FOOD HUNTING DI JOHOR BAHRU

FOOD HUNTING DI JOHOR BAHRU

Food Hunting di Johor Bahru! I tak sabar nak share dengan uolss mengenai my recent trip to Johor Bahru. Trip kali ni agak special, berbeza dengan trip-trip sebelum ni. Nak tau kenapa?

Well, uolls pun tau kan, I memang suka sangat makan. So kali ni, I ke JB just untuk cari makanan-makanan best kat sana! From breakfast to dinner, semua I sempat cover. I tau, ramai yang akan refer to this post (u may thank me later đŸ˜‰ once uolls berada di JB. Hihi. Dah, taknak buang masa. Jom baca dengan lebih lanjut.

Breakfast Kacang Pool Haji Larkin

Breakfast di Bandaraya Johor Bahru harusla try Kacang Pool Haji. Apa tu kacang pool? Actually, ia merupakan set roti bakar yang disajikan dengan kuah kacang pekat yang dimasak dengan pelbagai ramuan istimewa, seperti daging kisar, serbuk ketumbar, serbuk kari, kacang parang, baked bean dan lain-lain lagi. Memang terangkat weii.

Lebih-lebih lagi kalau korang mintak set special (tambah telur mata kat atas). Kedai Roti Pool Haji terletak di Medan Selera Larkin Bomba. Selalunya, orang akan mintak roti extra sebab kuah yang dorang bagi tu agak banyak. So, makan la sampai kenyang ye. Heheh.

Lunch Nasi Beriani – Roslin Briani House

Johor sangat sinonim dengan nasik briani kan? So, untuk makan tengahari, I sempat try salah satu nasik briani yang agak femes kat sini iaitu di Roslin Briani House.

Restoran ni terletak di Jalan Rebana, Kebun Teh. Walaupun orang cakap takde nasik briani yang boleh beat briani gam Muar, uolls kena try dulu briani gam kat sini. Rasa keaslian tu masih boleh retain.

Appetizer kat sini terdiri daripada acar buah dan nenas, lepas tu uolls boleh pilih pelbagai jenis lauk pauk untuk dimakan bersama dengan nasik briani tadi. Ada ayam, daging dan juga kambing yang dimasak sebati dengan kuah pekat melekat. Sure teringat sampai bila-bila weii. Harga pun masih berpatutan kalau dibanding dengan tempat-tempat lain.

Cuma kalau uolls nak lebih option lauk, jangan la datang lewat tengahari. Nanti apa je yang tinggal. Orang lain dah serbu kedai ni sejak awal tengahari tau.

Mee Rebus Haji Wahid

Lepas tu, I ke Angsana Mall untuk try mee rebus Haji Wahid yang orang duk cakap legend sangat tu. Kalau ikut apa yang I baca, resepi mee rebus kat sini telah diwarisi sejak turun temurun dan Haji Wahid ni sendiri telah mula ambil alih perniagaan ni daripada arwah bapanya sejak tahun 1938.

Lama kan? Mungkin sebab tu kot mee rebus kat sini memang tak boleh ditandingi keenakannya. Kuah yang sedang-sedang pekat, ditambah pula dengan bawang goreng dan limau kasturi. Fuhh. Berbaloi I datang jauh-jauh untuk try mee ni. Macam tempat-tempat viral lain, kalau datang lambat, memang tak sempat la nak rasa der.

Dinner di Stulang Laut

Untuk makan malam, I pekena seafood dan nasik goreng femes di Stulang Laut. Kenapa nasik goreng ni femes? Haa sebab ia digoreng dengan cara yang agak unik. Part tu, uolls kena la datang tengok sendiri ;p Boleh tahan terangkat nasik goreng tu, succulent and savory!

Untuk seafood pula, I order ikan pari bakar, udang goreng pedas dan sotong goreng tepung. Kat area Stulang Laut ni banyak kedai seafood. Jadi, harga yang dorang tawarkan pun takde la semahal tempat lain. Yelaa, masing-masing bersaing nak tarik customer kan. Kita la yang untung. Hihi.

Stay 1 malam di JB.. Nasib ada App Traveloka

Cukup 4 meal course I cover untuk hari ni. Power kan? Haha tengok perut laa. I spend satu malam kat JB sebab tank dah penuh sangat untuk drive balik ke KL. Hihi. And walaupun tak plan nak bermalam, I sempat book bilik kat app Traveloka a few minutes before check in dengan harga yang sangat reasonable.

Jadi untuk uolls yang plan nak berkunjung ke JB, uolls boleh la check out app ni dan stay at hotel in Johor Bahru at throwaway prices. Amacam? Membantu tak post I kali ni? Hihi. Until then uolss, bumi ni luas, jom mengembara!

Author: YB Shehan

9 thoughts on “FOOD HUNTING DI JOHOR BAHRU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge