DISCHARGE SPEECH THERAPY HOSPITAL SERDANG.. MOMMY HAPPY DENGAN ARIQ!

DISCHARGE SPEECH THERAPY HOSPITAL SERDANG.. MOMMY HAPPY DENGAN ARIQ! 1 (1)

Walaupun dugaan dari pergi (isu parking susah di Hospital Serdang), Mommy terima perkara ini sebagai berita paling menyenangkan hati. Hehehe.. Alhamdulillah, 9 Oktober 2018, merupakan terapi pertuturan (speech therapy – ST) terakhir untuk Ariq Emir. Ikutkan, ST di Hospital Serdang ni, takdelah banyak kali pun. Baru beberapa kali, dengan giliran menunggu pun agak lama.

Giliran menunggu agak lama itu sebenarnya bergantung kepada keperluan anak juga. Kalau therapist yakin yang anak tak perlu kerap untuk datang, mereka akan letakkan jarak contohnya dari 2 bulan sekali, menjadi 4 bulan sekali..

Macam Ariq, tarikh temujanji dia di Hosp Serdang, jaraknya agak jauh jugak. Ikutkan tahap ‘speech delay’ Ariq masa awal tahun, masih lemah.

Loading...

DISCHARGE SPEECH THERAPY HOSPITAL SERDANG.. MOMMY HAPPY DENGAN ARIQ!

Untuk appointment pertama, therapist tu ada nyatakan yang dia lebih suka jika ibu bapa involve dalam terapi bersama mereka. Sebab senang dia nak ‘ajar’ dan suruh praktik di rumah.

Ini berbeza dengan Occupational Therapy yang dibuat di Hospital Kajang. Mereka tak benarkan ibu bapa masuk. Mungkin nak biasakan bersosial seperti di sekolah. Tapi, kekurangannya, kita tak tahu apa anak buat. Huhu.. Yang tahu hanya feedback.

Ok berbalik kepada ST di Hospital Serdang, Ariq dilatih bercakap dan respon dengan therapist melalui aktiviti yang disediakan.

Kalau korang folo IG Mommy, boleh tengok kat #ariqemirbuatterapi. Ada la juga beberapa aktiviti yang Mommy kongsi.

Finally, tarikh terakhir jumpa, Ariq dah boleh discharge. Dah tak perlu datang. Katanya dah banyak sangat improvement bab bercakap, eye contact, respon. Cuma lepas ni kena banyakkan ajar buat sentence / ayat. Sebab setiap arahan, dia respon dan ikut.

Syukur alhamdulillah. Lepas ni, dah tak perlu datang Hospital Serdang dah. Huhu. Harap-harap lah. Lagipun, tahun depan dah nak masuk Tahun 1. Mommy cuak, risau, semua ada. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar buat Ariq Emir. Inshaa Allah.

Sebagai reward untuk great teamwork, kita ke Funfair!!

DISCHARGE SPEECH THERAPY HOSPITAL SERDANG.. MOMMY HAPPY DENGAN ARIQ! 1 (1)

Loading...

p/s : paling sedih, Ariq punya excited bila dapat tahu nak ke Funfair, dia kutip semua syiling kat rumah & letak dalam poket dia. Tahu sebab apa? Sebab setiap kali lalu depan Funfair, Mommy tanya dia, mana duit? Ada duit baru boleh pergi. So this time, dia dah ready siap2. Huwaaaaaaa.. Nak nangis haku!! Bijak berfikir sudaaa..

Loading...

Author: YB Shehan

8 thoughts on “DISCHARGE SPEECH THERAPY HOSPITAL SERDANG.. MOMMY HAPPY DENGAN ARIQ!

  1. salam ziarah & follow sini.. alhamdulillah…ariq dah bijakk..besar nnt jadi anak yg soleh yer..

    btw, jemput singgah blog kite yer sis 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge