Naracards Korea-Seoul Set

KELAS MEKAP MAK ANDAM KIRI, LAMAR WEDDING


I love makeup. Mommy jatuh cinta dengan makeup setiap hari. Tanpa makeup, rasa tak yakin jer. Haha. Nak buat macam mana kan? Terbiasa makeup, walaupun simple seperti bedak dan eyeliner. Malas macam mana pun, 2 item tu wajib.

Dan bila sebut makeup ni, kadang-kadang rasa macam betul ke Mommy buat macam ni? Cukup ke letak ini jer? Haa.. Macam-macam difikir.. ye lah.. Selama ni syok sendiri je makeup kan? Hahaha.. Jadi, penyelesaian terbaik ialah mencari ‘guru’.

Muka sebelum masuk kelas..

INSPIRE MAKE-UP CLASS BY LAMAR WEDDING

Mommy jatuh cinta dengan makeup #makandamkiri dari Lamar Wedding ni selepas tengok blogger Nadia Johari dalam event photoshoot bersama Ben Ashaari dan yang lain-lain. Macam mana mak andam kiri ni makeup cantik sangat, plus waterproof pula tu. Ye lah.. photoshoot tu dalam air, ok? Tapi, makeup maintain cantik sampai ke malam.

Terus Mommy tanya Ben Ashaari samada mak andam kiri ni buat kelas belajar makeup. Ternyata ada! Yeay!! Tq aben..

Tiba masa untuk ke kelas makeup yang dianjurkan oleh Mak Andam Kiri, yang bertempat di butik Lamar Wedding, di Batu Caves. Atau nama lainnya Sentuhan Bussaina.. Mommy ada tanya MUA Hayati, apa maksud Bussaina tu. Rupanya itu adalah nama anak sulung beliau. Unik kan? Sama juga dengan kenapa Mak Andam Kiri. Oh yang tu korang mesti tahu lah kan? Sebab dia memang mekap tangan kiri lah. Heee..

Ok back to Kelas Mekap tersebut, memang sepanjang kelas sempoi habis la. Kak Yati ajar from basic tau. Step by step. Dan Kak Yati akan pastikan kita terer apply step by step juga.

Mommy rumuskan apa yang kami belajar hari tu. Langkah-langkah makeup basic yang memang mudah tapi hasil kebabom adalah :

Primer – fungsi untuk mekap tahan lama. Kami berpeluang cuba Primer Burberry hari tu. Best giler! Harga mesti best juga tu. Mommy pun memang pakai primer sebelum mekap. Jenama Trulook. So far ok tahan lama. Ada rezeki, boleh cuba Burberry pula.

Lukis , gam dan conceal kening – part ni memang Mommy lemah la. Adoi. Kalau tergelap sangat, mesti nampak macam mak tiri. Bosan betul. So Mommy terpaksa buat natural sahaja. Jadi Kak Yati ajar slowly cara lukis, kemudian guna teknik gam untuk kemaskan bahagian tepi kening dan last sekali conceal. Boleh la sembunyikan yang comot-comot tu.

Foundation – ini paling best Mommy boleh cakap. Sebab apa? Sebab foundation ini berjaya sembunyikan gelap bawah mata dan Mommy tak perlukan concealer mahupun corrector. Full coverage! Gituh. Foundation yang kami guna adalah Naturactor. Original. Boleh beli dari kak Yati juga. Dan part paling best, Mommy baru tahu yang liquid foundation memang mudah ‘mencair’ dengan cuaca kat Malaysia ni. Kalau kat negara sejuk, best la jenis liquid.

Jadi, dengan cuaca kat Malaysia nih, lebih sesuai jenis cream seperti Naturactor ni. Korang nampak tak span tu? Mommy cuma dap-dap slow-slow jer.. Smooth jadinya. Kod Foundation sesuai untuk kulit Mommy : 151.

Shading – teknik shading ni pun sebenarnya Mommy masih lemah. Tetapi selepas habis kelas ini, Mommy dah berjaya apply. Nampak la sikit pipi tirus tu. hehehe..

Loose Powder – Selain foundation, cukup kita apply loose powder sahaja untuk kekalkan lagi makeup tersebut. Barulah dapat hasil seperti kalis air dan sebagainya. Bagus kan? Letak je banyak-banyak kecuali di kawasan shading, dan brush it guna powder brush later. Mommy guna brush Be Youtiful. Memang best.

Eyeshadow – Untuk langkah ini, Kak Yati ajar cara apply eyeshadow yang mudah tapi cantik. Mula-mula sekali Kak Yati suruh apply cream blusher sebagai base eyeshadow. Kemudian apply warna eyeshadow yang gelap sikit untuk bahagian tepi sebagai soket. Kemudian yang cerah / glitter di bahagian tengah. Part ni, Mommy kena asah skill blending lagi. But so far, dah reti sikitlah buat soket tu. Hehe..

Eyeliner – Ada yang masih tak reti apply eyeliner & mascara? Mudah jer. Untuk eyeliner, kalau Mommy mulakan dari tepi mata dan masuk ke dalam. Kalau cara Kak Yati ajar, boleh apply separuh-separuh dahulu kemudian sambung di tengah.

Bulu Mata & Mascara – Untuk bulu mata palsu ini, Mommy last pakai 2 tahun lepas masa KBBA9 Photoshoot. Tapi Mommy kurang selesa sikit sebab tebal kot. But this one memang nice sangat. Tidak terlalu over. Cuma tips sebelum pakai, kena lentikkan dahulu bulu mata tu, gamkan kemudian baru pakai. Lepas tu apply mascara. Mascara pun mudah dan biasanya Mommy tak apply bahagian bawah. Tapi Kak Yati suruh apply juga untuk lebih natural. Wah. Itu baru sikit tips diturunkan tu. Kalau korang join kelas #makandamkiri nih, lagi banyak lah korang dapat.

Blusher, Highlight – Rupanya baru Mommy tahu yang kita boleh blend je blusher dengan shading tadi. Heee. Selama ni Mommy ingat kena asing-asingkan sampai rasa takut nak apply shading. Hahaha. Barulah runcing dan glow je muka bila digabung keduanya. Gituh. Jangan lupa ratakan loose powder sekali tau..

Lipstik – Last but not least, pemakaian lipstik sudah tentu. Rupanya ada teknik juga mengikut konsep yang kita nak. Contohnya macam kami request nak Kpop, jadi Kak Yati tunjukkan cara apply yang betul, mulakan dengan bahagian tengah dahulu dengan warna lebih terang, kemudian warna lebih cerah. Cun jadinya.

Face Mist – Untuk kekalkan makeup, jangan lupa sembur Face Mist ke seluruh muka. Kak Yati ada juga jual Face Mist selain foundation & loose powder Naturactor.

Boleh nampak beza tak muka sebelum belajar dan selepas belajar? Hehehe..

LAMAR WEDDING & EVENT MANAGEMENT

Kalau korang tercari-cari wedding planner, pakaian pengantin, nak belajar catwalk untuk jadi model, juga nak buat facial, nak belajar makeup macam kami (basic sehinggalah advance pun ada), semuanya ada di sini. Korang boleh hubungi Kak Yati untuk maklumat lanjut.

Jutaan terima kasih buat Kak Yati kerana sudi menurunkan ilmu buat kami semua. Semua dah happy sangat-sangat dapat belajar dari MUA yang terkenal ni. Mommy doakan, perniagaan Kak Yati a.k.a Mak Andam Kiri sentiasa maju dan dilindungi serta diberkati Allah SWT.

(Visited 14 times, 1 visits today)
Tags: , , , , , , ,

4 thoughts on “KELAS MEKAP MAK ANDAM KIRI, LAMAR WEDDING”

  1. Nina Mirza says:

    Seronok belajar makeup ngan Mak Andam Kiri tu ari… Banyak tips kak Yati kongsikan. Nanti nak pi lagi laaaa nak try Spa dia lak..

  2. Ai says:

    Ohhhhhh barulah tau kenapa panggil dia mak andam kiri. Selama ni ingatkan nama dia Kiriah so panggil mak andam kiri.

  3. Lya says:

    Wahh bestnya main mekap2 .. syiok kan bila dah cantiks2 …. Makin cun laa She mekap

  4. Nadia Johari says:

    pergh cantik..dh pandi makeup tu..ala rugi tak dpat pergi tau..memng cantik makeup dia..wah ajar sekali dh terus pandai..bguihlaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!