Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

LaF LOST AND FOUND WATER BOMB AMPOULE – MY FIRST IMPRESSION!

LOST AND FOUND WATER BOMB AMPOULE [LaFSeoul] | Kali ini Mommy berpeluang untuk cuba salah satu rutin penting dalam penjagaan wajah kita iaitu Ampoule. Ampoule ini sebenarnya adalah yang ke 6 daripada 10 langkah penjagaan wajah mengikut cara orang Korea.

Nak jaga kulit, kena lah extra rajin sikit. Tambahan pula dengan faktor umur, sedikit sebanyak kolagen dalam kulit kita pun makin berkurangan. Nak tak nak, kenalah ‘ganti’ sesuatu. Satu lagi.. kulit kering boleh jadikan kita ‘matang’ dari usia sebenar tau..

Langkah ke 6??

Betul. Dalam penjagaan kulit Korean Style, langkah-langkah yang Mommy maksudkan adalah daripada:

1. Makeup Remover / Oil Cleanser
2. Pencuci Muka
3. Scrub/Exfoliator (weekly)
4. Toner
5. Essence
6. Serum / Ampoule
7. Mask (weekly)
8. Eye Cream
9. Moisturizer
10. Night Cream / Sunblock

Rajin tak? Kenalah rajin beb! Baru lah dapat kesannya nanti. So kali ini Mommy nak cerita tentang Langkah ke 6 iaitu penggunaan Ampoule.

LaF LOST AND FOUND WATER-BOMB AMPOULE - MY FIRST IMPRESSION! (20)

Apa beza Ampoule & Serum ni sebenarnya?

Ampoule & Serum sebenarnya lebih kurang jer. Kalau sebut Ampoule, mesti korang pun imagine yang botol kecil dan perlu dipecahkan di bahagian atas tu kan? Tekstur Ampoule sedikit cair berbanding Serum yang agak pekat.

Bahan aktif di dalam kandungan Ampoule lebih tinggi dan lebih senang meresap kelapisan dalam kulit. Ampoule bertindak sebagai skin booster supaya penyerapan berlaku dengan lebih dalam lagi ke dalam kulit.

Kalau essence (gabungan toner + serum), majoriti orang Korea memang tak tinggalkan langsung untuk pakai, sama juga pentingnya untuk memakai Ampoule. Ampoule ni versi essence yang lebih padat.

Seperti serum, Ampoule didatangkan pelbagai jenis mengikut jenis kulit. Seperti jenama LaF ini, ada 3 jenis Ampoule.

LaF LOST AND FOUND WATER-BOMB AMPOULE - MY FIRST IMPRESSION! (2)

APA ITU LaF?

Sedikit maklumat mengenai LaF yang ingin Mommy kongsi di sini, LaF merupakan singkatan perkataan Lost (masalah) and Found (penyelesaian), mengenai permasalahan kulit (umumnya) dan LaF adalah jenama kosmetik inovatif yang memberikan penyelesaian pantas dan selamat bagi permasalahan kulit ini. Produk ini dihasilkan di Korea.

LaF LOST AND FOUND WATER-BOMB AMPOULE - MY FIRST IMPRESSION! (15)

LaF LOST AND FOUND WATER BOMB AMPOULE – MY FIRST IMPRESSION!

Mommy diberi peluang untuk mencuba salah satu LaF Ampoule ini, iaitu LaF Lost and Found Water Bomb First Impression mengenai @LaFSEOUL Lost and Found Water Bomb Ampoule :

BEST!! Nice smell!! Tidak melekit dan senang apply makeup selepas gunakannya..

LaF LOST AND FOUND WATER-BOMB AMPOULE - MY FIRST IMPRESSION! (17)

Itu rumusan Mommy selepas mencuba LaF Water Bomb Ampoule buat pertama kali.. Haaa.. awal-awal lagi dah seronok yer!

LaF LOST AND FOUND WATER-BOMB AMPOULE - MY FIRST IMPRESSION! (12)

Cara gunakannya pun tak susah. Macam yang Mommy cerita mula-mula tadi, tekstur Ampoule biasanya sedikit cair berbanding serum yang agak pekat. Jadi, memang memudahkan Mommy dalam menggunakannya setiap hari.

LaF LOST AND FOUND WATER-BOMB AMPOULE - MY FIRST IMPRESSION! (18)

 

Wangi, ringan di wajah dan tidak melekit.

CARA GUNA LaF LOST AND FOUND WATER BOMB AMPOULE

Jom tengok cara Mommy gunakan LaF Lost and Found Water Bomb Ampoule ini..

Cara menggunakannya memang mudah. Selepas korang apply toner (kalau tak apply essence lepas tu pun ok jer), korang boleh terus sapu Ampoule ini. Tak perlu banyak pun.

LaF LOST AND FOUND WATER-BOMB AMPOULE - MY FIRST IMPRESSION! (20)

Kandungannya yang terdiri daripada Sodium Hyaluronate akan memastikan kulit kita sentiasa terhidrat sepanjang hari serta kelembapan daripada air daun lidah buaya dapat mengurangkan kulit sensitif yang disebabkan oleh pelbagai faktor luaran.

LaF LOST AND FOUND WATER-BOMB AMPOULE - MY FIRST IMPRESSION! (11)

PENDAPAT MOMMY

Mommy bertuah kerana berpeluang mencuba LaF Lost and Found Water Bomb Ampoule ini dan menjadikan rutin penjagaan kulit Mommy lengkap.

Kalau sebelum ini, Mommy jarang gunakan serum/ampoule, tapi selepas Mommy gunakan jenama ini, kulit Mommy semakin lembut, halus dan lembap.

Dan macam makin cerah pula rasanya.. Heheh.. Ye la…Bila kulit kering, semuanya macam kusam. Jadi, kena lah rajin sikit untuk hasil yang memberansangkan.

LaF LOST AND FOUND WATER-BOMB AMPOULE - MY FIRST IMPRESSION! (14)

Boleh dapatkan di Guardian dengan harga RM47++. Maklumat lanjut mengenai LaF, korang boleh follow Instagram Laf Malaysia @lafmy dan Facebook @LaFSEOUL sekarang.

Nak extra cantik? Jom shopping di Althea Korea.

Tags: , , , , ,

35 thoughts on “LaF LOST AND FOUND WATER BOMB AMPOULE – MY FIRST IMPRESSION!”

  1. Nadia Johari says:

    Nampak macam serum, tapi bukan serum..hehee..tapi mesti best ni..tak melekit kan..pakai sebelum makeup mesti best ni

    1. YB Shehan says:

      yup. tak sepekat serum. mmg mudah apply. ringan dan cepat serap

  2. ayuejean says:

    Cam best je serum ni….
    Nak try la…

  3. ayuejean says:

    Cam best je..
    Bleh try ni nnt…

  4. mas saari says:

    Menarik, makin cantiklah she.

  5. JULIA JOHARI says:

    Lost + Found…menarik maksud nama produk ni…nampak sejuk je tekstur dia. Menarik

  6. rajimon says:

    Kalau jejantss macam ai pakai leh chantek tak?

    1. YB Shehan says:

      opkos boleh.. dorg sana, laki pmpn sma naik jer jaga kulit. heheh. yg penting tahu jenis kulit

  7. Hafiz Rahim says:

    Owh tak la mahal mana eh. Nanti tanya wife dia nak try ke tak

  8. Wooo. Macam best jeeeee

  9. Tu lah…rasanya pernah ternampak LaF ni di Guardian. Dok teragak nak beli. Rupanya boleh gantikan serum. Cantik! Serum eiza pun dah nak habis..boleh guna LaF.

  10. mei says:

    patutlah cantik rupanya pakai product ni

  11. Menarik. Harga tak mahal sgt tu. Nak pi tgk kat Guardian lah

  12. Haida says:

    Patutlah She semakin berseri sekrang ni. Inilah rahsia dia ye… Menarik jg tgk serum ni

  13. Moha says:

    Wah.. tak melekit tu yg best.. cam berkenan pulak nak cuba

  14. Lan Careno says:

    Patut la laki korea kulit helok2..

  15. Ooo baru tau serum and ampulse tu berlainan hahaha

    Secretary Kim recently posted…SAMSUNG NOTE 9 Midnight Black , Hadiah Tahun IniMy Profile

  16. Ann Noura says:

    Sama kan macam function serum.. Hihi macam besttt

  17. ummi nani says:

    Macam serum kan…betul nak jaga wajah kena rajin..masalahnya tak berapa nak rajinn

  18. Eirna says:

    Nama yg menarik…Botol pun cantik…First time dgr nama produk ni.

  19. Dura Norell says:

    Nama dia pun dah cambest.. hehe

  20. inA says:

    patut bersinar mcm kulit korea mommy yea.Cantikn skin.. nampak fresh kulit..

  21. azni says:

    ooo so ampoule ni lagi halus lah yer

    1. YB Shehan says:

      x sepekat serum tp kesan mantap. pakai selepas essence. essence mmg wajib bg org korea

  22. macam best nye serum ni…
    murah pun murah…

    1. YB Shehan says:

      ampoule x sepekat serum.. tp both function lebih kurang sama..

  23. Azzureenali says:

    Tengok kak she review, rasa excited nak cuba jugak. hahaha

    1. YB Shehan says:

      cuba2.. jgn x cuba..

  24. Nina Mirza says:

    Alamak… Tertarik kat. yang warna pink tu laaa .. Asal ada ayat anti wrinkle jerr rasa nak cuba!
    Nina Mirza recently posted…BEST ke , Bagus ke Anti Wrinkle Premium Cream Himalaya ?My Profile

  25. Sis Lin says:

    Ye laaa nampak beza mukanya tu walau tak pernah kita jumpa tapi nampak ketara bersih dan natural..
    Mana nak cari ek..kena carik gak ni…

  26. Nampak segar jer muka shehan..

  27. airah says:

    banyak review best produk Laf nii.tak sabar nak cuba jugak

  28. Ai says:

    Rahsia awet muda kak shehan =P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!