Naracards Korea-Seoul Set

ITINERARY RINGKAS DAN KOS BAJET 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI DAN SONGKHLA

ITINERARY RINGKAS DAN KOS BAJET 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI DAN SONGKHLA (66)

Mommy akan buat entri seringkas mungkin di sini, yang mungkin membantu korang juga dalam trip murah ke Hatyai ini.

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

DAY 1 (7 DISEMBER 2018)

  • KL SENTRAL – PADANG BESAR

Bertolak jam 1130pm (6 Dis) dari KL Sentral dan tiba jam 530am di Padang Besar Railway Station. Solat subuh dan sarapan di restoran stesen tersebut. Nasi Lemak & Karipap di situ wajib cuba! Sedap gilaaa!

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

Tiket Special Train ke Hatyai mula dijual jam 9 pagi dan 230 petang waktu Malaysia (8 pagi & 130 petang waktu Thailand). Jika sampai awal macam kami dan tidak berminat untuk tunggu, korang boleh pilih untuk sewa van di situ.

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

TIPS 1 : Beratur untuk beli Special Train (1 wakil dari team sahaja dah cukup), yang lain boleh beratur dahulu untuk cop di Imigresen Malaysia. Dapatkan White Card (tunjuk tiket tu kat kaunter dalam) untuk isi details kita & penginapan di Hatyai nanti.

Kemudian beratur pula untuk Imigresen Thailand. Semua di tempat yang sama. Macam Tawaf! Panas, padat, penat, ramai orang waktu hujung minggu. Bayi & orang tua mungkin kurang sesuai sikit lah..

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

KOS : ETS KL Sentral – Padang Besar (2 hala) – Total RM608 (RM76 sehala x 4 orang x 2 hala)

  • PADANG BESAR – HATYAI

Bertolak ke Hatyai jam 1030am waktu Malaysia dan tiba di Hatyai Junction Railway Station jam 1150am waktu Thailand (sedikit lambat kerana train berhenti beberapa kali untuk beri laluan kepada train lain)

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

TIPS 2: Beza waktu – Thailand lambat 1 jam dari Malaysia. Contoh : 6am Thai, 7am Malaysia

KOS : Tiket Special Train (ke Hatyai) ONE WAY – Total RM28 (RM7 each)

  • HATYAI YOUTH HOSTEL

Memilih untuk berjalan kaki dari Hatyai Junction Railway ke Hatyai Youth Hostel kerana mengambil masa cuma 15 minit lebih kurang.

Hostel ini bersih, selesa, muat 4 orang dalam 1 bilik (katil double decker). Paling penting, strategik. Senang dapat pengangkutan awam (tuktuk especially)

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

KOS : Hat Yai Youth Hostel (2 malam) – Total RM198.12 (ditempah sejak Sept melalui Agoda)

  • KAI TOD DECHA (DECHA FRIED CHICKEN)

Memilih Kai Tod Decha sebagai tempat makan tengah hari kami di sini.
HALAL! 5 minit je berjalan ke sini dari hostel.

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

Ternyata pilihan seperti Set Nasi & Ayam Goreng (THB65), Tomyam Udang dan Teh Ais Bubble (buih banyak tuuu) memang tepat. Tapi, agak kepelikan sebab kami tak dapat buih. Hahaha.. Sedap giler! 

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

KOS : THB530 (RM68 = RM17 per person).

  • CENTRAL FESTIVAL MALL

Memilih GRAB untuk ke Central Festival Mall. Modern shopping mall di sini. Seperti mall yang biasa kita lihat dan bezanya di luar ada pelbagai hiasan dan pertunjukan.

KOS : Kos GRAB dari Kai Tod Decha ke Central Festival Mall THB80

TIPS 3 : Kalau nak gunakan perkhidmatan GRAB, jangan tunggu di kawasan Tuk Tuk yer. Mereka tak ngam..

  • ASEAN NIGHT BAZAAR

Cuma perlu berjalan sahaja dari Central Festival Mall untuk ke Asean Night Bazaar. Of course menggunakan Google Map. Hehe. Di sini ada macam-macam weh.. Boleh shopping pakaian, beg dan macam-macam lagi. Bahagian atas pula ada makanan. Heaven!

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA
ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

KOS : Kalau shopping, kos tu uncertain. Haha

  • GREENWAY NIGHT MARKET

Dari Asean Night Bazaar, kami berjalan kaki ke Greenway Night Market. Sejenis bazaar/ uptown juga. Dan agak luas tau.. Memang best juga jalan sini. Mommy cuma shopping topi pantai di sini dengan harga RM30++ duit kita. Murah la. Sebab sebelum datang, Mommy survey harga RM45+ gtu.

ITINERARY RINGKAS DAN KOS BAJET 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI DAN SONGKHLA (49)

KOS 1 : Kalau shopping, kos tu uncertain. Haha

KOS 2 : Kos GRAB dari Greenway ke hostel THB80.

DAY 2 (8 DISEMBER 2018)

  • DIMSUM CHABURA HATYAI

Sewa kereta (korang boleh install atau tanya jer driver GRAB) untuk seharian hari ini, dengan harga THB1400. Dari 8 pagi sehingga 10 malam. Destinasi pertama pagi ini ialah DimSum Chabura Hatyai.

TIPS 4 : Ambil 2 nombor. Satu kita pegang, satu letak kat tray. Nanti dia hantar lepas siap steam.

KOS : Dimsum kecil – THB15, Dimsum besar – THB20. Miang Kham – THB40. Total makan 32 kecil, 1 besar, 5 air – THB700

  • SAMILA BEACH, SONGKHLA

Perjalanan ke Songkhla Beach mengambil masa lebih kurang 30 minit (campur trafik). Di sini, terkenal dengan patung mermaid & coconut ice cream. Tapi, Mommy tak beli coconut ice cream di Samila Beach. Tunggu Mommy buat next list. Grab peluang untuk beli souvenir sini. Murah.

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA
  • PAYANAK, SONGKHLA

Dari Samila Beach, kami bergerak ke Payanak (The Great Serpent ‘Nag’). Kepala Naga di sini. Ekor boleh jumpa sebelum masuk ke Samila. Di Samila, ada ekor naga. Haaa. Besar la tu sejarah naga nih.. Tempat ni macam ala-ala kat Singapore tu la. Boleh la bergambar dengan kepala naga kat situ.

Oh.. di sinilah korang perlu cuba Coconut Ice Cream yang berharga THB25. Tempat lain contohnya di Samila Beach, THB35, tidak sesedap dan sebanyak di sini. Jadi mesti cuba ok? Ada tempat lain jual THB50 tau.. So untung kan kami?

KOS : Coconut Ice Cream – THB25

  • TANG KUAN HILL

Salah satu tempat menarik wajib singgah di Songkhla. Dapat view Songkhla dari atas bukit. Sini sebenarnya tempat beribadat mereka juga la. Uniknya di sini, naik lif yang condong. View dari atas sangat cantik. Ada banyak juga port cantik untuk bergambar.

ITINERARY RINGKAS DAN KOS BAJET 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI DAN SONGKHLA (49)

KOS : Tiket lift – THB30

  • THE CENTRAL MOSQUE OF SONGKHLA

Mengimbau kenangan Mommy di Taj Mahal, Masjid ini juga seakan-akan Taj Mahal jika dilihat dari jauh. Mommy sanggup berjalan sampai ke hujung demi sekeping gambar berharga. Singgah untuk solat Jamak di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Floating Market.

  • KHLONG HAE FLOATING MARKET

Tempat wajib datang jika ke Hatyai. Seharusnya menjejakkan kaki ke Khlong Hae Floating Market ini. Deretan bot yang memuatkan penjual makanan di situ, memang menarik perhatian pelancong untuk datang ke sini. Expect kepadatan orang ramai ye. Mommy beratur cuma untuk beli mug clay Hello Kitty. That’s all. Boleh juga cuba kerabu noodle, takoyaki & pulut mangga di sini.

KOS : Clay Mug Hello Kitty – THB30

  • KHLONG HAE SEAFOOD

Restoran wajib singgah jika datang ke Hatyai. Khlong Hae Seafood Buffet Halal. Dengan kaedah all u can eat, korang makan la puas-puas. Ada 2 dapur disediakan atas meja. Tak perlukan gas tau. Manual bara api jer k. So hati-hati juga kalau bawa anak kecil.

ITINERARY RINGKAS DAN KOS BAJET 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI DAN SONGKHLA (66)

Banyak sangat pilihan seafood, ikan bakar pun besar-besar subhanallah. Sediakan perut kosong jer.. Air pun banyak pilihan. Makan lah sampai muntah. Hahaha.

KOS : THB1156 (THB289 each)

  • LEE GARDEN PLAZA & FOOT MASSAGE

Dari restoran seafood tadi, driver kereta sewa hantar kami ke kawasan Lee Garden Plaza. Tempat cuci mata dan beli-belah. Ramai cakap sini murah. Landmarknya adalah McD. Tengah malam sikit baru meriah. Foot Massage juga banyak di kawasan ini. Murah la.. Around THB200 jer. Mana nak cari kat Malaysia harga tu. Selesai berjalan, balik tidur laaa..

DAY 3 (9 DISEMBER 2018)

  • KIM YONG MARKET

Dari hostel, kami cuma perlu berjalan kaki. Sekitar 10 minit macam tu.. Tak jauh sangatlah. Di sini terkenal dengan pilihan kekacang, dan macam-macam lagi. 3 tingkat ok? 1 level pun dah tak larat pusing. Di sini, Mommy borong kekacang dan ikan bilis tomyam jer. Mommy kongsi harga, kalau korang dapat lebih murah, alhamdulillah. Tawar jer k?

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

KOS : Gajus – 1kg THB360, Ikan bilis tomyam – 1kg THB200, Ikan bilis mata biru – 0.5kg THB200, Buah Keranji pedas – 0.5kg THB180

TSHIRT & SUSU PEKAT TRAVEL (TIUB)

Perjalanan pulang ke hostel, Mommy tersinggah 1 kedai yang menjual Tshirt Cotton tema Hatyai. Yang paling bagus, kedai tu cuma tepi Money Changer. Melampau lak. Hahaha..

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

KOS : Tshirt kanak-kanak – THB100, Tshirt Free Size – THB120, Tshirt M – THB120 (minta diskaun dari THB140), Seluar corak 3 helai – THB270 (minta diskaun dari THB300).

Singgah 7E untuk beli Susu Pekat Travel berbentuk tiub. Mommy tak beli banyak pun.. Nasib baik ambil strawberry. Ariq tak suka Choc. Susu ini juga wajib dicuba! Sedap!

ITINERARY RINGKAS DAN KOS BAJET 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI DAN SONGKHLA (49)

KOS : Teapot Choc – THB25, Teapot Ori – THB21, Palace Strawberry – THB29, Susu lupa harga.. around THB10 kot..

  • HATYAI – PADANG BESAR

Masa untuk pulang. Ambil peluang untuk cuba naik Tuk Tuk kerana luggage dah ‘beranak’. Normal sini, dekat macam mana pun, dia akan caj THB20 seorang. Sampai Hatyai Junction, terus beli tiket Special Train lagi.

Kerana memikirkan beg yang banyak, malas pula nak chartered van & berjalan di border Thai sana. Jadi, kami lalui pengalaman ‘tawaf’ lagi sekali di Padang Besar. Penat!

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

Tiket Special Train kami tidak mempunyai nombor, jadi, berdirilah kami sepanjang perjalanan. Mommy memilih untuk duduk di corner, bahagian belakang train. Selesa sikit lah kena angin. Mangsa : Luggage!

ITINERARY RINGKAS 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI & SONGKHLA

KOS : Tiket Special Train (ke Padang Besar) ONE WAY – Total THB50 each

RUMUSAN KOS PENGINAPAN + PENGANGKUTAN DAN MAKANAN DI HATYAI

Berikut kos yang Mommy dan kawan-kawan (total 4 orang) keluarkan untuk penginapan, pengangkutan dan makanan di Hatyai selama 3 hari 2 malam di sana.

A) Paid in RM

  • ETS KL Sentral – Padang Besar (2 hala) – Total RM608 (RM76 sehala x 4 orang x 2 hala)
  • Hat Yai Youth Hostel (2 malam) – Total RM198.12 (ditempah sejak Sept melalui Agoda)
  • Tiket Special Train (ke Hatyai) – Total RM28 (RM7 each)

Total A : RM834.12

B) Paid in THB

  • Sim Card True Move (Unlimited Internet) THB680 (THB170 each). Tips : Minta jer diskaun. Dia letak THB200 asalnya. Atau korang boleh sewa pocket wifi dari Malaysia (sewa sebelum pergi)
  • Makan Set Nasi Ayam (THB65 each), Tomyam (THB150) & Teh Ais Special (THB30 each) @ Kai Tod Decha – THB530
  • Makan Dimsum @ Dimsum Chabura Hatyai – THB700
  • Makan Seafood Buffet @ Khlong Hae Seafood – THB1156 (THB289 each)
  • Grab ke Central Festival Mall THB80
  • Grab from Greenway to hostel THB80
  • Grab ke Songkhla THB1400 (1 whole day) – korang boleh tanya driver GRAB
  • Tiket Tang Kuan Hill THB120 (THB30 each)
  • Tuk Tuk (1st time) ke Hostel THB80 (THB20 each)
  • Tuk Tuk masa ke Railway Station (balik) THB80
  • Tiket Special Train (ke Padang Besar) THB200 (THB50 each)

Total B : THB5106 = RM654.59 +-

TOTAL A+B : RM1,488.71 / 4 pax = RM372.18+- each

Please take note yang kos ini TIDAK TERMASUK KOS SHOPPING yerrr.. Mommy yang gila shopping sekejap nih, cuma perlukan RM200 jer la lebih kurang. Itu pun tak habis ok..

PESANAN RINGKAS : Pepandai lah korang bajet kos korang ye. So, bila korang cakap, eh i cuma RM200 whatsoever, Mommy tak boleh nak komen apa. This is our perbelanjaan. That’s it. Gunakan sebagai guideline. Sepatutnya kami tak perlu pun naik tuktuk 2 kali. Tapi, kami naik jugak sebab penat, so kos bertambah. Kami makan mewah tak ingat dunia, so kos bertambah. Ada faham?

RUMUSAN ITINERARY RINGKAS DI HATYAI

DAY 1

  • Padang Besar – Hatyai Junction
  • Hatyai Youth Hostel
  • Kai Tod Decha (Decha Fried Chicken)
  • Central Festival Mall
  • Asian Night Bazaar
  • Greenway Night Market

DAY 2

  • Dimsum Chabura Hatyai
  • Samila Beach, Songkhla
  • Payanak, Songkhla
  • Tang Kuan Hill
  • The Central Mosque of Songkhla
  • Khlong Hae Floating Market
  • Khlong Hae Seafood Buffet Halal
  • Lee Garden Plaza
  • Foot Massage

DAY 3

  • Kim Yong Market
  • Hatyai Junction – Padang Besar

ITEM WAJIB BAWA

  • Kipas tangan / elektronik
  • Sunscreen
  • Topi / Payung
  • Kaca mata hitam
  • Sport Shoes (Skechers terbaik)
  • Big luggage (confirm beranak.. hahaha)
  • Gadgets (camera, travel adaptor, etc)
  • Suntikan vaksin juga penting. Dapatkan suntikan beberapa bulan sebelum travel ya. Get advice from doctors.
  • Ubat-ubatan
  • Pocket Wifi (boleh sewa)

JANGAN BAWA Walkie Talkie & Hati2 bila memandu di sana (kesalahan besar jika melanggar pejalan kaki).

Selamat bercuti!

Follow Instagram @myapilot untuk gambar yang lebih banyak.

(Visited 26,472 times, 35 visits today)

26 thoughts on “ITINERARY RINGKAS DAN KOS BAJET 3 HARI 2 MALAM DI HATYAI DAN SONGKHLA”

  1. Jom repeat! Pulut mangga tak sempat rasa ritu huhu
    Mama Kembar Tiga recently posted…Pengalaman Menaiki Keretapi ke Hat YaiMy Profile

    1. YB Shehan says:

      tau xpa. kita p hatyai semata nak?

  2. Nina Mirza says:

    Enjoy sakan! Jom travel budget lagi. Kemana kita next year?

  3. huda says:

    best yer korang jalan dengan geng. Thanks sharing, sangat bermanfaat. Nak pergi jugak la, tapi entah bila..hehe

    1. YB Shehan says:

      pergi je. jgn plan lama2 hehehe.. guideline dah ada..

      1. shaifol bahari says:

        nk tanya berkenaan tiket ets..selalunya bila boleh start booked yea puan sbb group saya planning nk pergi 30/8 mlm..takut kehabisan tiket..

      2. YB Shehan says:

        Ya Allah. td sy slh reply.. sy igt tiket klasik kt hatyai. haha.. tren ets boleh beli online dr skrg..

    1. YB Shehan says:

      repeat repeat.. xyh p songkhla dah. pastu kita try p danok skali..

  4. TATI MANSUR says:

    Bestnya jalan2 ke Hatyai.. Tq Shehan for the itinerary n tips.. Boleh propose kat geng ni..

    1. YB Shehan says:

      sama2.. yup kak. best

  5. Nadia Johari says:

    kena cari geng nak pergi..ken atunggu anak besar baru bole pergi..

  6. Dorsett Pink says:

    Bestnya dapat bercuti

  7. Haida says:

    seronoknya baca pengalaman dan tips-tips menarik ni. teringin jugak nk jd backpaker mcm ni sekali sekala

  8. ema says:

    kemain seronok geng mak-mak ni yer..
    ema recently posted…Cermin Mata Untuk Silau dengan Lens Alpha Blue 420My Profile

  9. seronoknya percutian macamni.. padat dengan aktiviti menarik tapi hanya mengunakan kos yang rendah

  10. jana says:

    can you provide grab rental number . that one for whole day

  11. tahun 2019…amacammmmm ? krabi maybe
    Saidila Rahman recently posted…KAD DEBIT BIGPAY SCAM ? BIAR BETUL BHAI !My Profile

  12. Mun says:

    Hi, boleh dapatkan nombor grab untuk whole day? Thanks.

  13. Syafiqa says:

    Hi sis, boleh share number grab whole day tu x? Dia siap driver ye?

  14. lyana says:

    salam boleh Akak dapatkan no telefon grab yg bawa adik jln2 di songkla

  15. shalimar says:

    ni antara itinerary yang menarik…Sha nak copy laa sikit erkk..ehehhee

    1. YB Shehan says:

      silakan.. print je terus hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!