sewa pocket wifi travel
Naracards Korea-Seoul Set

ARIQ EMIR DARJAH 1.. SEBAKNYA RASA..


2019.. inshaa Allah Ariq akan menjalankan kehidupan sebagai pelajar sekolah. Bezanya, dia di dalam kelas PPKI.. Berbeza dengan pelajar aliran perdana (pelajar biasa)..

Hari ini, 29 Disember 2018.. hari orientasi untuk semua pelajar Tahun 1.. Gentar Mommy, hanya tuhan yang tahu..

Dari hari Mommy buat persiapan persekolahan Ariq, Mommy dah mula risau. Masakan tidak, nak cuba baju pun mengamuk.. Korang yang follow IG Mommy, mesti tengok macam mana dia merajuk, baring di kedai, hanya kerana menyuruh cuba baju sekolah dan kasut..

Persiapan baju sekolah dan semua peralatan lain untuk dua beradik nih, sedar-sedar RM600. Fuh.. ini mahal kat baju sekolah jer nih.. Kenapalah tak rebut baju-baju murah kat Tesco hari tu kan?

Tapi fikir balik, tak mengapa. Material elok. Warna biru nila, tak kusam cepat seperti baju cotton yang lain..

MOOD BAIK..

Ariq bagi kerjasama untuk bangun awal pagi tadi.. Tak meragam bila diajak mandi. Tapi, bila dipakaikan baju sekolah.. dia dah mula menangis.. “ini baju kakak!!”

Hahahaha.. baju kakak bukan kemeja macam ini adikk oiii..

Mood Ariq dijaga sepenuhnya. Supaya tidak terlajak kata, mengundang bencana. Haha..

Mujurlah mahu juga dia bersarapan.. Roti ikan bilis dan sekotak susu strawberry sebagai pilihan..

Bergaya dengan beg pilihan sendiri.. Favourite cartoon dia.. Cars

DAFTAR PPKI

Hari ini, 29 Disember.. tiba masa untuk daftar Ariq.. ingatkan kena beratur sekali dengan parent yang lain..

Rupanya kelas PPKI perlu mendaftar di bilik guru PPKI sendiri. Haaa.. lebih mudah dan cepat..

Dia sendiri tidak sabar untuk masuk ke kelas.. Mommy mula gentar.. Macam mana penerimaan Ariq..

Kawan-kawan yang pelbagai tahap keistimewaan, diletakkan sekelas.. Tapi, apa yang Mommy lihat, Ariq mampu dikawal dan mendengar kata. Inshaa Allah..

Haaa.. mesti ada yang tanya, kenapa kasut tak pakai? Ini bilik PPKI tau.. Kelas dan guru di bilik yang sama..

Perkara pertama mereka perlu buat ialah ke perhimpunan.. Mommy ada kongsi video mereka diiring ke perhimpunan oleh guru-guru PPKI..

Awal-awal lagi dah rasa kelakar.. 2 pelajar dah mula berlari di sekitar tempat perhimpunan. Haaa.. kurus lah guru-guru PPKI nanti. Haha.. nak marah dah tentu tak boleh.. istimewa kan?

Adik tak biasa duduk bersila. Tak pernah pun boleh nak duduk statik lama. Bila tengok keadaan begini, Mommy bersyukur. Dia boleh dengar arahan ni. Ye la.. nak mandi, nak kencing, nak berak pun minta izin Mommy dulu. Selagi tak bagi, tak pergi punya. Hahaha..

Inshaa Allah dik.. adik boleh hadapi perjalanan seorang pelajar. Mommy tak sabar untuk tengok perkembangan adik.. Inshaa Allah.

Moga rabu nanti, dia masih punya minat untuk ke sekolah. Haha.. Jujurnya Mommy sebak bercampur cuak. Ye lah.. Tak pernah ke mana-mana tadika sejak umur 5 tahun. Semuanya belajar di rumah dan terapi sahaja. Dah tentu Mommy layak berdebar. Kan?

Siapa terharu tengok Ariq dah masuk sekolah? Angkat tangan! Hehehe

Tags: , , , , ,

9 thoughts on “ARIQ EMIR DARJAH 1.. SEBAKNYA RASA..”

  1. ummi nani says:

    InsyAllah, Ariq boleh hadapi situasi baru . Tahniah Ariq

    ummi nani recently posted…Eye Pro Vision Milik William ; Kedai Spek Viral Sungai Wei,Bukit BintangMy Profile

  2. ina says:

    heyyy..kita tengok video ariq pun dah sebak juga.Tatau lah kenapa,mungkin anak ina pon sebaya ariq.Ehehehe.. Moga ariq pandai bawa diri di sekolah nnt

  3. Mariana says:

    Semoga Ariq baik2 je. InsyaAllah doa ibu makbul

  4. Nina Mirza says:

    Kita pun sebak berdebar… InsyaAllah, Moga ariq mampu hari hari mendatang dengan jayanya! Aamiin
    Tahniah Ariq

  5. Baca ni sambil senyum tapi mata berair, happy tapi sebak. Acaner tu? Hehehe. InsyaAllah Ariq boleh. Good luck encem boy
    Mama Kembar Tiga recently posted…Terpegun Jumpa Wany Hasrita…Lawanya Dia!My Profile

  6. radhia says:

    Ariq boleh punya..mummy Ariq percayala yea..hehe..btw, tahniah Ariq

  7. Huda says:

    InshaAllah Ariq berjaya lalui alam persekolahan dengan jayanya…

  8. Cik Nor says:

    InsyaAllah..aariq boleh. Good boy

  9. miminadam says:

    good job ariq, semoga maju jaya di alam persekolahan. momy pun kene strong hantar ariq ke sekolah lepas ni. .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!