Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW

Lebih kurang 2 minggu sebelum Mommy ke Jepun, Mommy terima parcel lagi daripada Althea Malaysia. Ini yang Mommy sayang sangat dengan Althea tau. Setiap bulan, ada je kejutan daripada mereka.

Tak sia-sia terpilih sebagai salah seorang Althea Angels. Dan sentiasa berpeluang cuba produk menarik daripada mereka. Korang boleh tengok review Mommy sebelum ini di tag > Beauty. Banyak dah Mommy dapat tau. Selain itu, korang WAJIB FOLLOW Instagram Mommy > @myapilot untuk gambar yang lebih banyak. Heee..

Produk yang Mommy terima kali ini ialah… jeng jeng jeng.. produk terbaru mereka iaitu ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY! Yes.. Mommy kebetulan memang perlukan sangat-sangat new sunscreen tau. Tak sanggup ada JERAGAT uols. Wajiblah pakai Sunaway ini tau! Tambahan pula Mommy nak travel masa tu..

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (36)

Mommy buka je pink box Althea, Mommy dah happy tersangat dah. Bukan sebab Mommy dapat 1 barang jer.. Rupanya ada 3 barang extra di samping ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY tu tau!

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (23)

Tak cukup dengan 3 barang sampingan tu, ada pula bekas yang transparent cantik nih.. Ahhhh happynya!!

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (27)

MY FIRST IMPRESSION – ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY!

Sunaway atau Sunscreen sangat penting untuk penjagaan kulit kita. Dan apabila Althea melancarkan produk terbaru mereka ini, Mommy teruja nak cuba.. Adakah ia sesuai dengan jenis kulit Mommy? Adakah ia melekit teksturnya? Adakah ia meninggalkan kesan putih-putih serbuk jika dipakai? Adakah ia mudah digunakan? Adakah ia mudah dibawa ke mana-mana? Itu antara persoalan utama Mommy.

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (61)

Dan selepas Mommy mencubanya buat pertama kali, ternyata jawapan Mommy adalah :

  • sesuai dengan semua jenis kulit > kering, kombinasi & sensitif seperti Mommy
  • tidak melekit atau berminyak
  • tidak meninggalkan apa-apa kesan putih serbuk selepas guna
  • sangat mudah digunakan
  • kecil dan mudah dibawa ketika travel
  • perlu goncang seperti liquid paper

Haaa. Itu unik tau. Kalau korang biasa guna Liquid Paper, macam tu juga penggunaan ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY ini. Korang perlu goncang terlebih dahulu sebelum digunakan.

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (42)

Terbaik kan? Harganya pula tidak terlalu mahal tau. Sebab tu Mommy suka shopping di Althea. Cuma RM43 untuk 55ml. Dapatkan di sini >> Althea Petal Velvet Sunaway.

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (30)

Kandungan utama Petal Velvet Sunaway ini adalah daripada :

  • Damask rose extract – Deeply hydrating and soothes irritations, leaving the skin feeling healthy
  • Hyaluronic acid – A humectant that attracts moisture to the skin, preventing dehydration
  • Geranium oil – Gives the skin a radiant boost and heals acne

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (30)

Jadi sebelum keluar tu, pastikan korang apply dulu Petal Velvet Sunaway ini.

ALTHEA PETAL VELVET POWDER

Sebenarnya sebelum Mommy terima parcel ini, Mommy dah gunakan Petal Velvet Powder code #Pink Lavender sebagai langkah terakhir untuk memastikan makeup Mommy tidak terjejas. Dan Mommy tak sangka, rupanya ada 2 kod lagi yang sesuai untuk semua jenis kulit (Kod Translucent) dan sedikit gelap (Kod warm Beige) untuk dicuba.

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (69)

Apa lagi. Tamak lah Mommy. Asyik tukar-tukar.. Hahaha.. Sebab kulit Mommy tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Jadi, semuanya sesuai..

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (69)

Kandungan untuk kod translucent dan warm beige adalah seperti berikut :

  • Althea seed extract – rich in antioxidants, protecting the skin from externalities and ensuring it stays nice and hydrated.
  • Polyphenols – Keeps the skin protected from UV rays
  • Saponarin – Repairs damaged cells and restores elasticity to aging skin

Manakala kandungan untuk kod Lavender pula :

  • Lavender extract – Soothes irritations helps to repair the skin. It also has aromatherapy properties to calm the senses
  • Hydrogenated lecithin – Conditions and moisturizes the skin
  • Glycerin – A humectant that attracts moisture to the skin, preventing dehydration

Kalau Mommy dah rasa kulit dah mula berminyak, Mommy akan segera touch-up menggunakan Petal Velvet Powder ini. Saiznya yang kecil, sangat sesuai dibawa ke mana-mana tau..

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW (60)

Jom dapatkan di laman web Althea juga, dengan harga cuma RM16 (Beli Petal Velvet Powder) dan RM17 (Beli Petal Velvet Powder kod Lavender). Murah sangat tu!

Terima kasih Althea!

Tags: , , , , ,

4 thoughts on “ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY REVIEW”

  1. mas saari says:

    Jatuh cinta jugak dengan dua produk comel ni, best sangat!

  2. suka sunaway nie x melekit

  3. Nadia Johari says:

    memang best petal velvet ni..belum review lagi..ok je dekat muka

    1. YB Shehan says:

      yup. i is bawa merata2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!