Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG – TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT

TAMAN SALAK LESTARI – RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG | Ahad lepas, 28 Oktober 2018, Mommy berkesempatan ke Tapak Perumahan baru di Sepang. Daerah Sepang hari ini adalah antara daerah yang paling rancak membangun dan berjaya menarik pelabur luar untuk melabur dalam pelbagai sektor.

Lokasi yang strategik, dengan adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lagi, Mommy yakin memang tak rugi kalau kita buat pilihan untuk pelaburan hartanah di kawasan ini.

Sepanjang perjalanan Mommy ke sana, Mommy jumpa Aeon Nilai yang bakal dibuka, Kompleks Tabung Haji, IPD Sepang dan macam-macam lagi. Wah.. bukan calang-calang walaupun Sepang ni dah hujung-hujung negeri kan?

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT

ANDA MENCARI RUMAH TERES MAMPU MILIK?

Biasanya, bila sebut rumah teres, Mommy akan seram nak tanya harga. Ye lah.. Asyik dengar harga berjuta-juta sekarang ini. Mana tak seram. Tapi, di Sepang iaitu kawasan yang semakin membangun dan pesat ini, wujud satu projek perumahan baru yang 80% pembangunannya sudah siap tersedia, dengan harga mampu milik!

Projek perumahan baru di Sepang yang Mommy maksudkan adalah Projek Taman Salak Lestari, yang terletak di Kampung Baru Labu Lanjut, Mukim Labu, Daerah Sepang, Selangor.

Tips : Kat sini ada banyak jalan shortcut tau. Kalau terlajak masuk simpang yang salah ke, keluar semula. Simpang yang sebetulnya adalah yang tepi junction.

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (4)

PROJEK PERUMAHAN BARU DI SEPANG – TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT SAHAJA LAGI!

Ketika Mommy ke Tapak Projek Perumahan Taman Salak Lestari milik Fitrah Properties ini, Mommy difahamkan Teres 2 tingkat, cuma tinggal 20 unit sahaja lagi untuk dijual. Manakala Teres 1 tingkat pula, hanya 3 unit sahaja lagi yang masih tersedia. Fuh..

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (3)

TANAH RIZAB MELAYU

Projek Taman Salak Lestari ini dibina di Tanah Rizab Melayu. Apa yang korang faham tentang Tanah Rizab Melayu?

Tanah ini adalah tanah yang dikhaskan kepada orang Melayu sahaja. Jadi jika ada pembangunan di atas tanah rizab ni, hanya orang Melayu sahaja yang boleh beli.

Apa kebaikan beli di Tanah Rizab Melayu ini? Yang pertama, murah dan mampu milik.. Tunggu sehingga korang tengok harga rumah teres 2 tingkat dan 1 tingkat yang ditawarkan Fitrah Properties ini.

KEMUDAHAN & INFRASTRUKTUR

Bila Mommy tengok sendiri keadaan sekitarnya, kelebihan tinggal di sini adalah selain ketenangan, terdapat pelbagai kesenangan! Kedudukannya yang strategik apabila cuma :

  • 4 minit ke Stesen ERL Salak Tinggi, Pasaraya Kip Mart dan Mcdonald’s
  • 10 minit ke KLIA, Mitsui Outlet KLIA, Dengkil dan Nilai University
  • 15 minit ke Putrajaya, Cyberjaya dan D’PULZE
  • 30 minit ke Kuala Lumpur, Petaling, Subang dan Shah Alam
  • Dan kemudahan yang lain seperti di bawah..

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (5)

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (6)

 

HARGA RUMAH DI TAMAN SALAK LESTARI SEPANG

Rumah Teres 2 tingkat

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (7)

Rumah Teres 2 tingkat yang berkeluasan 20’ x 67′ – 69’ mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Rumah corner lot adalah seperti yang Mommy tunjukkan di sini. Sangat luas dan sesuai untuk ahli keluarga yang ramai.

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (7)

Suka part dapur ni.. Simple jer.. Corner lot memang impian Mommy dari dulu hingga sekarang. Ada ruang tanah di bahagian tepi rumah, Mommy boleh bayangkan anak bermain-main di kawasan tersebut. Berbeza bila ada rumah ‘atas langit’ (apartment), nak bermain pun, kena keluar dengan kereta. Hahah..

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (59)

Cantik kan?

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (8)

Harga yang diletakkan untuk Rumah Teres 2 tingkat ini bermula dari RM440k. Berbaloi sangat jika difikirkan dengan kemudahan sekitar dan potensi pelaburan dari luar untuk membangunkan lagi Sepang. Korang.. kalau kat KL ni, tak jumpa harga ini. Kan?

Ingat.. dah tak banyak tu.. Grab fast!

Rumah Teres 1 tingkat

Rumah Teres 1 tingkat berkeluasan 20’ x 67 pula diletakkan dengan harga bermula dari RM350k, dengan mempunyai 3 bilik serta 2 bilik air.

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (71)

Teres setingkat berada di bahagian belakang dari pintu masuk, berbanding Teres 2 tingkat yang berada di hadapan pintu masuk.

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (9)

Mommy difahamkan, daripada 17 unit rumah teres 1 tingkat ini, unit yang belum terjual cuma 3 unit sahaja lagi.

Kelebihan buat pembeli hartanah ini adalah apabila diberikan 100% kemudahan pinjaman, dimana panel bank terdiri daripada RHB, CIMB, MBB, Bank Islam, dan BSN. Dan keuntungan buat pembeli apabila Legal Fees dan Stamp Duty ditanggung oleh pemaju (Zero Entry Cost).

FITRAH PROPERTIES SDN BHD

Fitrah Properties Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah seorang bekas peguam ini telah berkecimpung dalam bidang penjualan hartanah ini sejak tahun 2013 lagi.

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (56)

Dan baru-baru ini, Perumahan AAkh milik mereka baru sahaja selesai penyerahan kunci kepada tuan rumah. Rumah AAkh yang dibina adalah terdiri daripada :

  • Rumah Berkembar 2 Tingkat
  • Rumah Teres Superlink 2 tingkat

Pun cantik!!

RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG - TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT (11)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk butiran lanjut dan pembelian, korang boleh layari dan juga ikuti

atau menghubungi mereka di talian 03-87065254

Tags: , , ,

10 thoughts on “RUMAH TERES MAMPU MILIK DI SEPANG – TAMAN SALAK LESTARI BERBAKI 20 UNIT”

  1. Azzureen Ali says:

    Design rumah nampak kemas, menarik!
    Azzureen Ali recently posted…Port lepak best padang Setia City MallMy Profile

  2. ummi nani says:

    Doakan semoga satu hari nanti She dpt rumah impian.
    ummi nani recently posted…Hi-Tea Dan Photoshoot PERKEP IPD Kajang Meriah; Tema Warna Pink PutihMy Profile

  3. Moha says:

    Cantik2 rumah.. harga pun berbaloi sgt2 ni

  4. Lan Careno says:

    Teringinnya nak beli rumah landed.. Dah dlm perancangan cuma timing kewangan x mengizinkan..

  5. Qaseh says:

    Wuuu lawa design rumah ..

  6. sueizza says:

    cantik2 design rumah

  7. Azni says:

    Bestnya klau dpt corner lot. Baguih sapa x der rmh try area sini

  8. Nadia Johari says:

    cantiksanagt rumahnya..luas besar..syok oo kalau dapat rumah ni

  9. mas saari says:

    Memang berbaloi tau beli rumah kat Salak Tinggi ni, sebab semuanya rizab Melayu. Pastu dekat dengan macam² kemudahan, tol pun takde.

  10. Suka rumah setingkat gitu, harap harap ada rezeki nak beli rumah camtu nanti..
    Mama Kembar Tiga recently posted…Rasa Lega Lepas Kena ‘Lanyak’ di SOSTRETCH..Sakit Tapi Best!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!