sewa pocket wifi travel
Naracards Korea-Seoul Set

SUCHI – KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU


SUCHI KOSMETIK HAJI UMRAH (SET TRAVEL)| Pertama kali dengar jenama SUCHI ini sejak Ogos lepas.. Haa.. Lama dah Mommy tahu ni, tapi belum berkesempatan nak kongsi. Dalam masa yang sama, Mommy ambil peluang tersebut untuk cuba beberapa produk SUCHI ini.

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

APA YANG ISTIMEWA TENTANG SUCHI?

SUCHI adalah produk kosmetik Haji dan Umrah yang sah digunakan ketika ihram. Wah.. SAH DIGUNAKAN KETIKA IHRAM. Bukan calang-calang kosmetik nih..

Umum tahu yang memakai wangi-wangian merupakan salah satu larangan dalam Ihram. Melanggarnya tidaklah membatalkan umrah atau haji tetapi dikenakan dam. Tapi, jika dilakukan dengan sengaja maka hukumnya berdosa.

Disebabkan itu, SUCHI mengeluarkan produk kelengkapan peribadi yang boleh digunakan ketika Umrah dan Haji. Dan ianya sah jika digunakan sekalipun dalam Ihram. Kerana bebas pewangi dan alkohol.

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU
Produk ini sah digunakan ketika Ihram dan disokong oleh mantan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Apa yang ada di dalam Set Travel Umrah dan Haji SUCHI ini?

1. Pelembap Bibir (Lip Balm)

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

Ketika Haji dan Umrah atau kembara di negara luar, potensi bibir kering kerana cuaca sejuk dan panas memang tinggi. Pendapat Mommy bagi produk pertama dalam set ini iaitu pelembap bibir SUCHI memang perfect apabila diletakkan sekali sebagai pelengkap penjagaan diri.

Kali pertama Mommy cuba, ia agak berangin namun tidak menimbulkan sebarang ketidakselesaan pada Mommy. Bibir Mommy terasa lembut dan kekal lembap. Nak apply lipstik lepas tu pun smooth jer. Tapi jangan la pakai lipstik masa Umrah dan Haji pulak yer.. Kalau kering dan pecah-pecah bibir ni, memang tak selesa tau. Better ada.

Kandungan utama pelembap bibir SUCHI ini adalah ekstrak Mentega Shea (Shea Butter), Lilin Lebah (Beeswax), Minyak Bunga Matahari (Sunflower Oil) dan Minyak Zaitun (Olive Oil).  Bertindak sebagai pelindung bibir sepanjang mengerjakan Umrah dan Haji.

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

2. Gel Mandian (Body Wash)

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

Produk kedua di dalam set ini adalah Gel Mandian. Pertama kali Mommy cuba ketika di Hatyai baru-baru ini. Saiznya yang kecil agak praktikal untuk dibawa ketika kembara.

Kandungannya iaitu ekstrak minyak zaitun (olive oil), lidah buaya (aloe vera) dan daun pudina (peppermint) membantu kekalkan kelembapan badan Mommy. Berangin tau. Best jer bila pakai dalam apa jua cuaca.. Dan yang pasti, ia boleh digunakan ketika umrah dan haji.

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

3. Losyen (Lotion)

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

Produk ketiga dalam Set Travel Umrah dan Haji SUCHI adalah Losyen. Losyen yang pada mulanya berangin bila disapu ke seluruh tangan dan badan Mommy. Sudah tentu ia berangin kerana berasaskan Peppermint. Syok weh. Sejuk je rasa. Sesuai la kalau suasana panas dan kering kan?

Losyen ini diperkaya dengan ekstrak Minyak Zaitun (Olive Oil), Lidah Buaya (Aloe Vera), Minyak Bunga Matahari (Sunflower Oil) dan Daun Pudina (Peppermint). Khasiat dari ekstrak tersebut dapat mengekalkan kelembapan kulit dan merawat kulit kering dan mengelupas. Haaa.. Nice kan? Tiada pewangi jadi memang selamat dan sah ketika Ihram.

Tekstur yang ringan, tidak melekit dan mesra wuduk adalah keistimewaan lain losyen ini. Oh ya.. Selain menggunakan losyen untuk elak kulit kering, jangan lupa minum air juga tau.. Bestnya air zam-zam. Teringat-ingat pula Mommy.

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

4. Krim Tumit (Heel Balm)

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

Produk terakhir yang Mommy cuba dalam Set Travel Umrah dan Haji SUCHI ini adalah Krim Tumit. Haaaa.. Antara produk paling penting dan wajib dibawa ketika Umrah dan Haji. Kenapa?

Kerana ibadah Umrah dah Haji memerlukan kita berjalan jauh. Potensi untuk tumit merekah dan pecah tu ada. Jadi, relakskan minda dengan menggunakan Krim Tumit ini. Inshaa Allah membantu. Cuma sapukan setiap kali sebelum memulakan perjalanan.

Krim Tumit SUCHI mengandungi khasiat Minyak Zaitun (Olive Oil), Lidah Buaya (Aloe Vera), Minyak Bunga Matahari (Sunflower Oil), Lilin Lebah (Beeswax) dan Daun Pudina (Peppermint).

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

Untuk Set Travel Umrah dan Haji (Set Safa) ini, harganya cuma RM60. Boleh didapati dari laman web mereka..

PRODUK SUCHI YANG LAIN..

Selain 4 produk di atas, antara produk SUCHI yang lain adalah:

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU
  • Syampu & Perapi
  • Pencuci Muka
  • B’Fit Losyen losyen lutut
  • Krim Muka UV SPF25
  • Deodoran
  • Ubat Gigi

3 PRODUK SUCHI YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KETIKA IHRAM?

Dan untuk pengetahuan semua, SUCHI juga mengeluarkan 3 jenis produk di bawah nama SUCHI EXTRA iaitu Deodoran SUCHI Extra, Shampoo SUCHI Extra dan Gel Mandian SUCHI Extra.

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

3 produk ini TIDAK BOLEH DIGUNAKAN ketika IHRAM. Ini disebabkan produk-produk ini mengandungi pewangi dan bertujuan untuk kegunaan harian. Bukan untuk umrah dan haji. Harap semua jelas ya?

BELI DAN MENANG GOLDBAR

Yang bestnya, sambil kita membeli set ini, kita juga berpeluang untuk menang GOLDBAR dari pihak SUCHI. Nice..

Caranya ada disertakan di dalam pek. Mudah sangat. Wah.. Mana tahu rezeki dapat Goldbar kan?

SUCHI - KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web www.suchiofficial.com, Instagram @SuchiOfficial, dan Facebook Suchi Official dan Youtube Suchi Malaysia.

Tags: , , , , , , , , ,

8 thoughts on “SUCHI – KOSMETIK PENJAGAAN DIRI KETIKA HAJI DAN UMRAH MENAMBAT HATIKU”

  1. Athirah says:

    Bgs travel pek ni.. memudahkan

  2. Mmg best guna, akak usung merata pi Hatyai laa melaka lah. Harap harap ada rezeki pasni bawak pi umrah atau haji plak.
    Mama Kembar Tiga recently posted…Trip Bercuti ke Hatyai & Songkhla: Itinerari 3 Hari 2 Malam Yang Padat Tapi Best!My Profile

  3. Allene says:

    Mak mertua nak g umrah lagi jan ni, leh beli kan. Tq sharing she…

  4. mas saari says:

    Mudahnya ada kosmetik camni, nak kemana saja pun senang.

  5. Haida says:

    Terlambat tahu pasal produk ni. Kalau tak boleh lah hadiahkan buat Abang n family yg pergi umrah minggu lepas

  6. Mariana says:

    Senang nak pegi umrah ada produk travel mcmni.

  7. Nadia Johari says:

    cantik packaging dia..lengkap sangat ni..sesuai bawak pergi umrah atau haji atu travel mana-mana

  8. Ai says:

    Senang ada travel kit macam ni. Jimat ruang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!