Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

HANNAH KENA BULI?

Gambar Hiasan.

Kalau selama ini, Mommy hanya baca kisah-kisah buli ini di dada akhbar. Tak sangka betul kali ini betul-betul terjadi kepada anak Mommy sendiri. Kisah semalam, 24 Oktober 2018.

“HANNAH KENA TUMBUK KAT MUKA, MOMMY!”

Sambil esak-esak..

Fuhhhh.. Dah kenapa pulak? Siapa pulak tumbuk?

Pada mulanya, Mommy memang ada ternampak Hannah mundar mandir dalam sekolah. Dalam fikiran Mommy, hilang beg kah? Wallet kah? Kalau nangis tu biasanya sebab dia sendiri rasa bersalah..

Rupanya tidak!

Tutup enjin kereta, ajak both anak Mommy keluar dari kereta dan masuk ke kawasan sekolah..

Mommy dah pasang black belt dah.. Ok gurau..

Mommy masuk dan tanya budak-budak sekeliling, siapa yang tumbuk muka Hannah?

Ramai kerumun kat Mommy masa tu..

“Kenapa Auntie? Hannah kenapa? Tadi ada budak buat Hannah kan? Budak tu memang ganas”

Antara ayat-ayat yang keluar dari mulut mereka.

Auntie nak panggil siapa yang tumbuk muka Hannah.

Kelam kabut masing-masing cari budak yang cari pasal tu..

2 orang, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Muka Mommy yang serius, mungkin dah menggerunkan mereka. Ye lah.. Parent kan? Samseng sangat, silap ler..

“Saya buat sebab dia suruh. Saya tumbuk sebab dia (T) suruh saya tumbuk mulut dia”, jawapan kanak-kanak lelaki yang bernama N.
“Kenapa T suruh awak tumbuk?”
Terdiam..

Hmmm..

Mommy berkira-kira nak bawa kes ni ke Guru Besar atau Guru Disiplin sekolah.

“Auntie nak awak berdua minta maaf dekat anak Auntie dan janji jangan buat lagi”

Hmmm..

Tangan bergetar, hati menahan marah. Baru darjah 1, dah pandai nak buli orang ye? Dah la buli senior, perempuan pulak tu. Haihhh..

Hannah dengan Ariq pun, bukan nak melawan kadang tu. Mampu nangis je. Macam apa yang jadi ni la.. Nangis. Tu je la..

Terus Mommy whatsapp group besar sekolah, yang dalamnya ada guru besar, cikgu dan parent tahun 1 hingga 6.

 

ANAK DIBULI DI SEKOLAH

Itu je harapan Mommy. Biar pandai belajar di sekolah takpe.. Jangan pandai buli jer..

p/s : Mula-mula wonder juga, wakil sekolah langsung tak mesej Mommy. Sehinggalah malam tadi, guru kelas tahun 1 tersebut mesej Mommy minta nama pelajar tersebut untuk dipantau. Terubat sikit lah hati.

Mommy harap kejadian ini tidak berulang lagi..

Tags: , ,

5 thoughts on “HANNAH KENA BULI?”

  1. Dura Norell says:

    Betul she. Dura pun risau perangai dak2 sekolah rendah zaman sekarang. The Zizis pun banyak kali ngadu kengkawan suka tarik2 tudung dorang sampai tercabut nampak rambut. Dura suruh dorang jerit panggil cikgu je. Tapi kalau serius sampai bertumbuk bagai, mmg kene panggil guru kelas dengan mak pak budak2 tu sekali ler jawabnya..

    Dura Norell recently posted…Pameran Robotik di Festival Sains Petrosains KLCCMy Profile

  2. Nadia Johari says:

    allahu, kesian hannah..berni sungguh budak-budak zaman sekrg ni

  3. JULIA JOHARI says:

    Bila baca situasi ini, sama ada anak sendiri atau anak org lain buli, atau anak sendiri kena buli….mmg julia kena bertindak cara positif mcm she buat. Betul cari budak tu dh demand sorry, kalau tak bawa kes ke guru besar utk pantauan…kdg2 kan she kita rasa alaa perkara kecil budak2 gado…tp kalau biar berlarutan kecil2 dah pandai bertumbuk bagai, not nice…harap hannah tak fobia nak pi sekolah…harap sgt dia kuat.

    Abg Qi nak Darjah 1 tak lama lagi, byk kali even di tadika pun, jangan buat kawan2…kalau kawan2 buat kita ngadu ke cikgu terus. Petik nama…kenapa dia buat buli dan sebagainya…

    Semoga dipermudahkan urusan anak2 sekolah she.

  4. Azzureen Ali says:

    Kenapa boy tu ikut ckp girl, wow kak long besar ke girl tu? Baru drjh 1 dah pandai buat hal. Moga anak-anak kita tak terjebak dengan kes negatif mcm ni.

    1. YB Shehan says:

      gurau katanya.. haih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!