019 nanti. 

BIOUSAHAWAN 2019 – PELUANG USAHAWAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN

‘Bio’   bermaksud   ‘kehidupan’,   oleh   itu   ‘BioUsahawan’   direka   untuk usahawan-usahawan dari pelbagai jenis bidang (termasuk industri agro, bio  dan  selainnya)  yang  mencorakkan  dan  mewarnakan  kehidupan  orang ramai melalui produk atau perkhidmatan mereka.

BioUsahawan 2019 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan Bioeconomy Corp ini antara lain adalah bertujuan :

  • menggalakkan  jualan  produk  dan  perkhidmatan  dalam  industri  agro,  bio dan selainnya
  • memberi pendedahan  dan  peluang  kepada  usahawan  tempatan,  startup serta PKS untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara
  • meningkatkan    kepercayaan    dan    kesedaran   tentang    produk-produk tempatan yang selamat, berkesan dan berpatutan
  • menghubungkan usahawan dan pemain industri tempatan dengan orang awam
  • menyebarkan maklumat mengenai teknologi dan keselamatan makanan

PROGRAM YANG DIJADUALKAN DI BIOUSAHAWAN 2019

Antara program yang bakal berlangsung di BioUsahawan 2019 adalah pameran demonstrasi produk usahawan tempatan dan luar negara, business matching, business pitching (BioPitch), pocket talk dan juga perkongsian pengalaman melalui #BIOCHAT bersama eFM.

SIAPA YANG PATUT AMBIL BAHAGIAN?

Untuk pengetahuan anda juga, acara ini terbuka kepada usahawan tempatan dan luar negara samada usahawan persendirian, startups, perusahaan kecil dan sederhana Malaysia (PKS), syarikat perniagaan berdaftar, pengeluar dan pembekal termasuk OEM, koperasi, agensi kerajaan, penyelidik dan juga pelabur.

3 SEGMEN UTAMA DI BIOUSAHAWAN 2019

Pempamer atau peserta boleh mengambil bahagian dalam 3 segmen utama iaitu :

  1. Bio-Based (Zon Oren) yang terdiri daripada Syarikat, Produk dan Perkhidmatan Bionexus; Kesihatan dan Penjagaan Diri; Kosmetik; Bioteknologi; Produk dan Perkhidmatan Biodegradasi (Biodegradable); serta Produk dan Perkhidmatan Kelestarian (Sustainability)
  2. Agro-Based (Zon Hijau) iaitu Teknologi Agro (Agrotech); Hortikultur; Akuakultur; Pertanian dan Penternakan; Pertanian Bandar (Urban Farming); serta Keselamatan Dan Teknologi Makanan
  3. Entrepreneurship (Zon Kelabu) iaitu Halal; Makanan dan Minuman (Agroculinary); Pembiayaan (bank dan institusi kewangan); Perdagangan (trading); Pengeluar dan Pembekal (termasuk OEM) serta Business pitching

FAEDAH KEPADA PESERTA BIOUSAHAWAN 2019

Antara faedah dan manfaat bagi program sebegini, anda mungkin mendapat peluang untuk:

  • Mendapatkan pembiayaan dan sokongan pelbagai pihak termasuk bantuan kerajaan dan lain-lain
  • Menyerlahkan penjenamaan (branding) dan profil syarikat
  • Mendapat peluang nasihat daripada pakar untuk mengembangkan dan mengekalkan perniagaan
  • Menjalinkan kerjasama strategik untuk memperkasakan perniagaan
  • Mengukuhkan kepakaran dan kemahiran untuk menjayakan perniagaan

REBUT PELUANG UNTUK DAPAT HADIAH MENARIK

Buat usahawan sekalian, ada satu lagi berita gembira sekiranya anda mengambil bahagian dalam acara BioUsahawan 2019 ini.

BIOUSAHAWAN 2019 – PELUANG USAHAWAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN

Cara untuk anda memenangi hadiah menarik ini adalah seperti berikut :

  1. Daftar dan buat bayaran sebagai pempamer di BioUsahawan 2019 dengan mengisi butiran di RISALAH dan emelkan kepada biousahawan@bioeconomycorporation.my
  2. Jawab soal selidik di Survey untuk Pempamer – BioUsahawan 2019
  3. Pemenang akan diumumkan oleh Bioeconomy Corp sebelum 15 Mac 2019. (Hadiah boleh dituntut di acara BioUsahawan 2019 pada 15 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur)

HADIAH UTAMA

1x Baucar Penginapan Percuma di Bilik Standard untuk 2 Hari 1 Malam di Hotel ibis KLCC untuk 2 orang, termasuk Sarapan Pagi (bernilai RM248++)

BIOUSAHAWAN 2019 – PELUANG USAHAWAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN

HADIAH KEDUA

1x  Baucar  Bufet  Hi-Tea  pada  Hujung  Minggu  untuk  1  orang  di  Kampung Kitchen, ibis KLCC (bernilai RM68nett)

BIOUSAHAWAN 2019 – PELUANG USAHAWAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN

MAKLUMAT LANJUT

BIOUSAHAWAN 2019 – PELUANG USAHAWAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai BioUsahawan  2019, anda boleh layari :

Untuk pertanyaan tentang pameran, sila hubungi :

Untuk penajaan, sila hubungi:

Semoga Maju Jaya Mommy ucapkan.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Tags: , , , , , ,

4 thoughts on “BIOUSAHAWAN 2019 – PELUANG USAHAWAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN”

  1. saya hendak belajar kursus uahawandan secara part-time

  2. Mohazila says:

    Peluang macamni memang sentiasa ditunggu² usahawan lebih-lebih lagi bagi yg baru mula nak berniaga.

  3. huda halid says:

    peluang keemasan untuk usahawan. Bagus sangat ada event macam ni.
    huda halid recently posted…The Buddies Cafe – Lokasi Dinner Menarik di Kuala TerengganuMy Profile

  4. mariana says:

    Hadiah best2 jugak tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!