Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

PENGALAMAN DI CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018

Mommy berkira-kira antara hendak pergi atau tidak pada mulanya. Salah satu sebab ialah hari yang sama, Mommy ada event lain. Plus, Hannah masih di minggu final exam.

Nak pergi atau tidak?

Akhirnya, 27 Oktober 2018, Mommy buat keputusan untuk pergi sebab Mommy dah tekad. Demi Cuckoo, Mommy kena buat sesuatu. Bukan… ayat sepatutnya, demi merubah hidup, Mommy kena buat sesuatu melibatkan Cuckoo. Korang paham ke tak? Hahaha..

Jadi, Mommy dan 3 jiran Mommy bersama-sama ke program ini. Sebetulnya ada lagi 2 orang, tapi tak dapat join atas faktor yang tak dapat dielakkan.

Dari jam 530 pagi Mommy dah terjaga. Semangat eh? Ye la kot.. plus Mommy pun nak mekap bagai. Bangun awal pun takde la isu terlambat nanti. Janji dengan jiran pun, jumpa pukul 7 pagi. Memang ngam-ngam lah kul 7 tu. Haha.. Bagus jiran-jiran iols nih. On time..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018

geram plak tengok pipi makin kembang. . grrr

730 pagi di MRT Stadium Kajang. Masing-masing dah ready kad TNG. Terus ke stesen. Mommy lead sebab Mommy dah biasa naik MRT. Plannya, dari Stesen MRT Stadium Kajang, kami akan turun ke MRT Bukit Bintang. Kemudian naik monorel BB menuju Bukit Nanas.

Kelakar betul, asyik sangat menyembang, dari isu penjagaan muka, scrub guna beras yang disangai lah, sehingga lah isu-isu lain, kami terlajak 2 stesen. Tak pasal-pasal kena turun untuk tukar pula. Hahahha..

HQ Cuckoo sebelah MRT Bukit Nanas jer

HQ Cuckoo terletak dalam Menara Bangkok Bank (MBB), Berjaya Central Park. Turun je Monorel Bukit Nanas, dah sampai kat bangunan sebelah tu.. Senang sangat lah kalau nak datang lagi lepas ni. Manalah tahu, masa tu dah jadi NM, kena selalu datang meeting. Ecewah..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (2)

Memandangkan jam masa tu masih lagi 8 lebih, kami decide untuk makan dulu. Sini tiada kedai makan kecuali Starbuck dan 7E. Dan buat pertama kali, Mommy beli nasi lemak 7E, mereka yang lain cuba mihun goreng. Tapi, nak makan kat mana? Adeh..

Pergi ke MBB, takde tempat. Last-last kami ke Bus Stop. Kelasss kau.. Breakfast sambil layan kereta lalu lalang. Hahaha. Pengalaman beb! Ini belum kira lagi masa balik. Monorel tak function. Terpaksa naik grab. Grab mula-mula buat perangai salah jalan. Haha. Macam-macam..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (2)

Pendaftaran..

Jam menunjukan 955am masa Mommy mendaftar untuk naik ke level 16, HQ. Mujurlah masih dalam tempoh pendaftaran. Rasa macam lama sungguh menunggu. Benarlah.. bukan senang nak senang. Tiberrrrrrr..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (8)

Jakun la sekejap nak naik MBB nih.. Kau kena touch kad kau, dan tengok lif mana kau perlu naik. Terus direct dia bawa ke designated level. Tak perlu singgah mana2 level lain dah.

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (2)

tanda-tanda seorang jakun, ini pun nak snap! Haha

Setibanya di tingkat 16, kami ke bilik training.

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (8)

Beratur untuk ambil T-Shirt pula. Yuran pendaftaran ialah RM50 seorang.. dapat tshirt saiz L. Adeh. Terasa muslimah sangat hari ni. Pabila tshirt menutupi bontot sepenuhnya. Alhamdulillah. Insaf. Huhuhu..

Cuckoo The Strongest Force 2018 yang ke 81.. Fuhh..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (25)

Jiran-jiran pun nak ada kenangan juga. Awesome kan. Jiran mempunyai minat yang sama, namun impian berbeza.

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (24)

Masing-masing dah get ready. Baru nak duduk, dah start beraktiviti. Kami perlu buat aktiviti pertama iaitu Ice Breaking.

Memandangkan peserta sangat ramai kali ini, kami dibahagikan kepada 12 kumpulan di mana ada lebih kurang 10 ahli.. Haaa.. Ramai kan?

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (24)

Kawan2 yang baru kenal melalui group King Of Poyo hehe

Group Mommy merupakan group ke 6, mewakili group King (nama produk Cuckoo lah opkos).. Dan kami perlu menjadi sepoyo-poyo mungkin untuk war cry nanti.

Idea memang takde sangat. Hahaha. Belasah je la. Asalkan masing-masing bagi kerjasama. Hehe..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (1)

Serius tak tahu macam mana nak jadi poyo. Last-last, korang terus terang je yang korang KING of POYO. Bahahahaha. Literally translate betul!

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (11)

Aktiviti ini standard lah kalau pergi apa-apa event macam team building ke kan.. Sambil berkenalan orang baru..

BIG WHY, FORUM & LAW OF ATTRACTION

3 topik besar yang dibincangkan dalam Cuckoo The Strongest Force 2018 ini. Mommy hanya boleh cakap yang setiap panel yang bercakap 3 topik ini, memang Mommy kagum betul-betul.

Dugaan nak berjaya tu, bukan mudah tau. Kita hilang RM50 pun, pening kepala mana kita letak. Permulaan mereka menempuhi onak duri sebelum masing-masing bergelar NCM sekarang (Natural Chief Manager), bukanlah calang-calang.

Baca : Punca terjebak dengan Cuckoo

Mommy hanya mampu berdoa yang Mommy mampu ubah hidup Mommy dan keluarga. Paling penting, nak buat apa pun tak perlu risau baki akaun dalam bank. Aci tak? Hahahaha..

Balik kampung, selamba hulur any amount. Shopping habis-habisan macam esok dah takde. Allahu. Tinggi sungguh impian tu ha.. Yang penting, semua orang bahagia. Inshaa Allah.

Sekarang ni pun, kadang-kadang Mommy terpaksa curi masa untuk hadap anak-anak. Serius cakap. Walaupun biasa-biasa, tapi kekangan kerja tak henti-henti nih, rasa macam nak stop jap masa. Tak kerja, Mommy tak dapat income. Jadi, macam mana?

Anak minta beli kad kupon nak main game kat sekolah pun, berkira-kira. Jadi, inilah penyebab Mommy nak ubah hidup keluarga kami. Kalau boleh, tiap-tiap bulan ada shortgetaway untuk keluarga Mommy. Moga Cuckoo berjaya merubah kehidupan Mommy inshaa Allah..

Baca : Kenapa Mommy join Cuckoo?

Pengisian topik tidak dapat Mommy kongsikan di sini. Tapi apa yang Mommy nak cakap, memang berbaloi datang dan dengar semua perkongsian ilmu di program ini.

Bersama tokoh hebat..

Mommy bersama NCM Fadzli Rosli yang muda giler beb.. Baru 25 tahun. Jauhnya dari ahkak. Hebatnya dia, 60K sebulan selamba. Sobs.. Tabik! Beliau merupakan MC untuk program hari ini..

Yang sebelah NCM FR ialah NM Elle. Inilah jiran Mommy yang bawa Mommy ke dunia Cuckoo. Heheh.. Dah banyak kali cerita kat entri Cuckoo yang lain. Heee..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (4)

Bersama NCM Firo yang inshaa Allah road to NCO (Natural Chief Officer) tak lama lagi. Hebat tul.. Cerita kebangkitan selepas kejatuhan itu, sedikit sebanyak mendorong semangat Mommy supaya tidak berputus asa. Terutama apabila memikirkan Mommy ada anak istimewa..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (5)

NCM Rangga yang mampu bercakap 2 jam tanpa henti, tanpa teguk air sikit pun, dan peserta tak mengantuk langsung. Magik sungguh. Mommy rasa, kalau Mommy bercakap 5 minit pun, Mommy dah start bosan dengan diri sendiri. Kahkah.. Gelak la woi.

Ayat favourite dia “dapat tak apa yang saya sampaikan?” Hahaha. Terngiang-ngiang beb! Tak sempat pula nak selfie dengan beliau. Rugi!

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (16)

“dapat tak apa yang saya cuba sampaikan?”

Rejection.. Jangan kecewa! Next. Next. Cari yang lain. No wonder beliau cipta rekod paling ramai rekrut orang. Fuh..

Bersama NCM Muiz. Haaa yang ni part paling best! Berjaya buat hati Mommy dan yang lain setisu-tisu habis!!! Sape tak nangis tu, kau memang kental, roy! Tiberrrr.. Kenapa Mommy tengok dia macam P Ramlee eh?

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (26)

Dibukanya sound ala-ala syahdu, disuruh kita bayang segala pengorbanan, Mommy dah tak mampu tahan!

Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada di hati Mommy masa tu. Apa masalah yang Mommy lalui. Apa tekanan yang Mommy hadapi. Allah. Mommy tak kuat!

Mujurlah Mommy tahan diri daripada meluahkan di depan orang ramai.. Sebab Mommy tahu, tiada siapa boleh menolong melainkan diri Mommy sendiri..

Inilah sebabnya kenapa Mommy join program sebegini. Semangat ini jangan pernah berhenti. Inshaa Allah..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (19)

Banyak sangat ilmu Mommy dapat sepanjang sehari suntuk di training centre, Cuckoo HQ ini. Dari jam 9 pagi, hingga 8 malam, Mommy rasa nak lagi datang program yang membuka minda sebegini..

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (26)

Team Elle Marketing

Terima kasih Cuckoo. Moga pilihan saya tepat!

CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018 (26)

Semua peserta Cuckoo The Strongest Force 2018 yang ke 81

Amin YRA. #thinkpositive

Oh ya.. Korang berminat nak cari PENAPIS AIR CUCKOO atau berminat menjadi EJEN CUCKOO seperti Mommy, just whatsapp me jer ok?

http://ybshehan.wasap.my

Jangan lupa follow IG @myapilot, @ybshehan.cuckoo hari ini. Now Now! Thank you. May Allah Bless you. I love You. Gituhhhh..

Tags: , , ,

5 thoughts on “PENGALAMAN DI CUCKOO THE STRONGEST FORCE 2018”

  1. Huda says:

    Good luck shehan.. semoga berjaya capai impian .

  2. Dorsett Pink says:

    syabas YB. Semoga impian YB bersama cuckoo ni menjadi kenyataan satu hari nanti.. semoga suksess.. Saya doakan YB berjaya

  3. Dorsett Pink says:

    semoga impian Yb bersama cuckoo ni menajdi kenyataan 1 hari nanti

  4. Good luck Mommy! Moga murah rezeki & success with Cuckoo
    Mama Kembar Tiga recently posted…BFF Trip Bercuti di Cameron Highlands: Nasi Lemak Sambal Strawberry dan Waffle Sedap!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!