Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM | #HANNAHDAMIABIRTHDAYTRIP

ANAK-ANAK TAK NAK BALIK! Hahaha. Itu yang terjadi sebenarnya sebelum Mommy check out  Isnin lepas (1 Oktober). Memang tak puas rasanya stay 2 hari 1 malam di situ..

Kisahnya..

Betul-betul rezeki HD tahun ini. Tahun lepas, tak sambut birthday dia sebab Mommy di New Zealand masa tu. Wish dari jauh jer. Tahun ini, haaaa.. dapat peluang sambut birthday. Dan yang paling teruja, dapat stay di hotel!

Seminggu sebelum birthday pun dah tanya. Memang countdown betul lah dia.. Hari-hari tanya..

“Mommy, bila nak kemas beg?”
“Mommy.. kita pergi hari Ahad kan?”
“Mommy.. seronok kan birthday Hannah kali ini? dapat duduk hotel!! Yeay”
“Tq tau Mommy Daddy sebab bawa Hannah tidur kat hotel”
“Mommy.. ada bath tub tak hotel tu?”

Haaa.. Korang imagine lah soalan tu sentiasa berulang. Hahaha. Layankan je lah walaupun telinga dah berasap! Tak kisah sangat hotel takde pool sebab memang plan untuk jalan-jalan sekitar Shah Alam & i-City je masa tu.

Jadi, akhirnya 30 September 2018, sempena birthday Hannah, Mommy Daddy ‘hadiahkan’ penginapan di Hotel De Art @ i-City Shah Alam. Mommy rasa, korang pun mesti nampak Mommy share di Instagram & Facebook Mommy.

Ok la dekat pun kan? Yang penting, anak-anak enjoy!

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (7)

HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM – CANTIK, BERSIH & INSTAGRAMMABLE

Terletak di Jalan Keluli 7/110, Seksyen 7, Hotel De Art i-City memulakan operasinya pada September 2016. Sebenarnya i-City merupakan cawangan ketiga Hotel De Art selepas Seksyen 7 dan Seksyen 19 Shah Alam.

Serius cakap, bila Mommy sampai, dari luar pun dah teruja. Belum masuk dalam pun. Haha. Mungkin Mommy ni sejenis yang tak boleh tengok benda ‘unik’. Bagi Mommy, kalau dari luar pun dah cantik dan kemas, dalam mesti lagi superb!

Antara tempat yang boleh pengunjung posing di luar..

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM

Boleh lepak santai di buaian ini sambil berposing juga..

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (7)

HOTEL DE ART i-city shah alam 6

Instagrammable sangat eh?

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (7)

Ok.. Nak tahu betul atau tidak yang dalamnya pun cun, kena lah masuk dulu kan?

FIRST IMPRESSION

Dikenali dengan konsep hotel butik yang penuh dengan elemen seni, Hotel De Art buat Mommy terkesima sekejap dengan interior sejurus masuk bahagian dalam hotel.. Benarlah wujud manusia yang kreatif. Haha. Kagum k!

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (32)

Hotel De Art I-City memilih tema ‘Fantasy Wonderland’ atau ‘Keajaiban Dunia Fantasi’. Lukisan bertemakan ‘wonderland’ sememangnya boleh dilihat di ruang lobi lagi.

Lukisan tangan pelukis mural professional pula dipilih melatari keseluruhan dinding ruang lobi. Bermula di bahagian kaunternya.. Staff pun mesra alam.. Haa.. Terasa dah tak sabar nak check in. Cantik je kan?

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM

Kalau rasa macam “kejap lagi lah nak masuk bilik”, bolehlah lepak-lepak minum atau makan dulu kat bahagian lobi ni.

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (5)

Sofa pun ada kalau nak berehat sambil baca majalah.

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (5)

Port lepak makan muffin ice cream ke, atau apa-apa makanan kat cafe tu.. cantik kan?

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (3)

Semua tempat pun boleh lepak selfie. Hahaha..

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (0)

Bar mini yang disuntik konsep industrial juga antara yang menarik perhatian malah ruang ini juga sesuai untuk bersantai mahupun sekadar berbual bersama insan tersayang.

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (3)

Makanan frozen pun ada.. Kalau tak nak makan sini, jangan risau. Shah Alam ni kaya dengan kedai makan. Heee..

PELBAGAI TEMA BILIK MENGIKUT KEHENDAK PELANGGAN

Layanan dan penjelasan terbaik diberikan setiap kali Mommy tanya soalan mengenai hotel dan bilik-bilik yang tersedia. Di kaunter, Mommy perlu berikan IC untuk di-scan confirmation.

Dan paling best, sebuah i-pad disediakan untuk memaparkan galeri setiap bilik yang ada di Hotel De Art i-City ini. Manalah tahu, tetiba ubah fikiran kan? Mula-mula tempah Hello Kitty, tetiba nak pilih bilik bertema The Hobbit ke..

Paparan ini juga sebenarnya membantu pelanggan yang datang secara walk-in untuk menempah bilik. Jadi mereka dapatlah melihat sendiri gambaran sebenar bilik di sini.

Ada pelbagai tema yang disediakan. Antaranya UP, The Hobbit, Super Mario, Hello Kitty dan banyak lagi. Korang boleh tengok di laman web mereka sendiri. Yang pasti, setiap bilik mempunyai tema tersendiri dan unik.

Contohnya macam bilik Super Mario ini. Unik kan?

HOTEL DE ART i-city shah alam 8

BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM

Pilihan Mommy, semestinya Hello Kitty! Hahaha.. “ini birthday siapa?” tanya Daddy.. Hannah terus menyampuk, birthday Hannah la. Hannah pun suka Hello Kitty. Haaaa.. backup baikkk punya anak Mommy nih.

Walaupun, Mommy yang teruja lebih sebab Hello Kitty fav Mommy. Hahaha..

Jom masuk cepat-cepat!!

Bilik Tema Hello Kitty yang Mommy pilih ni adalah kategori ART SUITE yang sesuai untuk keluarga yang ramai. Harga untuk bilik tema Hello Kitty ini adalah RM288 (weekdays) dan RM308 (weekend).

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (8)

Kelengkapan dalam bilik pula adalah :

  • 2 Katil Queen Size. Memang selesa lah kami masing-masing.

HOTEL DE ART i-city shah alam 1

  • FREE High-Speed WiFi, betul gaissss. Hotel ini ada FREE WIFI!! Sesuai sangat dengan blogger kaki upload gambar eh? Hahaha

HOTEL DE ART i-city shah alam 2

  • 40″ LCD TV with selected satellite channels
  • Writing Desk yang Mommy jadikan meja mekap juga
  • Direct Dial Telephone

HOTEL DE ART i-city shah alam 9

  • Sofa lepak santai

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (22)

Kelassss gilerr kan sofa dia? Tetiba rasa nak tukar tema kat rumah. Nak pilih sofa macam ni boleh tak, Daddy? Heeee..

  • Kemudahan membuat kopi dan teh. Air mineral pun sampai 4 botol! Hebat!

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (35)

  • Bilik air yang lengkap dengan tub mandi (bath-tub) serta air panas,dan toiletries percuma. Hair-dryer pun ada,  jangan risau!

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (29)

Anak-anak teruja sangat-sangat lepas tengok bath-tub nih. Siap minta pasang kat rumah. Amboi.. tak cukup ke pool kat rumah tu?

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (34)

  • Sejadah turut disediakan di dalam bilik tau. Korang boleh buka meja merah comel tepi katil tu..
  • Sistem Penghawa Dingin pun berfungsi dengan baik sepanjang Mommy di sana. Memang seronok lah anak-anak tidur.

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (39)

KELEBIHAN HOTEL DE ART i-CITY

BILIK PELBAGAI KATEGORI & TEMA

Dengan harga serendah RM108 hingga RM308 semalam, Hotel De Art I-City menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pengunjung antaranya Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art Twin Deluxe, Art King Deluxe dan Art Family.

Setiap bilik di sini dilukis pelajar-pelajar Uitm dan Unisel. Setiap tingkat diberi nama mengikut jurusan pelajar tersebut. Antaranya tingkat 1 dipelopori oleh barisan pelajar jurusan Fine Art Uitm Shah Alam, manakala tingkat dua pula dihiasi dengan deretan lukisan hasil karya pelajar jurusan Grafik di Unisel Shah Alam.

Mommy di Fine Art Floor (Tingkat 1)

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (20)

Luar bilik pun cantik. Rasa macam nak masuk je semua bilik haha..

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (28)

Bilik Mommy di Graphic Art Floor (Tingkat 2)

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (20)

WIFI PERCUMA

Hotel ini turut menawarkan WIFI percuma untuk semua pelanggannya. Laju pulak tu. Jadi kalau datang untuk bercuti, atau buat sebarang event/function di sini, dah tak risau bab internet!

SURAU DI TINGKAT BAWAH

Ini pun penting untuk diambil tahu ya. Surau dan tandas ada di tingkat bawah. Besar pulak tu suraunya. Jadi, sekiranya ada majlis kecil, dah tak perlu risau dah nak solat kat mana. Senang jer..

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM (33)

BILIK MEETING / FUNCTION ROOM

Mommy ada melawat Bilik Meeting / Function Room yang terletak di tingkat dua. Mainan warna di segenap ruang dewan ternyata memberi kesegaran bahkan menawarkan satu kelainan buat korang yang merancang untuk adakan sebarang acara di sini.

Susunan meja kerusi juga boleh diubah mengikut kehendak kita.

HOTEL DE ART i-city shah alam 4

Bilik ini mampu menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa, dengan keperluan yang lengkap dan selesa untuk sebarang acara mengikut permintaan.

LOKASI STRATEGIK

Terletak bersebelahan dengan taman tema i-City Shah Alam, Hotel De Art I-City merupakan lokasi inapan terbaik buat korang yang inginkan kelainan.

Sempat jugalah Mommy lepak di Taman Tema i-City malam tu. Anak-anak apa lagi. Memang suka sangat lah!

i-city shah alam

Juga terletak tidak jauh dari beberapa lokasi pelancongan popular, Hotel De Art i-City dianggap berada di kedudukan yang cukup strategik. Antaranya :

  • Kompleks Sukan Shah Alam | Extreme Park | Sunway Lagoon Theme Park | Bukit Cahaya Taman Pertanian | Wet World Shah Alam

Hospital Shah Alam juga terletak cuma beberapa minit dari kawasan hotel.

Tidak ketinggalan lambakan kompleks membeli-belah yang tidak jauh dari kawasan hotel seperti :

  • Jakel |  SACC Mall | Plaza Alam Sentral | Plaza Shah Alam | PKNS | AEON Bukit Raja | AEON Shah Alam | Setia City Mall

Kalau tiada apa-apa aktiviti waktu petang selepas check in tu, boleh la jalan-jalan sekitar kawasan menarik di atas tu. Waktu malam, boleh ke Taman Tema i-City. Cool kan?

CAWANGAN Hotel De ART, Msia’s Coolest Hotel

Ada banyak lagi cawangan Hotel De Art ini selain di i-City. Antaranya di Section 7 Shah Alam, Section 19 Shah Alam, Section 9 Shah Alam dan Subang Jaya (USJ 21) (baru).

Mungkin lepas ni, Mommy nak cuba stay di cawangan lain pulak ke? Tapi, kenapa mata Mommy tetap nampak Hello Kitty eh?

HOTEL DE ART SECTION 7, SHAH ALAM

Cuma ini di cawangan Seksyen 7 Shah Alam. Hahaha..

MAKLUMAT LANJUT

Hotel De Art, i-City Shah Alam

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

HANNAHDAMIA BIRTHDAY TRIP

Last but not least, untuk Hannah Damia anak Mommy Daddy, Happy Birthday, my dear. Untung sangat kakak tahun ni. Dapat beg Smiggle. Dapat hotel bertemakan Hello Kitty pulak tu.. Doa Mommy Daddy.. Moga kakak sentiasa jadi anak yang baik. Nanti kita tempah bilik tema lain pulak ok?

Tags: , , , , , , , ,

15 thoughts on “BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM | #HANNAHDAMIABIRTHDAYTRIP”

  1. Nina Mirza says:

    Wow… Lawanya theme hello kitty dia..!!
    Tak sangka ada hotel lawa gini dekat jer…
    Rasa macam nak book gak laaa

  2. Haida says:

    Bestnyaaa.. nak juga bilik HK ni

  3. sheila says:

    cantiknya okay next confirm i dtg sini. hihi

  4. lan Careno says:

    Kalau nak main2 kat I- City tu juz jalan je ker dari hotel ni atau kena drive jugak?

    1. YB Shehan says:

      kena gak drve.. tp dekat la..

  5. ina says:

    bestnya… ni kalo bawa anak anak.. silap tak mo balik dh. Mcm fairytales kat sini..

  6. Dorsett Pink says:

    cantiknya. nanti nak bawa jugak lah anak2 saya tido sini. Kakak FL suka sgt Hello Kitty. hehe

  7. Faraaaaaa says:

    Besarnye hotel.. cntik pulak tu

  8. Lawanya bilik, nak pi gak lah. Tp ambik tema utk boys hehe

  9. azni says:

    ni consider mcm butik hotel lah kan. sempoii!!

  10. ai says:

    Deco hotel de art memang win.

  11. Nadia Johari says:

    tengok dari luar macam biasa je, sekali tengok gamabr dalam..wow sangat..dahla dekat dengan icity..best gilerr

  12. miminadam says:

    happy belated birthday hana

  13. azzureen ali says:

    Cantiknya hotel De Art ni. Mcm masuk duni fantasi gitu.. haha

  14. Dura Norell says:

    Menarik juga ID hotel ni. Rasa macam dalam dunia kartun gitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!