Naracards Korea-Seoul Set

EYE PRO VISION – KEDAI SPEK MURAH VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA. PELUANG KORANG DAPAT JUMPA ‘JAE SUK’ RUNNING MAN KAT SANA WEH!!

EYE PRO VISION - KEDAI SPEK MURAH VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA (24)

Daddy dah mengadu nak buat spek baru.. Katanya spek lama dah patah bahagian belakang. Hmmm.. memikirkan bajet sebelum ini kalau buat spek, mesti lebih dari RM300. Itu pun dah paling basic dan murah dah Mommy rasa. Pening juga ni. Sebab spek adalah kewajipan untuk dia. Dalam masa yang sama, anak nak sekolah. Banyak komitmen nih.

Sehinggalah baru-baru ini, viral kedai spek di Sungei Wang terlajak murah. Huh? Betul ke?

NAIK MRT KE SUNGEI WANG

Korang faham-fahamlah jalan sekitar Bukit Bintang gais.. Hari biasa padat, hujung minggu sendat, hari cuti lagi la ketat. Eh.. Jadi, punya nak mudah dan elak jem, kami sekeluarga pilih menaiki MRT sahaja.

Turun di stesen MRT Bukit Bintang. Jalan sikit, terus jumpa Sungei Wang. Hoyeah. Mudahnya!

EYE PRO VISION KAT GROUND FLOOR JER..

Mudah sangat nak ke kedai spek viral di Sungei Wang Plaza nih. Rupanya kat Ground Floor jer.. Korang jalan sikit dari pintu masuk tu, memang terus sampai je area nih. Mudah giler. No kedainya Lot G111.

EYE PRO VISION - KEDAI SPEK VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA

Dah sampai tu, Mommy dah serabut. Kenapa serabut? Banyak giler pilihan gaisss.. Mau rambang mata macam ni. Design spek semuanya up-to-date giler. Funky.

Korang pilih je nak jenis mana. Dari sekecil ngam-ngam saiz mata korang, sehinggalah penuh kelopak mata haaa. Siap boleh cover eyebag mata korang, kalau nak. Hahaha. Itu pilihan Daddy lah tu. Kemain besar frame yang mula-mula dia pilih. Mommy dah tergelak-gelak tengok. Tapi, stylo juga..

Mommy pun cuba juga. Tapi, muka Mommy memang tak sesuai pakai spek kot. Huhu.. Actually semalam, Mommy ada periksa juga mata Mommy. Ada silau sikit. No wonder Mommy susah nak drive malam. Takut-takut sebab silau lah kiranya..

EYE PRO VISION - KEDAI SPEK VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA

Hannah pun ambil peluang untuk diperiksa juga matanya. Ada silau sikit. Mommy syak sebab selalu tengok smart phone. Tapi, tak dinasihatkan pakai spek lagi. Sebab masih sikit silaunya. Jadi, kena kawal penggunaan smartphone lah..

HARGA MURAH KAW-KAW

Patutlah viral. Rupanya harga murah kaw-kaw gaissss.. Nah.. ini harganya..

EYE PRO VISION - KEDAI SPEK VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA
Siap dalam tempoh 1 jam (jika terlalu ramai orang, mungkin ambil masa lebih sedikit, tapi yang pasti dapat collect hari yang sama)

Bingkai (Frame) dan cermin multicoated cuma RM65 sahaja. Harga ini apply kepada semua jenis ‘power’ sehingga 400. Wah.. untung la. Boleh tukar spek tiap-tiap bulan kot? Haha..

Mommy dah tak fikir banyak dah. Boleh belanja Daddy anytime kalau harga macam ni. Haha.. Untung banyak berbanding harga biasa tempah spek di tempat lain.

Selain design yang cantik-cantik, bingkai yang ditawarkan juga tahan lasak. Korang boleh pilih dan minta nasihat Mr William di sana untuk jenis-jenis frame yang berkualiti tinggi.

EYE PRO VISION - KEDAI SPEK VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA

KOS : RM65 untuk Bingkai + Cermin Multicoated.

DEMO ALPHA BLUE 420 LENS

Tunggu dulu. Ada yang lebih gempak. Semasa Mommy jumpa bos Eye Pro Vision, Mr William, beliau ada terangkan yang Eye Pro Vision ada menawarkan lens yang bagus dan berkualiti. Alpha Blue 420 Lens namanya.

EYE PRO VISION - KEDAI SPEK VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA

Ia sangat sesuai untuk mereka yang :

  1. Silau malam
  2. Selalu menggunakan smartphone, laptop, komputer
  3. Perlukan 100% perlindungan daripada sinar biru dan ultra ungu (UV420)
EYE PRO VISION - KEDAI SPEK VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA

Jom Mommy kongsi demo mengenai perbezaan Alpha Blue 420 dan lens biasa yang Mr William kongsi baru-baru ini.

EYE PRO VISION - KEDAI SPEK VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA

Ok dah tengok dan faham? Kelebihan Alpha Blue 420 Lens ini adalah :

  1. Kalis calar
  2. Tahan lasak
  3. Kalis air
  4. Tidak mudah pecah
  5. Tiada silau langsung
  6. 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu menembusi kaca mata korang

Wah.. Superb!

KOS : Tambahan RM60 untuk memilih Alpha Blue 420 Lens ini

So, kos yang Mommy keluarkan cuma RM65 (basic frame & lens) + RM60 untuk Alpha Blue 420 Lens ini.

EYE PRO VISION - KEDAI SPEK VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA

Btw, Mommy buat tambahan extra selain dua kos di atas, iaitu Mommy memilih Pakej Sun Magic (RM250 total). Khas untuk lens bertukar menjadi warna gelap dalam tempoh 10 – 30 saat selepas terkena sinaran uv. Ianya ibarat gabungan Alpha Blue 420 dan Sunblack ini. Daddy puas hati sangat-sangat.

NAK SPEK MURAH, CARI WILLIAM!

Korang perasan tak Mommy cakap peluang dapat jumpa ‘Jae Suk’ Running Man tu? Dan dalam entri ni pun Mommy berkali-kali sebut Mr William. Haaa.. Kat kedai ini lah. Korang nak spek murah, cari Mr William ni tau. Betul weh.. muka dia macam Jae Suk. Hahah.. Untuk pengetahuan korang juga, Eye Pro Vision merupakan cawangan ketiga kedai optik mereka.

Ok kalau korang nak datang, ini full contact dan alamatnya ya..

EYE PRO VISION - KEDAI SPEK VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA

ALAMAT EYE PRO VISION

GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR

Jom tukar spek!

(Visited 1,056 times, 1 visits today)

16 thoughts on “EYE PRO VISION – KEDAI SPEK MURAH VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA. PELUANG KORANG DAPAT JUMPA ‘JAE SUK’ RUNNING MAN KAT SANA WEH!!”

  1. Hafiz Rahim says:

    Ingatkan serabut sebab banyak spek tak tersusun elok. Hahaha

    1. YB Shehan says:

      hahahahha.. actually.. erm.. boleh tak stop reading my mind? kahhhhhhhhhhhh

  2. Un pun buat kat kedai sama. berbaloi

  3. ummi nani says:

    Bebaloi untuk pakai harian
    ummi nani recently posted…Mandi Peluh ; Kaunter bayaran saman 50%My Profile

  4. Dah buat dah, ambik lens Alpha Blue tu. Memang puas hati sgt, tak risau silau mlm mlm dah
    Mama Kembar Tiga recently posted…Trip Bercuti ke Hatyai & Songkhla: Itinerari 3 Hari 2 Malam Yang Padat Tapi Best!My Profile

  5. Haida says:

    Murahnyaaa… Kena plan pergi KL ni

  6. huda halid says:

    murah yer, spek siap alpha lens dan sunblack. berbaloi sangat buat spek kat sini
    huda halid recently posted…Extra Virgin Olive Oil Dari Pons Pilihan Terbaik!My Profile

  7. Nadia Johari says:

    memang berbaloi buat dekat sini..nad pun cek mata dekat sini..seklai ada masalh silau..terus rembat

  8. Firzz Radzi says:

    Nanti nak bawak mertua i buat spek sini…

  9. ina says:

    ala,comel model yang duk kat gambar pertama tu.Sporting habis.. btw,murah dan berbaloi dengan servis kat sini yea.Dah tak payah lagi tunggu lama-lama
    ina recently posted…Hobi Terkini dengan Mirrorless Camera SONY ALPHA A5000My Profile

  10. Ema says:

    tak cukup satu beli spek harga murah macam ni kan..memang handsome dia punya owner tu yer…
    Ema recently posted…Rawat Lingkaran Gelap (Dark Circle) Bawah Mata Dengan Eye Treatment Gel dari CosmodermMy Profile

  11. wah, recomended tak ni? saya rasa saya nak cuba lah nanti bila kat situ
    resumenjob.com recently posted…Example Of Simple Resume For Job ApplicationMy Profile

    1. YB Shehan says:

      yup.. recommended..

  12. Radhia says:

    stylo la pulak semua design spec Provision ni

  13. miminadam says:

    ehh kak, memang murah ehh kedai ni? sebab ramai update kedai ni murah.. agak2 ada promo lagi tak ehh

  14. nak buat lagilah spek kat situ ….sebab murahlah sekarang dah boleh tukar2 spek…hari tu buat spek tahun 2018…ni kita nak buat spek 2019…barulah betul new year
    Saidila Rahman recently posted…BUAT STRETCHING GAYA JEPUN DI SO STRETCH , LEVEL 14 MENARA IMCMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!