sewa pocket wifi travel
Naracards Korea-Seoul Set

CHECKLIST TRAVEL KE JEPUN (AUTUMN)


CHECKLIST TRAVEL KE JEPUN | Mommy dijadualkan ke Jepun pada bulan November 2018.. Tarikh sepatutnya berlepas pada 5 November, tapi memandangkan baru-baru ini Jepun dilanda taufan, segala tarikh penerbangan AA berubah. Kami termasuk sekali. Jadi, kami dapat tukar ke 4 November. Sehari awal. Mujurlah penginapan ditanggung beres.

Persiapan kali ini akan dikurangkan daripada yang biasa (berbanding travel Mommy ke tempat lain). Pengurangan dari segi pakaian contohnya.

Mommy bersama 3 orang blogger lain travel ke Jepun Musim Luruh (Autumn) kali ini, iaitu Ben Ashaari, Ayue & Afiq Halid. Paling best, trip kami ini ditaja sepenuhnya oleh J Horizons Travel & Cosmoderm. Alhamdulillah.

JAPAN TRIP 2018 (AUTUMN) - PERCUTIAN BERSAMA J HORIZONS TRAVEL & COSMODERM

TEMPAT YANG DILAWATI DI JEPUN

3 tempat utama iaitu Osaka > Ise-Shima (Kashikojima / Shima) > Kyoto > Osaka.

CHECKLIST KE JEPUN MUSIM LURUH (AUTUMN)

Jom Mommy kongsi apa yang Mommy bawa ke Jepun pada musim luruh.

1. PASSPORT

Perkara pertama mestilah Passport. Jangan lupa bawa. Masukkan dalam beg kecil, sekali dengan wallet. Jaga elok2!

Oh.. Sebelum itu, pastikan perjalanan korang sah & tidak disekat mana-mana masalah yang berkaitan Imigresen. Terutamanya yang ada hutang dengan PTPTN. (p/s : Sekarang ni yang PTPTN memang tak disekat dah ye?)

Nak check samada korang ada masalah atau tidak, korang boleh ke laman web Imigresen (http://sspi.imi.gov.my/sspi/) dan check samada korang dah kena blacklist atau pun tidak. Nak renew passport pun tak lepas kalau kena blacklist, tahu?

Untuk ke Jepun, tak perlu VISA.

2. TRAVEL INSURANCE

Insuran perjalanan. Kalau dah jauh tu, Mommy nasihatkan belilah Insuran perjalanan korang. Mommy cuma beli sekali pakej dengan tiket flight kali ini. Senang sikit urusan..

3. TIKET FLIGHT

Pastikan lah korang beli sebelum travel. Haha. Tak beli kalu, korang nak pergi macam mana.. Alhamdulillah.. Terima kasih Cosmoderm kerana menaja tiket flight kali ini. Our team, Ayu yang uruskan part pembelian tiket & insuran AA. Kami duduk di seat 2 orang. Sumpah selesa. Terima kasih Cosmoderm kerana menaja tiket penerbangan pergi balik kami.

4. PAKAIAN

Bab pakaian di musim luruh ini, Mommy prepare seperti di bawah :

  • Jaket/ Autumn Coat

THE WESTIN MIYAKO KYOTO JATUH CINTA DENGAN KYOTO – PART 4 KEMBARA #KBBA9 2

  • Jaket nipis Kandawaris

SHERATON MIYAKO HOTEL OSAKA HOTEL PENGINAPAN STRATEGIK DI OSAKA - PART 2 KEMBARA #KBBA9 COSMODERM - J HORIZONS KE JEPUN (303)

  • Inner / Longjohn
  • Tshirt Nipis
  • Jeans
  • Socks
  • Baju tidur
  • Tudung jenis tak perlu iron seperti Bokitta (takde iron pun jangan risau, nah Mommy kongsi hack iron guna hair dryer)

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🕊YB SHEHAN🕊 (@myapilot) on

5. KASUT

Kasut kali ini Mommy cuma bawa 1 sahaja. Sport shoes. Senang bergerak. Dan harap-harap, kasut ini beri kerjasama sepanjang Mommy di sana.

Update : Malangnya, harap harga je mahal. Hahah. Dari 1st day dah tak bagi kerjasama. Sebaiknya korang cari running shoes, branded one please. Kat sana, korang perlu JALAN, JALAN, JALAN banyak! Bawa spare pun ok.

6. TRAVEL PACK COSMODERM

CHECKLIST TRAVEL KE JEPUN (AUTUMN)

Ingat Travel, Ingat Cosmoderm! WAJIB ok. Sebab dalam Travel Set Cosmoderm ini, semua dah lengkap.

Oleh kerana cuaca yang kejap panas, kejap sejuk, Vitamin E Cream sangat diperlukan untuk wajah korang untuk elak kering. Mommy dah risau sebab takut luka bibir, Vitamin E ni pun boleh jadi pelembap bibir tau. Menarik kan?

Mommy punya tahap alergi boleh tahan lagi. Tapi kalau tiba-tiba dia menyerang, menggaru la jawabnya. Mujurlah Mommy dah siap-siap bawa travel pack ni, boleh la Mommy guna Magic Body Lotion tu. Nyaman je dengan efek cooling tu.

Sabun pun ada haa. Mudah jer.. Terus rasa macam mandi kat rumah. Lengkap.

Deep Heat Lotion pun Mommy bawa sebab memang cepat lenguh pula Mommy kat sini. Leh juga sapu-sapu time Mommy sejuk waktu malam. Sangat berguna sebab Mommy sakit tumit almost everyday. Nak nangis setiap kali jalan. Kalau boleh, nak suruh orang tolak wheelchair je. Hahahahaha..

Sebab tu Mommy nasihatkan korang yang nak travel, sila bawa travel pack Cosmoderm ye. Boleh dibeli di laman web Cosmoderm atau di Watson/Aeon Wellness terpilih. Yang penting, HALAL!!

7. HAND WARMER

Beli je kat Daiso. Letak dalam poket, korang ramas-ramas je. Nanti warm la tapak tangan tu.

KEMBARA AUTUMN DI JEPUN 2018 - CHECKLIST TRAVEL KE JEPUN MUSIM LURUH

Sepanjang musim luruh ni, Mommy masih mampu bertahan daripada kesejukan. Jadi, Mommy tak gunakan langsung. Simpan je la untuk next trip. Heeee..

8. TOILETRIES

Bawa peralatan mandi walaupun tempat penginapan korang mungkin sediakan sabun & syampu. Mommy tetap bawa my fav sabun & syampu untuk keselesaan diri walaupun bersaiz comel.

Nasib sabun dah ada dalam Travel Pack Cosmoderm tu.. HALAL lagi! Barulah yakin!!

9. UBAT-UBATAN

Mommy bawa ubat-ubatan walaupun Mommy yakin Mommy sihat. Konon je lah. Mujur bawa Actifast & Peppermint. Dari KLIA2 lagi Mommy dah start migrain, sebab lambat makan. Peppermint Young Living Essential Oil memang berguna untuk Mommy sepanjang trip ini. Membantu team kembara juga bila mereka migrain dan mula demam selsema.

10. MAKANAN

Mommy ada bawa Maggi, Cloud 9 dan sambal hitam. Tapi, Mommy cuma makan Maggi sekali sahaja. Selebihnya, makan di hotel & Family Mart. Rindu pula sandwich tuna mereka. Mommy juga ada bawa Kitsui Meal Replacement untuk bantu Mommy rasa kenyang sepanjang travel.

Bab Coffee pula, Mommy memang bawa LA Coffee setiap kali travel. Selebihnya Evian / Mineral sahaja di sana. Evian around 140 yen macam tu.. Semua tempat yang kita jejak, ada vending machine. Mudah sungguh cari air pun..

11. GADGET STUFF

Abadikan kenangan korang di sana dengan gambar-gambar yang indah. Maka, di sini, gadget seperti kamera (kamera handphone pun ok) sangat penting.

Jangan dilupakan perkata lain seperti :

  • Charger kamera
  • Cable usb (beli extra in case rosak sebab selalu guna)
  • Powerbank
  • Plug extension
  • Selfie stick
  • Hard disk / OTG (external usb storage) untuk save gambar
  • Travel adapter (2 pin)

12. BOTOL KOSONG

So far, Mommy selesa je toilet di tempat yang Mommy pergi. Jadi botol kosong yang Mommy bawa, memang tak guna pun di toilet. Semua toilet ada paip air auto kat tandas duduk mereka tu.. Kecuali tandas luar seperti di stesen keretapi tertentu. Tiada tandas duduk. Hehe

13. TISU BASAH

Bawa je sebab kadang-kadang ada gak kekotoran yang kita TER sentuh. Mana tahu.. So far, Mommy guna sekali jer. Kat tandas awam stesen keretapi.

14. TUKARAN MATA WANG

Mommy pergi tukar duit di Jalan Bukit Bintang. Kadar tukaran mata wang masa tu ialah RM37.30 = 1000 yen lebih kurang.

15. LUGGAGE

Luggage, bawa la yang berkualiti. Kalau yang jenis suka OOTD tu, memang kena beg besar lah. Tapi harus diingat, ada tempat yang perlu panjat tangga. Seksa juga la bawa luggage. Tapi untuk keselesaan sepanjang jalan, ok jer luggage pun.. Tak larat angkat sorang, minta tolong team la eh? Hehe..

16. BARANG TERLARANG

Larangan seperti bateri, item berbahaya dan tajam. Untuk hand luggage pula, item seperti gel, liquid atau seangkatan dengannya tak boleh ye. Yang bawa powerbank, sila letak dalam hand luggage.

17. SIMKAD & SEWA POCKET WIFI

Tanpa internet, hidup rasa sepi. Itulah ‘nyawa’ sebagai blogger. Korang juga boleh sewa pocket wifi Samurai Wifi VisonData atau Roamingman seperti yang Mommy guna ini. Puas hati sangat sebab boleh share 5 orang sekaligus. Tiada tersekat-sekat. Laju jer. Serius. Puas hati.

Boleh juga beli simkad Hello1010. Tapi, Mommy dah puas hati dengan Roamingman dah. Mudah. Boleh kongsi, lagi jimat!

19. PEN

Korang senang hidup kalau ada pen. Bukan susah pun. Letak je dalam handbag tu. Dalam flight, korang kena isi Arrival Card siap-siap. Kat kaunter Imig pun, kena isi details juga. Macam biasa lah kan. Form yang perlu isi seperti di mana kita stay semua tu..

20. AKSESORI

Seperti cermin mata hitam ke.. kalau yang jenis suka bergaya lah.

21. SEJADAH/TELEKUNG

Untuk wanita, elok la bawa telekung travel. Syukur semua hotel yang Mommy inap di Jepun, semuanya sediakan sejadah dan kompas. Terbaik betul.

22. NOVEL

Atau apa-apa jua bahan bacaan untuk mengelakkan kebosanan. Atau tidur sahajalah..

23. PEMILIHAN PASS PERJALANAN YANG BETUL

Pemilihan PASS yang betul juga penting, mujurlah semuanya diuruskan dengan baik oleh J Horizons. Kami memilih Kintetsu Rail Pass yang sangat sesuai dengan itinerary kami.

24. PEMILIHAN TRAVEL AGEN YANG BETUL

Mommy dan team #Kembara KBBA9 bekerjasama dengan travel agen J-Horizons Travel. Bagi Mommy, itinerary mereka memang menarik dan Mommy puas hati. Penginapan, makanan, aturan tempat yang dilawati pun semua menarik. 

Boleh baca semua pengembaraan Mommy di sini.

RANCANG PERCUTIAN MUSIM SEJUK DI SAPPORO, JEPUN j horizons travel

Moga Checklist Travel ke Jepun Musim Luruh (Autumn) ini membantu sedikit sebanyak buat korang yang nak travel. Inshaa Allah.

Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama J-Horizons Travel (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Cosmoderm.

Tags: , , , , , , , ,

9 thoughts on “CHECKLIST TRAVEL KE JEPUN (AUTUMN)”

  1. Nadia Johari says:

    Kalau kita mesti banyak bawak baju..hahaaa..sebab tak dapat agak berapa nak kena pakai..kah..

  2. Dorsett Pink says:

    Kalau saya, wajib bawak span basuh pinggan dan sabun basuh pinggan . hihi

    1. YB Shehan says:

      x guna perkakas tu pun.. kt hotel pn dia bg pinggan n cawan kertas.. lebih terjamin. heeee

  3. sueizza says:

    nice info nice tips,moga2 ada peluang sampai sana.

  4. sueizza says:

    nice tips nice info moga berpeluang ke sana juga.
    sueizza recently posted…Resepi Chinese Chili OilMy Profile

  5. Ai says:

    Seronoknya gi Jepun fully sposored.

    1. YB Shehan says:

      Alhamdulillah.. Rezeki..

  6. bagus perkongsian ni..kalo ada travel Jepun wajib refer tips Shehan share ni

  7. TrackersBD Vehicle tracking system is modern technology. It safe our vehicle, also we looking our vehicle. If you go unknown place, then GPS is best friend for find any location and safety.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!