Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK

Hai korang. Cuti Hari Malaysia, pergi mana? Balik kampung ke? Cuti sekolah yang panjang baru-baru ni, Mommy tak pergi ke mana-mana juga. Sekadar pusing-pusing mall je lah. Jadi, kali ni dah janji dengan anak-anak. Kita pergi satu tempat menarik. FARM IN THE CITY MALAYSIA!!

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 9

APA ITU FARM IN THE CITY MALAYSIA?

FITC – Petting Zoo!! Haaa.. Zoo yang lain dari yang lain. Pengunjung boleh ber’mesra’ lebih dekat, boleh beri makan dan bergambar. Dan paling untung kalau dapat rezeki selfie photobomb si Burung Unta yang macam tengah viral sekarang tu. Ala.. pergi tengok kat Instagram Farm In The City..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 6

FAMILY DAY KBBA9 DI FARM IN THE CITY

Hari Malaysia, 16 September 2018, memandangkan tiada apa-apa aktiviti, KBBA9 telah merancang untuk mengadakan Family Day di FITC ini.

Ramai dan meriah kauuu. Tengok je lah family masing-masing. Sampai kena bahagi 2 team. Ini baru suku je blogger dari KBBA9 tu.

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 11

Team A

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 11

Team B

Jam 9 pagi masing-masing dah tiba di sana. Jadi, parking pun dekat dengan pintu masuk. Cuaca walaupun luar macam panas, tapi dalamnya redup tau.. Takde topi pun ok..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 10

APA YANG ADA DI FARM IN THE CITY?

Tentulah haiwan kan? Antara haiwan yang Mommy jumpa dari mula-mula masuk tu adalah Kambing, Burung Unta, Burung Merpati dan Lembu Albino pun ada..

Tu ha.. Tengah sun-bath lettewww. Dah putih sangat. Heeee..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 1

Haa.. Burung Unta ni kemain tau. Kita baru nak bajet selfie dengan dia, jaga-jagalah ya. Kang dia patuk kepala korang. Hahaha..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 8

Ini pun cuak wey. Takut kena patuk. Wakakakak

Tapi kan, Ostrich ni comel betul bila beraksi. Ini rasanya memang tengah lekat something ke apa, tak tahu lah.. Huuu.. Moga beliau sihat-sihat sahaja..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YB Shehan (@myapilot) on

HAIWAN BIASA TENGOK DAN TAK BIASA TENGOK

Kat Farm In The City ni, ada haiwan yang biasa Mommy tengok. Ada juga yang Mommy tak pernah tengok. So, jakun la sekejap bila dapat tenung, raba, bagi makan. Haaa.. Memang menarik betul..

Selepas melawat kawasan Ostrich & kambing tadi, kami teruskan perjalanan ke arah Pony Ride. Kanak-kanak yang tidak melebihi 40kg boleh join naik ni. Seronok la Hannah.. Sengih sampai telinga. Ariq masih gerun. Hahaha

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 17

Kemudian, semua berpeluang bagi makanan kat Raccoon ini. Manja weh. Nampak macam tajam je kuku, tapi tak gigit korang lah. Dun weri..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 16

Sangkar burung yang luas dan bebas untuk burung terbang. Paling best bila kita berpeluang bagi mereka makan. Syok woo..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 15

Ini mak-mak yang lebih. Nak buat macam mana, anak-anak masih gerun lagi masa ni. Haha. Pertama kali kot. Geli-geli nak bagi makan pun. Yang si Ariq plak, fokusnya kat air lopak. Hadoiii..

Bakul makanan untuk animal feeding tu ada dijual di pintu masuk. Harga sebekas RM10. Rusa minat carrot weh!!

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 2

Kalau terlepas pun, ada vending machine untuk beli makanan berbentuk pallet. Harga sekotak RM2 sahaja.

Ariq enjoy bagi makan ikan..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (3)

Marmoset. Pernah jumpa?

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (28)

Meerkat. Pernah berlakon nih.. Hahaha

Alpaca. Haaa.. Haiwan ni macam rupa Llama jer yang Mommy jumpa kat NZ. Haiwan ni cool giler tau. Kena pasang aircond baik punya kat tempat dia. Sebab dia memang tak boleh duduk tempat panas pun..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (31)

Korang tengok dia punya curl. Fuh..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (29)

Ko hade?

FEEDING ANIMALS

Macam yang Mommy cakap, makanan boleh dibeli di depan pintu masuk atau di vending machine kan? So bila datang ke area rusa semua tu, kawasan ni haiwannya agak aktif.

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (32)

Jadi please alert ya. Dia punya tips, jangan lari, nanti dia kejar. Jangan tayang bekas makanan, nanti dia panjat kau. Hahahaha

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (32)

Relax & Jangan lari

Bekas makanan tu, dorang dah kenal.. (Maaf ye, tak kenal siapa dalam gambar nih, tapi sempat shot)

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (32)

Ke kawasan kura-kura paling tua dan besar. Kura-kura ni habiskan masa dia dengan berehat ajer.. Ye lah.. Nak aktif pun, dah tua kan..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (32)

Korang kenal tak haiwan kat bawah ni?

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (32)

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (32)

Burung Merak putih ni, Mommy panggil pengantin. Taknak show off pula bulu2 dia. Geram betul. Hahaha

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (32)

LONGKANG FISHING

Kawasan ni macam nak mengimbau zaman dulu la.. Bila kanak-kanak suka tangkap ikan kat longkang kan? Budak-budak zaman sekarang ni, bukan semua minat perkara macam tu. Mungkin tak pernah didedahkan pun ye jugak.

Jadi, sebagai orang kampung dan sebagai budak-budak nakal zaman dulu, masing2 tunjuk bakat la tangkap ikan dalam longkang nih. Haha..

Tuuu.. Daddy tunjuk skill dia. Excited kalah anak. Heee. Tapi memang best pun.

PERSEMBAHAN KAKAK TUA (PARROT INTERACTION)

Terhibur kejap Mommy bila dapat tengok persembahan kakak tua nih. Memang betullah kakak tua bijak berkata-kata. Hehe. Tapi sebenarnya nak dapat setiap skill tu, memerlukan latihan dari 3 hingga 6 bulan.

Sebenarnya ada banyak juga persembahan selain kakak tua. So kena alert time tu je lah. Contohnya Porcupine Feeding, Otter Feeding dan macam-macam lagi..

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK

HARGA TIKET FARM IN THE CITY MALAYSIA

Ada yang tanya berapa harga tiket nak masuk yer?

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK 14

  • Harga biasa – Dewasa – RM55, Kanak-kanak / Warga Emas – RM45
  • Pemegang MyKad – Dewasa – RM37, Kanak-kanak / Warga Emas – RM30
  • Pakej keluarga – RM125 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak beserta cenderamata dan baucer diskaun
  • Percuma – Kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 90cm ke bawah, Bayi

p/s : OKU macam mana ya? Bagi lah percuma juga.

WAKTU OPERASI FARM IN THE CITY

  • Isnin – 10am hingga 6pm
  • Rabu – Jumaat – 10am hingga 6pm
  • Sabtu & Ahad – 9:30am hingga 6pm
  • Cuti Sekolah / Cuti Am – 9:30am hingga 6pm
  • TUTUP : Selasa kecuali Cuti Sekolah / Cuti Am

TIPS PENTING SEBELUM DAN SEMASA MASUK FARM IN THE CITY

Pastikan anda datang awal. Untuk senang parking dan tak ramai pengunjung sangat. Percuma sahaja..

Pastikan anak-anak dah makan terlebih dahulu. Kalau lapar ni, mostly akan spoil mood. Tapi, ada je kedai makan dan minuman dalam FITC tu..

Letak krim seperti Magic Cream Cosmoderm di badan sendiri dan anak-anak untuk elak sebarang serangga. Oh cream ni memang Mommy guna setiap kali trekking / hiking. So far, alhamdulillah serangga tak berkenan sangat dengan Mommy.. Heee

Kalau anak kurang sihat, tak perlulah sentuh haiwan sangat ye? Jauh-jauh pun ok. Tapi pastikan sihat lah baru datang, baru feel!

Pakaian biar bersesuaian. Jangan la pakai tshirt putih dan kasut putih. Adegan rusa pijak, kambing panjat kat badan (sebab haiwan tu dah cam bekas makanan), memang terjadi. Haha.

Ada 2 tempat makan iaitu di pintu utama dan juga di bahagian dalam.

Berbaloi bawa budak ke sini. Mesti enjoy. Spend time kat satu-satu tempat tu lama sikit.. Sebab kawasannya tidaklah terlalu besar, tapi tidak lah juga terlalu kecil.

Sebelum balik, jangan lupa ambil Certificate nih. Memang disediakan untuk semua pengunjung. Haaa. Anak2 mesti teruja.

FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK (36)

Mommy bagi 5 bintang!

Maklumat lanjut boleh tengok Facebook Farm In The City dan Instagram @FarmInTheCityMalaysia dan juga laman web mereka –https://www.farminthecity.my

Tags: , , ,

23 thoughts on “FARM IN THE CITY MALAYSIA, PETTING ZOO TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK”

  1. wooow seronoknya…nampak HD dgn Ariq happy sangat…mmg best lah FITC ni…lepas ni mmg wajib bwak anak2 buah pergi lah… awesome

  2. Papa Amyzal says:

    Bestnyaaaa!!!!!!!!!

  3. Nina Mirza says:

    Hadoi… Memang havoc meriah enjoy pi sini. Bukan anak-anak jer seronok, Mak Pak pun sama!

  4. Best betul Farm in the city rupanya. Anggapan orang fikir dalam tu panas..tapi tak pun. Memang redup je

  5. teringin jugak nak pergi bawak budak2

  6. Hidayah says:

    Fitc 10 min dari rumah je…ari2 lalu tapi tak pernah masuk pasnk boleh bwk anak2 la

  7. mas saari says:

    Ostrich tu bukan tercekik, dia tengah tangkap binatang kecil yang terbang. Hanya mata dia je yang nampak, kita tak nampak. Info dari staff FITC.

    Btw memang seronok datang sini, anak² boleh belajar tentang haiwan. Kita pun boleh belajar jugak!

  8. Izanalia says:

    Wahhh! Rasa dekatnyaaa dgn haiwan2 tuh… menarik tempat ni..

  9. Nadia Johari says:

    Memang berbaloi dengan harga tu..sebab kebanyakan haiwan boleh pegang dan bagi makan..semua binatang jinak..suka sangat..nanti nak bawak semula bila farhanha dah besar..ehhee

  10. Haida says:

    Wahhhh…menariknya aktiviti. Yg ikan longkang tu teringat zaman kanak2.

  11. Eirna says:

    Bestnya….X dpt lg nk join Family Day ni..Anak 2 suka tempat ni…Outdoor activity dan blh dpt info….

  12. Huda says:

    memang syok bawa anak-anak ke FITC, berbaloi, macam2 haiwan yang tak pernah jumpa ada kat sini.

  13. Ben ashaari says:

    Memang best bawak anak anak ke sana. Enjoy diorg.

  14. LING says:

    tak sabar2 kambing tu nak dpt makanan hahahaa

  15. Qaseh says:

    Bawak anak lagi seronok , dulu datang bujang tak feel sangat ahaks

  16. Dura Norell says:

    Bagus gak konsep Petting Zoo cenggini

  17. anak seronok betul bercuti di Farm In The City ni..bolehlah repeat datang lagi

  18. seronok tgk anak2 happy masa berada di sini…hihihi

  19. serious , seronok tau bawak anak-anak ke FITC . Sampai tak nak balik la …

  20. Ai says:

    Best.. Nak pergi lagi.

  21. Mariana says:

    Seronok dan enjoy pegi sini. Ada jugak haiwan yang tak tertengok haritu. Thank you share gambar

  22. ENA says:

    uishh, anak2 seronok ni kalau bawak ke sini

  23. besttt, budak2 pun nampak happy kemain tu ha.hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!