YEAY!! KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – J-HORIZONS TRAVEL KE JEPUN | AUTUMN IN JAPAN 2018 – PART 1

AUTUMN IN JAPAN 2018 – PART 1 KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – J HORIZONS KE JEPUN | 04112018 – The Moment Mommy dapat tahu yang Mommy akan ke Jepun tahun ini, Mommy dah melompat sakan dah! Jepun kot!! Negara matahari terbit, negara yang termasuk dalam wishlist Mommy selepas Korea. Alhamdulillah. Jangan berhenti pasang impian.

Mommy ke Jepun pada musim Luruh tahun ini. Tak sabar rasanya bila hari-hari asyik tengok daun oren tu kan? Haha. Nak merasa sendiri untuk pegang dan ambil gambar di sana!

Trip Kembara #KBBA9 kali ini adalah Trip Kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari (#KBBA9) bersama J-Horizons Travel (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Cosmoderm.

Mommy bersama 3 lagi blogger iaitu Ben Ashaari, Ayue & Afiq Halid akan menjelajah sekitar Osaka – Shima – Kyoto – Osaka selama 7 hari inshaa Allah bermula hari ini, 4 November 2018.

Bertolak dari KLIA ke Osaka memakan masa lebih kurang 6 jam, memang memenatkan unless korang naik business class ke..

Tapi, Mommy tak kisah sangat semua tu. Asalkan dapat sampai sudahhhh.. Tiket murah, untungkan kita juga sebagai traveller. Gituhhh.. Terima kasih Cosmoderm kerana menaja tiket Kembara KBBA9 ke Jepun ini.

URUSAN CHECK-IN DI KLIA

Urusan mudah jer.. Beg Mommy, selepas ditimbang 19kg. Fuh.. Limit 20kg jer. Huhu.. Ada sedikit kelewatan dari segi perubahan nama salah seorang team. Mujurlah segalanya selesai dengan mudah. Alhamdulillah..

POCKET WIFI

Pocket wifi untuk kembara kali ini ditaja oleh Roaming Man. Tak shopping takpe, internet wajib ada.. Setuju?

DISEMBARKATION CARD FOR FOREIGNER & CUSTOM DECLARATION FORM

Ya kawan-kawan. Kita adalah foreigner di negara orang. Hee.. Dari dalam flight lagi, pramugari akan berikan Disembarkation Card ini.

Tips : Sentiasa ada pen dalam handbag / pouch bag korang.

Jadi, isi betul-betul di sini.. Teringat Mommy kat Korea, ada something Mommy terlupa isi. Yang kelakar, kat kaunter takde pen weh! Kena pergi kat kaunter menulis nun di belakang sana. Pastu patah balik beratur. Serik weh. Serik!!

Jadi, hati-hatilah tanpa buat kesilapan yang sama.

Tips : Pastikan korang dah print / ada alamat lengkap tempat penginapan korang.

Declare betul-betul apa yang kita bawa dalam Declaration Form yang diberikan. Boleh semak prosedur Kastam di Jepun dahulu sebelum isi.

SEJUK TAK DALAM FLIGHT?

Seorang YB Shehan yang dalam MRT di Malaysia ini pun tak tahan sejuk, apatah lagi bila ber #ybtravelogue menaiki kapal terbang. Haha. Haruslah menahan kesejukan selalu. Jadi, wajib berstokin, bersweater dan apa sahaja yang boleh buat Mommy keep warm. Ada laki, boleh juga peluk lengan kan? Sobs.

MAKANAN DALAM FLIGHT

Tiket flight kami dah termasuk makanan sekali. Ini yang Mommy makan.

Mommy lambat breakfast, pastu makan ni jam 4 petang dah.. Masam pulak tu. Aduh.. Terus rasa acidic perut. Tak selesa betul.. Kepala dah start migrain teruk!

TIBA DI KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT (KIX)

Setibanya kami di Kansai Airport, selepas 5 jam 50 minit, kami berbincang untuk mencari pengangkutan sendiri ke hotel.

Kami terus ke bahagian kaunter yang menjual tiket. Allah. Tulisan tak faham la pulak. Hahaha.. Mujurlah ada Roamingman Pocket Wifi. Terus search jalan/route dulu.

MENUJU KE HOTEL

Di Kansai International Airport, ada banyak pilihan pengangkutan untuk ke destinasi kami iaitu Namba, Osaka. Boleh pilih nak naik bas ke, teksi ke atau train pun boleh.

Pengangkutan pilihan :

  • Tren 1 – Nankai (920 yen)
  • Tren 2 – Kintetsu Line (150 yen)

Kos :

  • Tren 1 – 50 minit dari KIX ke Namba Station
  • Tren 2 – hanya 2 stesen

Turun jer, dah sampai.. Fuhh..

Hotel ini best gilerrrr. Terbaiklah J Horizons Travel aturkan trip ini. Banyak kenangan manis walaupun hari pertama.. Tunggu next entri yer..

=========

Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama J-Horizons Travel (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Cosmoderm.

Author: YB Shehan

11 thoughts on “YEAY!! KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – J-HORIZONS TRAVEL KE JEPUN | AUTUMN IN JAPAN 2018 – PART 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge